Wednesday 21 May 2014

Almy Dan Fizz Nikah Hujung Minggu Ini

Jika sebelum ini bakal raja sehari, Fizz Fairuz dan Almy Nadia mengesahkan mereka akan bernikah pada 30 Mei namun tup-tup tarikh asal telah diubah dan dipercepatkan pada hujung minggu ini.



Laporan daripada sebuah akhbar menyebut Fizz dan Almy akan bernikah di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang, selepas solat Asar pada Sabtu ini iaitu 26 April.

Perkara ini telah disahkan oleh Almy yang menurutnya juga segala persiapan hari bahagia mereka sudah pun hampir selesai disiapkan.

“Kami akan bernikah pada 26 April ini selepas waktu Asar, di kampung saya. Setakat ini, memang tiada apa-apa lagi (yang hendak dilakukan) memandangkan persiapan saya sudah lakukan sejak dari awal,” katanya.

Tahniah diucapkan buat Fizz dan Almy, akhirnya memang sudah tertulis jodoh di antara mereka walaupun sebelum ini hubungan pasangan ini sering kali diuji dengan pelbagai dugaan dan masalah.-Mynewshub.my


 

No comments:

Post a Comment