Showing posts with label Media. Show all posts
Showing posts with label Media. Show all posts
Thursday, 30 October 2014
ARTIS!!! Tomok Nafi Elak Keluar Media, Beri Peluang Muka Baru
Penyanyi Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok menjelaskan yg dia bukanlah tidak mahu untuk mengadakan sesi photoshoot apabila dipanggil oleh wartawan untuk sesuatu akhbar atau majalah tetapi dia lebih selesa untuk melakukannya sekiranya mempunyai produk atau album baru untuk dikongsikan bersama peminat.
Jelasnya, zaman photoshoot ini adalah zaman ketika bersama New Boyz dahulu dan merasakan sudah tiba masanya untuk memberikan peluang kepada artis yg lain untuk mempromosikan karya mereka pula di dada dada media.
“Tomok dah lalui zaman photoshoot dan sekarang umur Tomok sudah 30 tahun. Bagilah peluang pula kepada anak-anak muda untuk mereka berkarya. Tomok lebih suka untuk buat photoshoot sekiranya mempunyai produk atau album untuk diceritakan dan dikongsi bersama peminat,” katanya semasa majlis pelancaran albumnya yg kedua berjudul Aku Datang
.
Tomok juga bakal menyambut kelahiran cahaya mata yg kedua tidak lama lagi. Bagaimanapun tidak ada persiapan yg begitu mewah, dan ianya hanyalah sekadar persiapan biasa seperti menyambut anaknya yg pertama iaitu, Arrianshah Akid.
Melihatkan jadual dan kesibukan Tomok dalam rangka promosi albumnya yg terbaru ini dan juga beberapa kerjayanya yg lain, dia memaklumkan bahawa masih lagi sempat untuk meluangkan masa bersama keluarga yg tercinta.
“Persiapan biasa biasa sahaja. Dari segi masa, rasanya tidak ada masalah isteri sudah tahu mengenai tugas dan kerjaya sebagai artis. Dari dahulu sebelum kahwin pun kami ada berbincang mengenai ini. Cuma apabila saya mahu ke mana-mana saya akan hantar isteri ke rumah mertua atau ke rumah mak saya,” katanya.
Sementara itu, Tomok melancarkan albumnya yg kedua berjudul Aku Datang
yg bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur kelmarin. Albumnya yg mengandungi 7 buah lagu itu dijangka akan mendapat sambutan daripada peminatnya seluruh tanah air.
Selain itu, Tomok dan rakan-rakannya seperti Black Hanifah, RJ, SSK, Radhi OAG dan Shiha akan mengadakan Road Tour Aku Datang
di tempat-tempat yg terpillih di seluruh Malaysia termasuklah Sabah Dan Sarawak sekitar November ini.
Tuesday, 23 September 2014
Soo Wincci tidak skeptikal terhadap media Melayu

SOO WINCCI kini muncul dengan album terbaharu berjudul Wincci yang sedang giat dipromosikan di seluruh China.
MERUPAKAN seorang penyanyi keturunan Cina yang cukup terkenal dalam kalangan media dan khalayak Melayu, Soo Wincci kini jauh berada di Taiwan kerana menerbitkan, sekali gus memasarkan album terbaharunya, Wincci di republik tersebut.
Terlanjur berbicara tentang album yang mempunyai sebuah filem pendek yang menelan belanja RM1 juta itu, Soo ditanya mengenai persepsinya sebagai seorang artis Cina yang 'hidup' di dalam rumpun media Melayu.
Soo menjelaskan, biar berketurunan Cina, dia tidak pernah terpinggir untuk meraih publisiti daripada media Melayu.
Justeru, tindakan menyelar atau memperlekeh kredibiliti media tempatan biarpun sudah bergerak dan berkembang dalam pasaran antarabangsa disifatkan sebagai tidak wajar.
Berhubung dengan Soo melalui aplikasi Skype di ibu pejabat pihak pengurusannya di Beyonds Artises Sdn. Bhd., penyanyi dan model itu berkongsi rasa tentang album dan hubungan baik bersama media yang perlu dijaga.
