Thursday, 9 October 2014

Lelaki 90 Tahun Dari Brazil Miliki 50 Orang Anak

Seorang petani berasal Brazil berusia 90 tahun memiliki 50 anak dari empat wanita yang berbeza termasuk adik ipar dan ibu mertua. Petani itu, Luiz Costa de Oliveira, dikurniakan 17 anak dari perkahwinan pertamanya.

Setelah isteri pertamanya meninggal, dia terus berkahwin dengan Maria Francisca da Silva, 64, dan dikurniakan 17 anak. Tidak puas, dia menyelingkuhi adik iparnya, Ozelita Francisca da Silva, 58, dan memiliki 15 anak. Oliveira juga main mata dengan ibu mertuanya, Francisca Maria da Silva, 89 dan memiliki seorang anak. “Saya mempunyai anak lain dan tidak tahu kerana saya selalu suka bermain dengan wanita lain,” menurut Oliveira, kepada akhbar Diario de Natal.

“Hal yang paling menakjubkan yang pernah diciptakan Tuhan adalah wanita,” ujar Oliveira yang tinggal di Campo Grande, Negara Bahagian Rio Grande do Norte, Brazil. Lelaki berusia 90 tahun itu mengatakan, dirinya sudah memiliki 100 cucu dan 30 cicit. Oliveira malah tidak mengetahui nama-nama mereka

Isteri kedua dan juga adik ipar Oliveira mengatakan, keramahan Oliveira menjadi rahsia baginya dalam menaklukkan setiap hati wanita. “Dia (Oliveira) tidak pernah berlaku kasar pada kami, dan dia selalu menjaga anak-anak dengan baik,” ujar Maria Francisca da Silva.



View the original article here

No comments:

Post a Comment