Wednesday, 7 May 2014

Bandar-bandar Paling Sejuk Di Dunia

Walaupun kita di Malaysia tidak ada musim sejuk dan turunan salji, namun pada sesetengah keadaan apabila tiba musim hujan berlarutan, rasanya keadaan sejuk tetap terasa.

Kalau nak rasa sejuk lagi, panjatlah Gunung Kinabalu atau melawat ke Cameron Highland, itupun sudah cukup sejuk sampai rasa nak demam kan.

Jadi, bayangkan negara-negara yang beriklim sejuk dan penduduknya yang tinggal dibandar-bandar yang paling sejuk di dunia tentulah lebih merasa kesejukannya.

Berikut ialah antara bandar-bandar paling sejuk di dunia.

International Falls
Amerika Syarikat


International Falls City

International Falls terletak di Sungai Rainy. Populasi penduduk ditempat ini ialah sekitar 7,000 orang. Suhu puratanya ialah 2 darjah selsius. Namun, suhu purata bagi bulan Disember, Januari dan Februari pula ialah di bawah sifar. Oleh kerana suhu di bandar ini sangat sejuk, bandar ini juga digelar sebagai 'Ice of The Nation'.

Barrow
Alaska, Amerika Syarikat

Barrow City

Barrow ialah salah satu bandar paling paling sejuk di Alaska dan adalah bandar yang paling dekat di Amerika Syarikat dengan lingkungan Antartika. Suhu puratanya ialah -20.1 darjah selsius namun ketika puncaknya, suhu itu boleh jatuh lagi sehingga mencecah -53 darjah selsius. Kadangkala fenomena aurora juga boleh berlaku di langit pada waktu malam di bandar ini.

Umiat
Amerika Syarikat

Umiat City

Suhu purata di Umiat sepanjang tahun ialah -7.2 darjah selsius menjadikan bandar ini sebagai salah satu bandar yang paling sejuk di Amerika Syarikat. Terletak kira-kira 140 batu dari Deadhorse, bandar ini hanya boleh dilawati dengan menaiki pesawat udara ataupun sungai kerana tiada kemudahan jalanraya ataupun keretapi untuk ke situ. Cuaca di Umiat boleh disemak menggunakan Umiat Air Field secara online.

Prospect Creek (Union Creek)
Alaska, Amerika Syarikat

Prospect Creek City

Pada 23 Januari 1971, rekod cuaca paling rendah yang dicatatkan di Amerika Syarikat ialah -62.1 darjah selsius. Prospect Creek terletak kira-kira 25 batu dari Beetles, Alaska.

Yakutsk
Rusia

Yakutsk City

Populasi di Yakutsk ialah seramai 200,000 orang dan bandar ini adalah ibu negeri kepada wilayah Yakutia di Siberia. Pada bulan Januari, suhu biasanya akan mencecah ke -50 darjah selsius. Penduduk sentiasa diingatkan supaya tidak memakai cermin mata mereka ketika berada di luar rumah kerana ia akan terus membeku sebaik sahaja berada diluar dan akan melekat diwajah mereka.

Snag
Yukon, Kanada

Snag City

Pada 3 Februari 1947, Snag iaitu sebuah perkampungan kecil di Yukon, telah merekodkan suhu sejuk paling rendah yang pernah direkodkan di Amerika Utara iaitu -63 darjah selsius. Perkampungan ini telah dibina semasa zaman kegemilangan emas pada penghujung 1800.

Stesen Ais Utara
Greenland

Stesen Ais Utara

Greenland memang terkenal sebagai sebuah kawasan yang paling sejuk di Hemisfera Selatan. Pada 9 Januari 1954, suhu mencecah -66 darjah selsius telah direkodkan di Stesen Kajian Ais Utara di tengah-tengah kawasan lapisan ais di Greenland.

Verkhoyansk
Rusia

Verkhoyansk City

Verkhoyansk yang terletak di wilayah Yakutia, Siberia, terletak dalam lingkungan Artik. Bandar ini ialah bandar ketiga paling kecil di Rusia. Populasinya hanya sekitar 1,400 orang. Suhu di bandar ini biasanya ialah pada kadar -40 darjah selsius dan pada kemuncak musim sejuk, cuacanya mampu mencecah -69 darjah selsius.

Oymyakon
Rusia

Oymyakon City

Oymyakon ialah sebuah perkampungan yang terletak di timur Siberia. Populasinya seramai lebih kurang 900 orang. Suhu purata di sini ialah -71.2 darjah selsius semasa musim sejuk yang biasanya memakan masa selama 9 bulan. Oymyakon terletak di lembah pergunungan yang biasanya akan memerangkap udara sejuk dan tidak hairanlah ia sentiasa berada dalam suhu sejuk melampau sepanjang masa.

Stesen Vostok
Antartika

Stesen Vostok

Sudah tentulah bandar paling sejuk di dunia terletak di Antartika. Hanya penguin dan anjing laut sahaja yang menghuni kawasan ini sepanjang tahun. Malah, ini adalah kawasan gurun paling besar di dunia kerana begitu sedikitnya turunan hujan dengan suhu yang mampu mencecah sehingga -89.2 darjah selsius.

No comments:

Post a Comment