Kosmo!: Soo Wincci, sekadar bertanya pendapat mengenai isu memperlekeh media terutama media Melayu yang dilakukan peminat atas persetujuan seorang penyanyi baru-baru ini. Wajarkah seseorang anak seni itu mempertikaikan kredibiliti media?
SOO WINCCI: Pada pendapat saya ia merupakan perkara yang sangat tidak wajar, malah seseorang itu perlu menjalinkan kerjasama yang baik dengan pihak media. Ini kerana pihak media sangat penting dalam usaha memberi promosi kepada seseorang artis. Bukan hanya menjaja cerita peribadi artis sahaja. Pada pendapat saya juga, gosip ataupun cerita peribadi seseorang artis itu merupakan bayaran jika seseorang itu ingin terjun dalam bidang seni.
Walaupun anda kini sedang menempa nama di peringkat antarabangsa iaitu di Taiwan, adakah anda menganggap pihak media di Malaysia tidak penting?
Saya sangat bersyukur kerana kerjaya saya dihargai oleh peminat di China mahupun di Malaysia. Walaupun saya sedang membina karier di sini (Taiwan), saya tidak pernah melupakan pihak yang selama ini banyak membantu mempromosikan kerjaya saya dalam bidang nyanyian. Saya akui pihak media merupakan orang penting dalam perjalanan karier saya. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.
Apa pula pandangan anda apabila ada artis yang menyelar tindakan media Melayu sebagai tidak menyokong karier mereka, sebaliknya hanya suka mengorek hal peribadi seseorang artis sahaja?
Pada pandangan saya, hal tersebut mungkin berlaku disebabkan salah faham di antara kedua-dua belah pihak. Mungkin perkara ini perlu dipandang secara profesional dan tidak melibatkan sebarang emosi. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Jika seseorang artis itu bijak, dia mampu menilai sendiri betapa pentingnya hubungan seseorang anak seni itu dengan media.
Anda merupakan seorang artis keturunan Cina, adakah anda memandang skeptikal terhadap media Melayu?
Saya tidak pernah pilih bulu apabila berkaitan hal kerja seni. Bagi saya, mereka merupakan rakan-rakan saya dan kami telah menjalinkan hubungan baik sejak saya serius dalam bidang seni. Saya berharap perkara ini tidak akan berlaku lagi.
Boleh anda ceritakan mengenai album Wincci ini?
Saya kini dalam rangka promosi untuk album terbaharu saya berjudul Wincci. Album yang memuatkan 10 buah lagu itu telah dilancarkan pada awal September lalu. Mengambil tema Pengubat Cinta, sebuah filem pendek juga telah disiapkan dan ia menceritakan secara keseluruhan 10 lagu tersebut.
Boleh anda kongsi serba ringkas tentang filem pendek tersebut?
Filem pendek itu merupakan idea asal daripada saya sendiri dan ia telah menjalani penggambaran di sekitar Taiwan. Ia menceritakan mengenai seorang gadis yang putus cinta dan menemui insan baharu yang membahagiakannya. Dari situlah 10 lagu yang dimuatkan dalam album tersebut memainkan peranan dalam setiap babak yang dipaparkan. Turut berlakon dalam filem pendek tersebut ialah aktor Singapura, Jun Yang. Kos keseluruhan untuk filem pendek ini mencecah RM1 juta. Biarpun kedengaran agak mahal, namun saya berpuas hati dengan hasilnya.
Mengapakah anda mengambil langkah untuk membikin album sekali gus memasarkan album terbaharu itu di Taiwan?
Saya telah mula mengembangkan bakat saya di Taiwan sejak 2012. sejak itu, saya mempunyai peminat yang tersendiri di sini lagipun berbanding di Malaysia, skop pendengar di Taiwan lebih luas. Saya sangat bersyukur kerana berkat album kedua ini, saya telah berjaya mengukuhkan kedudukan apabila nama saya semakin dikenali walaupun hanya tiga tahun menapak dalam industri hiburan di Taiwan. Kini saya mahu memastikan nama saya kukuh di sini, namun pada masa yang sama, Malaysia tidak akan dilupakan.
Adakah album ini akan dipasarkan di Malaysia juga?
Walaupun ia merupakan album Mandarin, sudah tentu ia akan dipasarkan di Malaysia. Bagaimanapun, buat masa ini saya akan mempromosikan ia di Taiwan terlebih dahulu sebelum pulang selama dua minggu untuk mempromosikan Wincci di negara kita.
