Thursday, 9 October 2014

ARTIS perebutan hak penjagaan anak izreen






 

Pada minggu lalu, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan telah memutuskan untuk memberi hak penjagaan sepenuhnya Muhammad Umar Adrian, yg berusia setahun tiga bulan kepada Izreen Azminda selepas beliau bercerai dengan sekitar Jun yg lalu.
Bercakap kepada media baru baru ini, walaupun beliau memberi ruang kepada bekas suaminya untuk meluangkan bersama anak mereka namun Izreen Azminda memberikan syarat yg anaknya tidak boleh bermalam di rumah bapanya.

“Buat masa ini, jika dia ingin berjumpa dengan Umar, ia perlu dibawah pengawasan saya sendiri atau dengan wakil saya yang boleh dipercayai. Bukan apa, Riza pun sibuk dengan pelbagai kerja penggambaran, takut jika dia tiada masa untuk menjaga Umar. Mungkin selepas beberapa tahun kemudian saya akan membenarkan dia bermalam dengan Umar,“ ujarnya.
Izreen Azminda turut menjelaskan kehadiran bekas suaminya, Muhammad Riza Baharuddin ke mahkamah baru baru ini adalah untuk selesaikan tuntutan hak jagaan anak dan nafkah.
“Saya tidak tahu jika dia ke mahkamah pada tarikh lain tetapi jika ada wartawan melihatnya pada 30 September lalu, memang dia ada di sana bagi kes tuntutan anak. Saya juga berada di situ”
“Dan Alhamdulillah, mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan sepenuhnya kepada saya,“ tambah Izreen Azminda yg telah bercerai pada 9 Jun 2014 selepas mendirikan rumah tangga kira kira hampir dua tahun.


 


View the original article here

No comments:

Post a Comment