Monday, 2 June 2014

Anak Malaysia Izuan Ibrahim latih Jepun merangkul Piala Thomas



Tahukah siapa anak melayu di sebalik kejayaan Jepun merangkul Piala Thomas?


Kejayaan Jepun memenangi Piala Thomas membuktikan semangat mereka bukan lagi boleh dipandang enteng.

Menundukkan gergasi sukan badminton seperti China, Indonesia dan Malaysia 
semalam menjadikan negara matahari terbit itu sudah berada dalam senarai negara-negara 
pemenang Piala Thomas.

Kita sudah terima hakikat Malaysia tidak sehebat Jepun kali ini namun berpuas hati 
dengan semangat juang pasukan negara termasuk penampilan akhir datuk Lee Chong 
Wei dalam pentas antarabangsa itu.


Bagaimanapun, tahukah kita siapa disebalik kejayaan pasukan Jepun?



Selain ketua jurulatihnya, Park Joo Bong – bekas pemain kebangsaan Korea dan 
pernah melatih pasukan badminton Malaysia – ada seorang lagi yang memberi 
sumbangan melatih pasukan Jepun iaitu Izuan Ibrahim.

Apa yang menarik, Izuan merupakan seorang rakyat Malaysia berusia 30 tahun dan 
pernah menjadi jurulatih Nusa Mahsuri di bawah kelolaan Datuk Misbun Sidek.

Izuan dikatakan pernah melatih dan menggilap bakat Kento Momota dan beberapa 
pemain-pemain negara berkenaan



Syabas Izuan! Kemenangan Jepun memberi nilai sentimental kepada beliau walaupun 
mungkin kecewa apabila Malaysia sendiri gagal dan kempunan merampas kejuaraan 
Piala Thomas sejak kali terakhir pada tahun 1992..
sumber

View the original article here

No comments:

Post a Comment