Tuesday 6 May 2014

PANAS! Tandas Resort DiBina Menyerupai Masjid!

Sebuah resort di Desaru, Kota Tinggi, Johor mencetuskan kontroversi apabila sebuah bangunan tandas di dalam resort berkenaan didakwa menyerupai masjid.


Gambar bangunan kecil itu yang mempunyai tiga kubah tersebar melalui blog pembangkang kelmarin mendakwa tandas awam yang menyerupai masjid sebegitu hanya boleh ditemui di negeri yang ditadbir UMNO.

Bangunan berkenaan terletak dalam kawasan Lotus Desaru Beach Resort, pantai Desaru, Kota Tinggi, Johor dan didakwa ia seperti menghina agama Islam dengan reka bentuk sebegitu.

Pemeriksaan lanjut, penulis berjaya menghubungi pihak resort berkenaan dan menurut kakitangan resort yang enggan namanya disiarkan, bangunan berkenaan memang memiliki kubah bagaimanapun ia telah wujud sejak tahun 90an lagi di resort berkenaan.

Bagaimanapun, baru-baru ini pihak resort ingin memperindahkan lagi bangunan itu dan sejak itu ia menjadi perhatian orang ramai dengan corak binaan ala-ala Maghribi yang ditonjolkan melalui kubah berkenaan.

Menurut kakitangan itu, pihaknya menyedari kontroversi berkenaan pagi tadi apabila ia tersebar di internet dan beliau berkata pihak resort sudah pun bertindak menanggal dan menurunkan khubah berkenaan.

Katanya, pihak Jabatan Agama Islam Johor juga sudah hadir dan melihat bangunan itu ekoran kontroversi berkenaan.

Tandas Lotus Desaru Beach Resort Menyerupai Masjid [2]

Walau bagaimanapun, selepas menyedari kemarahan orang ramai di laman-laman sosial, gambar terbaru yang dikongsikan mendapati kubah tersebut telahpun diturunkan.

Dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama, kefahaman dan sensitif terhadap kaum dan agama lain amat dituntut bagi mengelakkan berlakunya kekacauan yang boleh merosakkan negara.

Kontroversi Surau di Tanjung Sedili

Sebelum ini, sebuah resort berhampiran di Tanjung Sedili juga mencetus kontroversi apabila sebuah bangunan yang digunakan sebagai surau di Tanjung Sutera Resort telah disalahgunakan sebagai lokasi membuat ritual agama Buddha.

Hasilnya, kini bangunan di Tanjung Sedili itu sudah pun dirobohkan dan pemilik resort berkenaan turut ditahan.

No comments:

Post a Comment