Monday 5 May 2014

Curang Punca Adam Dan Fiza Bercerai Talak Satu?

SAH bercerai talak satu! Itulah jawapan untuk spekulasi yang melanda pasangan Adam AF dan Fiza Elite sejak beberapa minggu lalu.


Fiza dan Adam AF sah bercerai

Selepas beberapa kali menafikan berlaku keretakan rumahtangga, penyanyi dan pelakon terkenal, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33, atau lebih dikenali sebagai Fiza Elite akhirnya sah bercerai secara fasakh dengan suaminya, Adam AF di Mahkamah Rendah Syariah.

Lafaz itu dibuat oleh Adam pada jam 1.05 tengah hari dihadapan Hakim, Mohd Nazri Basrawi secara tertutup.

Sebelum itu, Fiza mengemukakan permohonan lisan agar prosiding dijalankan secara tanpa kehadiran wartawan.

"Saya seorang 'public figure' dan tidak mahu masalah rumah tangga diketahui awam," katanya.

Adam kelihatan sebak manakala Fiza yang memakai jubah dan selendang hitam kelihatan tenang.

Fiza dan Adam AF sah bercerai [2]

Fiza dan Adam melangsungkan perkahwinan pada 26 September 2013 selepas dua bulan berkenalan.

Perkahwinan yang berusia tujuh bulan ini merupakan yang kedua bagi Fiza.

Sebelum ini, bekas penyanyi kumpulan Elite itu bercerai dengan Ahmed Fariq Zainul Abidin pada 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Turut hadir sewaktu prosiding, rakan baik Fiza iaitu Azza Elite.

Kami yakin dengan berita ini, ramai peminat yang turut bersedih atas kehancuran rumahtangga yang dibina tidak sampai setahun itu.

Apa pun, jika inilah penyelesaian yang terbaik, doakan saja kedua-dua terus tabah menghadapi dugaan besar ini.

Bercerai Kerana Instagram?

Bercerai Kerana Instagram

Dalam tempoh yang singkat itu, rumahtangga mereka sebenarnya sudah mula goyah sejak empat bulan lalu, memetik mStar Online.

Siapa sangka, laman sosial Instagram adalah antara punca keretakan hubungan mereka.

Menurut Fiza, dia bertindak membuang gambar bersama mereka di Instagram apabila terlalu banyak spekulasi yang mengatakan rumahtangga mereka bermasalah.

Ia sekaligus menambahkan lagi andaian bertalu-talu daripada para peminat dan telah menyebabkan kedua-dua mereka turut bergaduh.

Pada masa yang sama, Fiza menafikan perceraian itu terjadi kerana masalah kewangan Adam kerana bekas suaminya itu telah membantu menghulurkan wang untuk pembedahan ayahnya.

Tapi, secara logiknya, kalau hubungan mereka tidak bermasalah sebelum ini, mengapa Fiza perlu membuang gambarnya bersama Adam?

Atau mungkin ada punca yang lebih besar yang mendorong kepada tindakan Fiza membuang gambar Adam di akaun sosialnya itu?

Hmm..hendak fikir dalam-dalam pun rasanya sudah tak perlu sebab keputusan sudahpun dibuat.

Apa pun, kami yakin peminat masih berharap untuk melihat pasangan ini bersatu semula jika jodoh mereka masih panjang. -SH/Mynewshub/mStar

-Sentiasapanas.com

No comments:

Post a Comment