Sunday 26 October 2014

Gara-Gara Patah Hati Gadis Ini Tinggal Di Restoran KFC Selama Seminggu

Apabila seseorang merasa kecewa atau patah hati dengan cinta, maka akal sihat fikirannya seolah-olah hilang. Mereka boleh melakukan apa-apa juga, bahkan ada di antara mereka yang putus asa, akhirnya menamatkan hidupnya setelah ditinggalkan kekasih.

Tetapi apa yang dilakukan oleh wanita bernama Tan Shen, yang baru berumur 26 tahun, cukup pelik, beliau memilih untuk tinggal di restoran makanan siap saji selama satu minggu. Apa alasan Tan Shen tinggal di restoran tersebut?

"Saya hanya bersiar-siar di sekitar tempat ini, lalu saya berhenti dan tinggak di KFC di berhampiran stesen. Saya tidak merancang tinggal di sini dalam masa yang panjang. Saya hanya ingin makan sayap ayam," ucap Tan Shen yang petik dari DailyStar.

Sebenarnya Tan Shen mempunyai pangsapuri yang beliau tinggal bersama dengan kekasihnya tersebut. Namun ia enggan kembali ke sana, dan memilih restoran yang berada di Chengdu, China, untuk didiami. Kerana apartmen itu, begitu banyak kenangan bersama kekasihnya tersebut.


Mujurlah, kakitangan restoran tersebut mengertian dan sedar dengan apa yang menimpa gadis tersebut. Sehingga mereka tidak menegurnya untuk pulang dan pergi dari restoran tersebut.

Sama seperti pelanggan lain, kakitangan restoran juga melayani wanita tersebut dengan penuh perhatian. Namun semasa Tan Shen pergi dari restoran tersebut, kakitangan di restoran KFC tersebut seolah-olah kehilangan, kerana ia telah berada di sana cukup lama.

"Kami sangat kehilangannya. Kerana ia membuat pekerjaan kami semakin menarik," ucap Jiang Lung, salah seorang pegawai di restoran tersebut.

View the original article here

No comments:

Post a Comment