Monday, 22 September 2014
Shila Amzah akan buat sidang media

Shila Amzah dan ND Lala
KONFLIK yang melanda antara penyanyi tempatan, Shila Amzah dengan tidak akan berakhir begitu sahaja.
Saat pihak media bertubi-tubi ‘menyerbu’ menuntut penjelasan terhadap kenyataan Shila yang dikatakan membidas media berbahasa Melayu kerana tidak membuat liputan ke atas konsertnya yang berlangsung di Jalan Klang Lama baru-baru ini, pihak
Shila pula memilih langkah kiri dengan mengelak dari sebarang soalan yang diajukan berkaitan dengan isu tersebut.
Memetik daripada sebuah laporan portal tempatan, bapa penyanyi kontroversi itu memaklumkan yang pihak mereka tidak bersedia untuk memberikan kenyataan berhubung isu tersebut.
Menurut, bapanya, ND Lala sekarang adalah masa yang kurang sesuai kerana pihaknya sibuk dengan rakaman album berbahasa Mandarin di Beijing, China.
“Saya tengah cari tarikh terdekat untuk balik Malaysia dan memenuhi permintaan rakan media untuk mendapat maklum balas. Jumpa nanti,” katanya.
Rasanya memang sudah sampai masa untuk Shila mengeluarkan kenyataan sendiri berhubung isu tiada jemputan media berbahasa Melayu ke konsert penyanyi itu baru-baru ini kerana selama ini pun kenyataan yang keluar semuanya datang dari kelab peminat.
Riuh seketika dunia hiburan tempatan apabila Shila berkongsi sebuah status dimuat naik oleh pemilik laman Instagram @shilaamzah_photography yang mana dikendalikan oleh kelba peminatnya dan kemudiannya dimuat naik semula ke laman Instagram milik Shila sendiri.
Pemilik laman @shilaamzah_photography sekali lagi menimbulkan pergolakan antara media dan Shila apabila dia memuat naik gambar terbaru yang menunjukkan bukti dan senarai antara media yang hadir membuat liputan pada malam konsert terbabit.
“Ramai (media) yang kata tiada undangan dari pihak Shila. Jadi di sini, kami berjaya dapatkan tandatangan media yang hadir pada malam itu. Jadi, anda nilailah sendiri,” katanya seperti yang dipetik melalui laman Instagram tersebut.
Paparan tersebut kemudiannya turut dikongsikan melalui dua akaun Twitter @Shilaamzah dan @realSHILALAS yang masing-masingnya diikuti oleh 868,000 dan 17,000 pengikut laman Twitter.
Shila Amzah Perlekeh media Melayu

KERATAN Shila menyokong tindakan peminat hingusannya yang menyelar media tanpa usul periksa telah dipadam kurang satu jam selepas ia dimuat turun di Instagram peribadinya, ShahilaAmzah.
PADA awalnya, artikel ini tidak akan menyentuh tentang cerita peribadi seorang penyanyi muda yang meraih sukses jauh sehingga ke negara China, Shila Amzah.
Ia sepatutnya hanya bercerita tentang bagaimana kami terpukau dengan kehebatan Shila menarik kelompok peminat Cina untuk hadir dan bergembira di konsert miliknya yang berlangsung pada Sabtu lalu di Dewan Mega Star Arena, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.
Konsert itu dinamakan Shila Amzah LOVE Live In Malaysia. Wartawan yang ditugaskan, Mohd. Izuan Roseli pulang membawa seribu satu kisah tentang betapa gahnya konsert tersebut.
Beliau menulis tentang dewan konsert dipenuhi dengan 80 peratus penonton yang terdiri dalam kalangan peminat Cina, yang dianggap sebagai satu fenomena luar biasa penangan Shila Amzah.
Ia sekali gus menjadi satu pencapaian yang luar biasa buat penyanyi muda yang bergelumang dengan lagu-lagu Melayu sebelum ini.
Izuan turut menulis tentang kehebatan Shila yang fasih berkomunikasi dalam bahasa Mandarin, sekali gus mendekatkan dirinya dengan peminat berketurunan Cina.
