Wednesday, 7 May 2014

Fakta Tentang Lautan Yang Anda Tidak Pernah Tahu

Laut adalah sebahagian anugerah Tuhan untuk makhluk-Nya di muka bumi ini. Seperti yang kita sudah sedia maklum, laut mampu memberikan pelbagai kebaikan kepada manusia tapi dengan dunia yang semakin moden, pelbagai ancaman telah dilakukan kepada laut.


Lautan

Jika tidak dijaga, dibiarkan atau tidak dipelihara, akan tiba masanya bila laut akan mendatangkan musibah kepada kita suatu hari nanti.

Apapun, mari kita ikuti serba ringkas tentang fakta-fakta penting lautan yang ada di muka bumi ini.

Kegiatan perikanan

Sea fish

Laut menyediakan sumber paling besar untuk bekalan protein domestik dunia. Setiap tahun, antara 70 juta ke 75 juta tan ikan akan ditangkap di laut. Daripada jumlah itu, dianggarkan 29 juta daripadanya adalah untuk keperluan manusia.

Jumlah ikan yang paling banyak boleh didapati ialah di bahagian Hemsifera Selatan kerana kawasan lautan ini kurang dieksploitasi oleh manusia.

Malangnya, 15 daripada 17 kegiatan perikanan terbesar di dunia terlebih dieksploitasi sehinggakan jumlah reproduksinya tidak akan mampu untuk menampung permintaan tersebut.

Antara ikan-ikan yang sedang menghadapi masalah penangkapan berlebihan ialah ikan Tuna, Salmon, Kod, Halibut dan Haddock.

Peningkatan paras lautan

Peningkatan paras lautan

Paras lautan telah meningkat naik pada purata antar 4 inci hingga 10 inci sejak 100 tahun yang lepas dan saintis menjangkakan yang angka itu akan terus bertambah. Paras lautan akan terus naik walaupun cuaca telah distabilkan kerana lautan sangat perlahan bertindakbalas terhadap perubahan di sekitarnya.

Lebih 10,000 tahun lampau, paras air laut adalah lebih kurang 110 meter daripada paras yang ada sekarang. Dan jika kesemua ais yang ada di dunia mencair, maka paras laut akan naik sehingga ke paras 200 kaki.

Kedalaman

Kedalaman paras lautan

Kedalaman bagi air laut adalah berbeza-beza. Ia biasanya akan menjadi bertambah dalam bila ia semakin sejuk.

Aktiviti volkanik

Sea Volcanic

90 peratus daripada aktiviti volkanik yang berlaku di bumi kita sebenarnya berlaku dilautan. Konsentratsi yang paling besar pada aktiviti gunung berapi yang aktif ialah yang boleh didapati di Pasifik Selatan.

Persisiran pantai

Persisiran pantai Indah - pulau_redang

Jumlah keseluruhan persisiran pantai dunia adalah kira-kira 315,000 batu persegi iaitu cukup untuk mengelilingi Equador sebnyak 12 kali. Oleh kerana zon-zon pantai semakin lama semakin sesak, maka kualiti air dibahagian ini semakin buruk dan kebanyakan daripada hidupan liar di situ juga akan kehilangan tempat tinggal.

Dianggarkan, hampir 2.7 bilion manusia tinggal dalam lingkungan 100 kilometer daripada pantai. Dan menjelang akhir milenium ini, 13 daripada 15 kota terbesar di dunia akan berada sama ada di pantai ataupun berdekatan pantai.

Pertambahan penduduk di kawasan pantai juga telah menybabkan pencemaran marin. Dianggarkan sebanyak 6.5 juta tan sampah telah dibuang ke dalam lautan setiap tahun.

Suhu air

Sea Temperature

Dengan keadaan tekanan yang tinggi di lautan, air laut boleh mencapai suhu yang sangat tinggi walaupun tidak boleh mendidih. Contohnya, suhu mencecah 400 darjah selsius pernah diukur disebuah kawasan hidortherma.

Walau bagaimanapun, suhu purata bagi air lautan ialah pada kadar 3.5 darjah selsius.

Hampir kesemua suhu air di lautan yang dalam adalah panas sedikit sahaja daripada suhu paras beku iaitu 39 darjah fahrenheit.

Ais

Antartika

Benua antartika mempunyai ais yang sama banyaknya dengan air yang terdapat di Lautan Atlantik. Lebih 10 peratus daripada permukaan bumi dilitupi oleh ais. Purata ketebalan bagi lapisan ais di Artik ialah di antara 9 kaki hingga 10 kaki walaupun disesetengah tempat lapisan ais mampu mencapai ketebalan sehingga 65 kaki.

Kawasan Artik membekalkan antara 10,000 hingga 50,000 aisberg setiap tahun. Aisberg biasanya mempunyai jangkahayat sehingga 4 tahun dan selepas 3 tahun, aisberg-aisberg ini biasanya akan mula masuk ke laluan kapal.

Batu karang

Batu karang

Lebih 60 peratus daripada batu karang dunia berada dalam keadaan terancam akibat pelbagai kegiatan pencemaran, pemendapan dan juga pelunturan akibat kenaikan suhu air yang diakibatkan oleh pemanasan global.

Menurut Global Coral Monitoring Network (GCRMN), menyatakan yang buat masa ini hampir 27 peratus daripada keseluruhan batu karang dunia telah pun hilang dan menjelang tahun 2050, hanya kira-kira 30 peratus batu karang dunia yang akan tinggal.

Sampah sarap dan pencemaran

sea-of-garbage

Dalam masa setahun sahaja, sampah yang dibuang ke lautan adalah 3 kali ganda lebih banyak jumlahnya daripada ikan yang ditangkap di lautan.

Emas

Sea Gold

Jika kesemua emas yang ada dilautan digali, dianggarkan setiap manusia di muka bumi akan memiliki sejumlah 9 paun emas untuk diri masing-masing.

Minyak

Pelantar Minyak

Minyak ialah salah satu daripada sumber laut yang paling besar. Hampir satu pertiga daripada sumber minyak dunia datangnya daripada lautan. Antara kawasan yang cukup terkenal dengan aktiviti melombong minyak ialah Teluk Arab, Laut Utara dan Teluk Mexico.

Jadi, marilah bersama-sama menghargai lautan yang ada di sekeliling kita.

No comments:

Post a Comment