Showing posts with label Piala. Show all posts
Showing posts with label Piala. Show all posts

Wednesday, 18 June 2014

GAMBAR BOGEL PEMAIN BOLASEPAK PIALA DUNIA CROATIA TERSEBAR

type='html'>

KUALA LUMPUR: Pemain pasukan Croatia enggan melayani pihak media di Piala Dunia Brazil selepas gambar mereka berenang bogel diambil secara curi-curi.

Dua orang jurugambar telah bersembunyi di belakang semak berdekatan dan mengambil gambar tersebut yang kini tersebar luas di laman web.

Bercakap lewat pada hari Ahad dengan pihak media, jurulatih pasukan Niko Kovac berkata beliau tidak akan memaksa pemainnya bercakap semula dengan pihak media, dan tidak tahu bila mereka akan kembali selesa.


Bercakap dari kem latihan mereka di Praia do Forte, Kovac berkata: "Saya tidak boleh memaksa mereka ditemubual selepas mereka dan keluarga mereka dimalukan begitu.

"Kalau berlaku pada anda, adakah anda suka? Gambar bogel anda disebarkan tanpa sebab? Mereka berkeras tidak mahu ditemubual dan saya tidak tahu sehingga bila mereka akan terus senyapkan diri, mungkin esok, mungkin selepas kempen kami di Piala Dunia kali ini berakhir," Kovac bertegas.

"Saya hormati pendapat pemain saya dan walaupun anda semua telah bersikap profesional setakat ini, anda memang bersalah mengambil dan menerbitkan gambar itu."

Croatia tewas pada perlawanan pembukaan Piala Dunia kali ini pada Brazil dan akan beraksi seterusnya bertemu Camerron di Manaus pada hari Rabu.

Sumber



View the original article here

Monday, 2 June 2014

Anak Malaysia Izuan Ibrahim latih Jepun merangkul Piala Thomas



Tahukah siapa anak melayu di sebalik kejayaan Jepun merangkul Piala Thomas?


Kejayaan Jepun memenangi Piala Thomas membuktikan semangat mereka bukan lagi boleh dipandang enteng.

Menundukkan gergasi sukan badminton seperti China, Indonesia dan Malaysia 
semalam menjadikan negara matahari terbit itu sudah berada dalam senarai negara-negara 
pemenang Piala Thomas.

Kita sudah terima hakikat Malaysia tidak sehebat Jepun kali ini namun berpuas hati 
dengan semangat juang pasukan negara termasuk penampilan akhir datuk Lee Chong 
Wei dalam pentas antarabangsa itu.


Bagaimanapun, tahukah kita siapa disebalik kejayaan pasukan Jepun?



Selain ketua jurulatihnya, Park Joo Bong – bekas pemain kebangsaan Korea dan 
pernah melatih pasukan badminton Malaysia – ada seorang lagi yang memberi 
sumbangan melatih pasukan Jepun iaitu Izuan Ibrahim.

Apa yang menarik, Izuan merupakan seorang rakyat Malaysia berusia 30 tahun dan 
pernah menjadi jurulatih Nusa Mahsuri di bawah kelolaan Datuk Misbun Sidek.

Izuan dikatakan pernah melatih dan menggilap bakat Kento Momota dan beberapa 
pemain-pemain negara berkenaan



Syabas Izuan! Kemenangan Jepun memberi nilai sentimental kepada beliau walaupun 
mungkin kecewa apabila Malaysia sendiri gagal dan kempunan merampas kejuaraan 
Piala Thomas sejak kali terakhir pada tahun 1992..
sumber

View the original article here

Thursday, 29 May 2014

Final Piala FA 2013 [Gol Norfarhan] Kelantan vs Johor DT [1-0]





Final Piala FA 2013
Kelantan vs Johor JDT [1-0]
Gol Norfarhan
Kelantan vs Johor Darul Takzim JDT
Akhir Piala FA 2013
Kelantan 1-0 Johor DT





View the original article here

Friday, 23 May 2014

Biar Betul, Piala Dunia Brazil Dibakar Penunjuk Perasaan?



RIO DE JANEIRO – Perosak harta benda membakar replika Piala Dunia setinggi enam meter yang terletak beberapa kilometer dari lokasi pasukan Brazil akan ditempatkan untuk temasya bulan depan, menurut pegawai di bandar Teresopolis.

“Usaha akan dilakukan bagi mencari dalang perbuatan vandalisme ini supaya mereka tidak terlepas daripada hukuman,” menurut Datuk Bandar Teresopolis dalam satu kenyataan.

Serangan terhadap replika piala itu bukan yang pertama terhadap simbol berkaitan Piala Dunia di Brazil. Bola sepak besar serta maskot Fuleco turut dirosakkan.

Tahun lalu, lebih sejuta orang berhimpun di jalanan di beberapa bandaraya Brazil bagi membantah perbelanjaan untuk temasya itu serta kurangnya peruntukan untuk perkhidmatan awam.~ Sumber