Wednesday, 22 October 2014

BERITA !!! Profesor Dengan Pelajar



Beijing: Selepas berdiam diri lebih tiga bulan, pihak berkuasa Universiti Xiamen 

di wilayah Fujian akhirnya mendedahkn hasil siasatan skandal seks membabitkan

seorang profesor sejarah.

Pada 14 Oktober lalu, universiti itu mendedahkan di blog mikronya bahawa Wu 

Chunming dipecat dan dilucutkn jawatan sebagai profesor kerana melakukan

gangguan seksual terhadap seorang pelajar wanita dan mengadakan seks dengan 

pelajar lain.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas sebuah rancangan televisyen menyiarkan

wanita mendakwa dirinya mangsa ketiga gangguan seksual Wu. Dia memberikan 

butiran sensasi seperti “Wu mengeluarkan kondom dari ofisnya dan meminta saya 

mengadakan seks dengannya.”

Dakwaan pertama terhadap Wu dimuat naik ke Internet awal Julai lalu oleh beberapa 

pelajar perempuan yg menuduhnya mencabul dan menggoda mereka supaya 

melakukan seks.

Dua hari kemudian, Universiti Xiamen mengumumkan pasukan khas ditubuhkn 

untuk menyiasat kes itu manakala Wu dilarang buat sementara waktu daripada 

mengajar, mendaftarkan atau menasihatkan pelajar sepanjang tempoh siasatan. 

View the original article here

No comments:

Post a Comment