Wednesday, 22 October 2014

MENARIK!!! 6 Gambar Terbaru Cik Khaleeda Bustamam, Bakal Isteri TMJ





Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan 

perkahwinannya dengan Cik Khaleeda Bustamam di Istana Besar di sini, pada

8 November ini.


Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata

istiadat pertunangan dan pernikahan Tunku Ismail akan diadakan di Istana Bukit 

Serene di sini, pada Jumaat ini.

"Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris memberi 

perkenan untk Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinannya.

"Justeru, perkahwinan baginda akn dilangsungkn penuh istiadat Diraja Johor serta

berunsurkn tentera,"katanya pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini sebentar tadi.

Khaleeda berusia 20-an dan berasal dari Gombak, Selangor pernah kelihatan di stadium

menyaksikan perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) 

bersama Tunku Ismail.

Tunku Ismail adalah putera sulung kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar 

dan Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Bharu, Tunku Ismail merupakan putera sulung

daripada enam adik-beradik.

Tunku Ismail dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 28 Januari 2010 dan

dilantik sebagai Raja Muda Johor ketika ulang tahun keputeraan nenda baginda, 

Almarhum Sultan Iskandar pada 8 April 2006.

Tunku Ismail memulakan persekolahan di Sekolah Sri Utama Johor Bharu dan Sekolah

Kebangsaan Kebangsaan St. Joseph, Johor Baharu sebelum meneruskan pengajian di 

Australian International School, Singapura dan Hale School, Perth, Australia, mulai

tahun 1999 hingga 2002.

Untuk tujuan pendidikan dan disiplin yg tinggi setaraf dengan bakal raja, Tunku Ismail

dihantar menjalani latihan ketenteraan dan pelajaran sebagai pegawai kadet di akademi

tentera terulung, Indian Military Academy (IMA), Dehradun, India, mulai Julai 2003.

Tunku Ismail dikurniakan pangkat Leftenan selepas tamat latihan pada 11 Disember 

2004 dan diserapkan ke dalam Angkatan Tentera India yg bertugas sebagai pegawai 

dalam Rejimen 61 Cavalry, Jaipur, India.
















 


View the original article here

No comments:

Post a Comment