Konsert tersebut disifatkan Izuan sebagai sukses. Dengan lebih 20 buah lagu popular yang didendangkan Shila dalam lunak vokal berbisanya, tidak ada sesiapa yang berasa kurang puas hati dengan konsert tersebut.
Lagu-lagu seperti Bebaskan, Maaf, Sedar dan Cinta Hati serta hitnya, Patah Seribu didendangkan dengan cemerlang.
Sementelah, komposer terkenal Helen Yap yang bertindak sebagai ketua band iringan berjaya mengatur rapi susunan muzik sekali gus memantapkan lagi persembahan pada malam tersebut.
Secara keseluruhannya, menyaksikan konsert tersebut ialah satu bukti kukuh, bahawa Shila sememangnya layak memegang juara dalam pertandingan Asian Wave di China pada tahun 2012.

Shila hina media Melayu
Bagaimanapun, sebaik kisah konsert itu berakhir, pada Isnin lalu, Shila melalui akaun Instagram Shilaamzah_photography (sama ada atas pengetahuan dan persetujuan Shila atau tidak) dengan bangganya tanpa usul periksa telah memuat naik status yang berbunyi sungguh dangkal dan kurang sopan. Status itu memperlekeh media Melayu yang didakwa sebagai tidak menyokong kariernya.
Lebih parah, status itu mendakwa, media Melayu tidak berminat untuk hadir membuat liputan di konsert tersebut, sebaliknya lebih senang membuat gosip. Lantas, meriahlah status tersebut dengan sokongan dan pelecehan terhadap media Melayu.
Shila sendiri dalam salah satu jawapannya kepada peminat di akaun peribadinya, ShahilaAzmah menyokong para peminatnya. Dia mahu bertindak untuk memanjangkan status tersebut, namun bimbang ia menjadi isu dalam kalangan media Melayu.
DALAM Instagram kelab peminat Shilaamzah_photography, pengurus akaun tersebut membandingkan keratan akhbar Cina dan Melayu beserta status yang memperlekeh media Melayu sebagai tidak menyokong karier seni Shila, sebaliknya suka menjaja gosip penyanyi tersebut.
Komen sokongan tersebut bagaimanapun telah dipadamkan untuk menghapuskan bukti.
Untuk pengetahuan Shila (atau anda buat-buat tidak tahu), pihak media Melayu tidak dijemput oleh pihak penganjur iaitu Mega Ultimate Sdn. Bhd. dengan kerjasama Shila Amzah Entertainment Bhd..
Kosmo! menerima undangan liputan konsert tersebut pada saat akhir selepas meminta kebenaran daripada pihak penganjur untuk membuat liputan konsert tersebut. Itupun selepas meminta seperti pengemis, demi berasa bangga dengan pencapaian Shila Amzah.
Sebenarnya, kami memahami faktor mengapa media Melayu barangkali tidak dijemput kerana difahamkan ia mendapat tajaan daripada syarikat judi nombor satu negara yang memahami syarat bahawa media Melayu perlu ditapis sensitivitinya.
Jadi mengapa tidak Shila pandang positif tentang ketidakhadiran media Melayu membuat liputan konsert tersebut?
Shila atau peminat yang di belakang Shila perlu faham beberapa konteks tentang menerima jemputan undangan, melaporkan berita atau membuat gosip.
Sebagai seorang artis yang bergiat dalam bidang seni bermula dari zaman kanak-kanak, daripada bukan sesiapa kepada Shila yang hari ini telah terbang tinggi hingga ke luar negara, Shila sepatutnya sudah masak dengan dunia hiburan.
Sudah berusia 24 tahun dan mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang ini, seharusnya sikap Shila perlu jauh lebih matang daripada semua rakan sebaya.
Bukan melulu dan membogelkan sikap tidak matang, tidak cerdik dan mahu diri disokong pada pihak yang benar, sedang hakikatnya tidak mengetahui punca sebenar.
Shila, ingat, jangan 'terbang terlalu tinggi' sehingga apabila anda jatuh, ia berkecai, tidak ada satu pun yang boleh dicantum lagi.
