Monday 22 September 2014

Shila Amzah akan buat sidang media


Shila Amzah dan ND Lala

KONFLIK yang melanda antara penyanyi tempatan, Shila Amzah dengan tidak akan berakhir begitu sahaja.

Saat pihak media bertubi-tubi ‘menyerbu’ menuntut penjelasan terhadap kenyataan Shila yang dikatakan membidas media berbahasa Melayu kerana tidak membuat liputan ke atas konsertnya yang berlangsung di Jalan Klang Lama baru-baru ini, pihak






Shila pula memilih langkah kiri dengan mengelak dari sebarang soalan yang diajukan berkaitan dengan isu tersebut.

Memetik daripada sebuah laporan portal tempatan, bapa penyanyi kontroversi itu memaklumkan yang pihak mereka tidak bersedia untuk memberikan kenyataan berhubung isu tersebut.

Menurut, bapanya, ND Lala sekarang adalah masa yang kurang sesuai kerana pihaknya sibuk dengan rakaman album berbahasa Mandarin di Beijing, China.

“Saya tengah cari tarikh terdekat untuk balik Malaysia dan memenuhi permintaan rakan media untuk mendapat maklum balas. Jumpa nanti,” katanya.




Rasanya memang sudah sampai masa untuk Shila mengeluarkan kenyataan sendiri berhubung isu tiada jemputan media berbahasa Melayu ke konsert penyanyi itu baru-baru ini kerana selama ini pun kenyataan yang keluar semuanya datang dari kelab peminat.

Riuh seketika dunia hiburan tempatan apabila Shila berkongsi sebuah status dimuat naik oleh pemilik laman Instagram @shilaamzah_photography yang mana dikendalikan oleh kelba peminatnya dan kemudiannya dimuat naik semula ke laman Instagram milik Shila sendiri.

Pemilik laman @shilaamzah_photography sekali lagi menimbulkan pergolakan antara media dan Shila apabila dia memuat naik gambar terbaru yang menunjukkan bukti dan senarai antara media yang hadir membuat liputan pada malam konsert terbabit.

“Ramai (media) yang kata tiada undangan dari pihak Shila. Jadi di sini, kami berjaya dapatkan tandatangan media yang hadir pada malam itu. Jadi, anda nilailah sendiri,” katanya seperti yang dipetik melalui laman Instagram tersebut.

Paparan tersebut kemudiannya turut dikongsikan melalui dua akaun Twitter @Shilaamzah dan @realSHILALAS yang masing-masingnya diikuti oleh 868,000 dan 17,000 pengikut laman Twitter.

View the original article here

No comments:

Post a Comment