Wednesday 30 April 2014

Gadis dirogol bomah ketika ingin mengurut tangan yang terseliuh






KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 20 tahun mendakwa dirinya dirogol oleh seorang mekanik yang mengaku dirinya bomoh ketika dia sedang berurut untuk memulihkan tangannya yang terseliuh.
Menurut laporan The Star, Ketua Polis Sandakan, Asisten Komisioner, Rowell Marong berkata lelaki berusia 50 tahun itu kini telah ditahan reman bagi membantu siasatan.

Ketika kejadian berlaku, mangsa bersama ibunya datang ke rumah suspek yang terletak di kawasan setinggan untuk mendapatkan rawatan kali keempat dan yang terakhir pada pukul 7.30 malam Khamis lalu.

Mangsa hanya menceritakan kejadian sebenar kepada ibunya apabila mereka pulang ke rumah. Ibunya kemudian membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan.

Polis kemudiannya menghantar mangsa untuk menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Duchess Kent.

Marong berkata kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 376, Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment