Saturday 27 September 2014

Sofi Jikan kecil hati?


Sofi Jikan

BUKAN baru semalam dia bergelar anak seni; sudah pelbagai sepak terajang di lalui dan sudah pelbagai kerja dilakukan atas rasa cinta terhadap bidang seni. Namun setelah 20 tahun berkecimpung di dalam bidang seni, Mohamad Shoffi Jikan, atau lebih dikenali dengan nama Sofi Jikan akhir mengangkat tangan tanda mengalah.

Niatnya untuk meninggalkan industri seni bukan juga baru di buat; setelah puas bersabar bintang berusia 44 tahun ini mengakui tidak mampu lagi untuk bertahan.






“Saya sudah terlibat dalam bidang seni sejak tahun 1995 dan pernah melakukan pelbagai kerja belakang tadbir sebelum bergelar pelakon. Tetapi sejak dari mula saya berkecimpung dalam industri seni sehingga kini, tidak banyak benda yang berubah.

“Jujurnya memang saya berkecil hati dengan keadaan industri perfileman hari ini hingga membuatkan saya nekad untuk meninggalkan dunia lakonan,” katanya.

Bagaimanapun, rajuk itu mungkin tidak lama kerana akui Sofi, dia hanya akan berlakon di bawah produksinya sahaja selepas ini.

"Saya baharu sahaja menerima geran dari Perbadanan Filem Nasional (Finas) berjumlah RM400,000 untuk menyiapkan filem Gangster Rock Kasi Sengat dengan usaha sama Serina Redzuan dan Yusuf Kelana.

"Bagi saya geran itu adalah satu amanat buat saya untuk menghasilkan filem yang berkualiti. Namun jika ada tawaran dari produksi tempatan lain, saya tidak akan menerimanya," katanya.

Ujar Sofi buat masa ini, masih banyak lagi filem lakonannya belum ditayangkan termasuklah filem, Lelaki Harapan Dunia.




Filem yang turut menampilkan Wan Hanafi Su itu, turut menyertai beberapa festival filem di luar negara termasuk di Kanada, Jepun dan Switzerland, sebelum ditayangkan di negara ini pada akhir tahun nanti.

Tambah Sofi, dia juga menerima bayaran lumayan dari sebuah produksi Hollywood untuk membintangi siri Marco Polo yang menjalani penggambaran di Iskandar, Johor Bharu baru-baru ini.

"Selama ini, pelbagai perit jerih telah saya lalui dengan produksi tempatan. Malah ada yang menggugurkan nama saya pada saat akhir setelah hampir setahun mereka 'block' jadual saya.

"Jadi bila mendapat peluang seperti ini, tidak mungkin saya lepaskan,” jelasnya yang sedang menyiapkan skrip filem City Of Gold.

View the original article here

No comments:

Post a Comment