Tuesday, 28 October 2014

BERITA!!! Remaja 14 Tahun Hilang ‘Mahkota’ Dalam Tandas




Memualkan apabila seorang gadis berusia 14 tahun yg ponteng sekolah tergadai 

‘mahkotanya’ selepas dipercayai melakukan perbuatan terlarang dengan seorang

pelajar lelaki yg juga kenalannya di dalam tandas awam di pusat bandar ini.





Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari Selasa lalu, pelajar tingkatan dua 

sebuah sekolah menengah di pinggir bandar ini baru mengenali pelajar lelaki 

tingkatan tiga berusia 15 tahun terbabit pada awal bulan lalu dan bertemu di 

sebuah pusat beli-belah di Bandar Hilir, dekat sini.



Bagaimanapun, rahsia mereka terbongkar selepas pihak sekolah remaja perempuan 

terbabit menghubungi ibunya bertanyakan mengapa anaknya tidak hadir ke sekolah

pada hari berkenaan.



Tembelang gadis terbabit terbongkar selepas ditanya ibunya sebelum membuat 

laporan polis polis sehingga remaja lelaki terbabit ditahan.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, 

berkata remaja lelaki terbabit kini ditahan reman tujuh hari mengikut Seksyen 376 

Kanun Keseksaan kerana merogol.



Katanya, siasatan lanjut mendapati pasangan berkenaan berkenalan pada awal bulan

lalu apabila mereka bertemu secara kebetulan di bandar ini ketika sama-sama ponteng

sekolah.



 


View the original article here

No comments:

Post a Comment