Saturday 27 September 2014

Detik terindah AnugerahLawak Warna 2014



DATUK JAMALI SHADAT (kiri) dan Hamid Gurkha menerima Anugerah Khas Juri pada acara Anugerah Lawak Warna 2014.

ASASNYA, Anugerah Lawak Warna berjaya mengangkat martabat golongan pelawak tempatan yang jarang diberikan penghargaan khusus sebelum ini.

Sepi satu dewan apabila Anugerah Khas Juri diberikan kepada dua legenda komedi tanah air, Datuk Jamali Shadat dan Hamid Gurkha.






Detik yang paling menyentuh perasaan tercetus sebaik sahaja kedua-dua pelawak otai itu berbalas-balas dialog dengan gaya percakapan seperti seorang cucu yang bercakap dengan datuk.

Kata Hamid: "Saya suka menerima anugerah ini tetapi malangnya sudah hujung-hujung. Nasib baik dapat sebelum mati, kalau tidak, ibaratnya makan garam tidak bermasin."




Penghargaan turut diberikan kepada kumpulan pelawak Senario yang pernah mencipta fenomena sekitar penghujung tahun 1990-an.

Tidak kira baharu atau lama, semua anggota asal Senario iaitu Azlee, Wahid, Lan Pet Pet, Hamdan, Ilya, Saiful Apek dan Yassin dipanggil naik ke pentas untuk menerima Anugerah Khas Juri Pencapaian Komedi Terbaik.

Persembahan yang paling memukau dan berjaya mencuri tumpuan dapat disaksikan sewaktu penutup acara berkenaan. Kemunculan barisan pelawak terkenal sebagai sebuah kumpulan muzik membentuk penyatuan penuh bertenaga.

Menamakan kumpulan mereka sebagai Lipan Bara, Yus Jambu, Tauke Jambu, Jep SepahTu dan Shuib SepahTu telah menyampaikan beberapa buah lagu rock dengan kualiti vokal dan muzik yang setanding penyanyi dan pemuzik profesional tempatan.

View the original article here

No comments:

Post a Comment