Seperti mana bangganya anda terhadap bangsa atau media Cina berhubung pencapaian anda, begitu juga media Melayu yang tidak pernah putus-putus menyokong anda selama ini.
Gosip itu lumrah. Itu bayaran menjadi orang terkenal, namun jangan sampai memperlekeh sesama kita, sesama bangsa dan lapangan tempat anda mencari rezeki. Semoga anda menjadi Melayu yang tidak mudah lupa.
Wednesday, 3 September 2014
MH17: Petugas Media Ditumbuk Ahli Keluarga Mangsa

Seorang petugas media yang membuat liputan kepulangan jenazah nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 mengalami kecederaan selepas dipercayai dipukul oleh ahli keluarga mangsa di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi dekat sini pada Selasa.
Jurugambar daripada kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Aizuddin Saad dipercayai ditumbuk dalam kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaan manakala kameranya turut rosak.
Difahamkan, orang ramai termasuk petugas pusat peringatan berkenaan berjaya meredakan keadaan.
Aizuddin kemudian dihantar ke sebuah klinik berdekatan oleh kakitangan pusat peringatan itu untuk mendapatkan rawatan.

Aizuddin yang cedera di hidung akibat ditumbuk menunjukkan peralatan yang rosak akibat insiden itu.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Mohd Isa mengesahkan ada menerima satu laporan mengenai insiden pergaduhan di antara jurugambar akhbar New Straits Times, Aizuddin Saad dengan salah seorang ahli keluarga mangsa MH17.
Tajuddin berkata, kejadian dilaporkan berlaku di Pusat Peringatan Nirwana Sungat Besi pada Selasa dan pihaknya masih menjalankan siasatan.
"Dilaporkan ada insiden tolak menolak dan berlaku kekasaran.
"Peringkat awal ini kita percaya insiden ini timbul disebabkan sikap tidak berpuas hati keluarga mangsa yang inginkan sedikit 'privacy', manakala pemberita (media) pula cuba mendapat maklumat.
"Siasatan juga masih di peringkat awal bagi menentukan apa sebenarnya yang berlaku," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahunan 2013.
Aizuddin dikatakan sedang membuat liputan ketibaan abu mayat mangsa nahas pesawat MH17 dari Amsterdam.
Berdasarkan rakaman video dan gambar dari tempat kejadian, Aizuddin dilihat mengalami kecederaan di bahagian muka dan kerosakan pada kamera akibat ditumbuk salah seorang anggota keluarga mangsa.
Dalam rakaman video kejadian tersebut, kelihatan seorang anggota keluarga mangsa meluru dan menumbuk muka Aizuddin yang berada bersama sekumpulan jurugambar yang sedang bertugas.
Sementara itu Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA), mengutuk insiden ganas tersebut dan menyifatkan ia perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.
Sehubungan itu presidennya, Zainal Abdul Halim menggesa pihak polis mengambil tindakan segera berhubung insiden itu.
"Pergerakan dan tugas jurugambar media dalam sebuah tugasan mengikut etika kewartawanan.
"Jurugambar dan pihak media bertugas boleh menerima budi bicara pihak keluarga sekiranya tidak dibenarkan membuat liputan tetapi bukan cara mengasari keadaan sedemikian," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Monday, 16 June 2014
Bekas Suami Abby Abadi Tuduh Media Tambah Cerita
Selain tampil memberi penjelasan menerusi Instagram, Abby Abadi juga turut memaparkan SMS di laman sosial itu bersama bekas suaminya Farhan.
Menerusi penjelasan yang dibuat Abby, jelas menunjukkan selebriti ini kesal dengan dakwaan yang dibuat bekas suaminya itu.
Agak mengejutkan kerana apabila ditanya Abby mengenai kenyataannya ‘didera’ kepada media, Farhan menjawab “saya xtahu itu media yang tambah cerita”.
Murai tidak mahu mengulas lanjut mengenai kenyataan yang dilakukan Farhan kerana dia sendiri yang menunjukan laporan polis kepada media di luar mahkamah dan kemudiannya menafikan perbuatannya itu.
Tindakan Farhan ini seakan merumitkan lagi keadaan dan nampaknya kontroversi ini akan berterusan.murai.com.
Subscribe to:
Posts (Atom)