Showing posts with label GaraGara. Show all posts
Showing posts with label GaraGara. Show all posts

Sunday, 26 October 2014

Gara-Gara Patah Hati Gadis Ini Tinggal Di Restoran KFC Selama Seminggu

Apabila seseorang merasa kecewa atau patah hati dengan cinta, maka akal sihat fikirannya seolah-olah hilang. Mereka boleh melakukan apa-apa juga, bahkan ada di antara mereka yang putus asa, akhirnya menamatkan hidupnya setelah ditinggalkan kekasih.

Tetapi apa yang dilakukan oleh wanita bernama Tan Shen, yang baru berumur 26 tahun, cukup pelik, beliau memilih untuk tinggal di restoran makanan siap saji selama satu minggu. Apa alasan Tan Shen tinggal di restoran tersebut?

"Saya hanya bersiar-siar di sekitar tempat ini, lalu saya berhenti dan tinggak di KFC di berhampiran stesen. Saya tidak merancang tinggal di sini dalam masa yang panjang. Saya hanya ingin makan sayap ayam," ucap Tan Shen yang petik dari DailyStar.

Sebenarnya Tan Shen mempunyai pangsapuri yang beliau tinggal bersama dengan kekasihnya tersebut. Namun ia enggan kembali ke sana, dan memilih restoran yang berada di Chengdu, China, untuk didiami. Kerana apartmen itu, begitu banyak kenangan bersama kekasihnya tersebut.


Mujurlah, kakitangan restoran tersebut mengertian dan sedar dengan apa yang menimpa gadis tersebut. Sehingga mereka tidak menegurnya untuk pulang dan pergi dari restoran tersebut.

Sama seperti pelanggan lain, kakitangan restoran juga melayani wanita tersebut dengan penuh perhatian. Namun semasa Tan Shen pergi dari restoran tersebut, kakitangan di restoran KFC tersebut seolah-olah kehilangan, kerana ia telah berada di sana cukup lama.

"Kami sangat kehilangannya. Kerana ia membuat pekerjaan kami semakin menarik," ucap Jiang Lung, salah seorang pegawai di restoran tersebut.

View the original article here

Friday, 24 October 2014

BUAT HAL!!! Gara-gara Menampakkan Bahagian Dalaman, Mimi Dihentam Peminat


Gara-gara memuat naik gambar seksi dilaman Instagram miliknya, Mimi One Nation Emcee telah dihentam teruk oleh peminat dilaman sosial tersebut sehingga mengundang pergaduhan antara satu sama lain.

Menerusi foto-foto yg dimuat naik oleh penyanyi ini, Mimi dilihat telah memakai singlet putih dan baju itu dilihat sedikit jarang sehingga menampakkan pakaian dalamnya berwarna merah.

Segala foto tersebut telah mengundang pelbagai respon negatif peminat terhadap Mimi sehingga ada melemparkan kata-kata lucah terhadap bentuk badan penyanyi itu yg dilihat sedikit montok dan seksi.



Lagi gambar Mimi One Nation Emcee Yang Seksi Gituu..





 


View the original article here

Monday, 22 September 2014

Gara-Gara Di Ejek Setan Oleh Anak Sendiri Wanita Ini Berubah Jadi Cantik

Bagi wanita, bentuk tubuh yang langsing adalah dambaan. Wanita yang langsing biasanya dianggap lebih cantik, tapi kadang-kala, proses hamil dan melahirkan anak membuat wanita kehilangan bentuk tubuhnya, seperti yang dialami wanita ini. Sudah lama diabaikan suami dan disebut sebagai setan oleh anaknya, wanita 40 tahun ini bermotivasi untuk kembali langsing.

Puan Zhao kembali mendapatkan rasa percaya diri setelah dirinya langsing. Sama seperti wanita pada umumnya, Zhao mengalami perubahan bentuk badan selepas melahirkan. Kesibukan mengurus anak membuatnya tidak memperhatikan tubuhnya sendiri, sehingga makin lama, dia semakin gemuk dan saiz bajunya semakin sempit.

"Setelah mandi dan memakai baju, saya merasa tubuh ini seperti sedang membungkus ladu," ujar Zhao yang sering tidak selesa kerana baju-baju yang ketat apabila dipakai.

Keadaan kulit Zhao juga mengalami penurunan akibat kegemukan. Muncul tompok coklat dan pigmentasi. Akibat keadaan fizikal yang buruk tersebut, suaminya mengabaikannya dan tidak mengajak berbual lebih dari 10 kata setiap hari. Walaupun keadaan ini sering mencetuskan pertengkaran antara Zhao dan suaminya. Yang lebih menyedihkan, anaknya memanggilnya dengan sebutan setan kerana berpenampilan buruk dan tidak cantik sama sekali.

Dua keadaan menyedihkan itu membuat Zhao bermotivasi untuk mengubah bentuk tubuhnya. Dia terus mengubah gaya hidup dan cuba pelbagai cara semula jadi untuk mengembalikan bentuk tubuhnya. Zhao mengambil makanan sihat dan tidur teratur setiap hari, tidak ada kata begadang atau bangun kesiangan.

Dengan perubahan gaya hidup, Zhao kembali mendapatkan tubuh langsing dan keadaan kulit yang lebih muda. Dalam foto-foto terbarunya, Zhao kelihatan lebih muda 10 tahun. Suaminya kembali memuji dirinya cantik setiap masa. Bahkan, suaminya tidak ingin ada lelaki lain yang menggoda isterinya, sehingga dia selalu membawa alik Zhao ketika bekerja.

Anak Zhao juga tidak lagi memanggilnya dengan sebutan setan. Berkat tubuh langsing dan penampilan lebih muda, anak Zhao lebih suka memanggil dirinya kakak, bukan ibu.



View the original article here

Monday, 1 September 2014

Remaja Di Tangkap Gara-Gara Tembak Bayi

Remaja Di Tangkap Gara-Gara Tembak Bayi   | Seorang ibu muda bertindak mengejar sekumpulan remaja lelaki sebaik saja anak perempuannya berusia dua tahun menangis akibat terkena pelet besi yang ditembak salah seorang remaja terbabit.

Remaja Di Tangkap Gara-Gara Tembak Bayi

Wanita berusia 27 tahun itu kemudian berjaya menahan seorang remaja berusia 13 tahun dan merampas sejenis alat menyerupai pistol angin dipercayai digunakan dalam kejadian itu. Beberapa rakan remaja itu bagaimanapun berjaya melarikan diri.

Dalam kejadian kira-kira 1.40 tengah hari Rabu lalu, kumpulan remaja itu difahamkan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas program di sekolah memandangkan mereka masih memakai pakaian ko-korikulum ketika kejadian.

Kanak-kanak terbabit, Nurul Shafiyyah yang sedang bermain di luar rumahnya di Limbongan Permai di sini, cedera selepas bahagian belakang badannya terkena pelet yang tersasar.

Bapa kanak-kanak itu, Nizam Tamby, 41, berkata, Nurul Shafiyyah sedang bermain di luar rumah sambil ditemani ibunya, sebelum secara tiba-tiba menangis.

Menurutnya, dia yang sedang bekerja ketika itu terus bergegas pulang apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu, sebelum membawa anaknya ke Hospital Melaka.

"Pemeriksaan mendapati anak saya cedera di bahagian belakang badannya akibat terkena pelet besi berkenaan.

“Saya bersyukur kerana ia tidak mengenai bahagian lain, terutama matanya. Saya tidak berani memikirkan apakah kesannya sekiranya itu berlaku,” katanya di sini, semalam.

Menurut Nizam, dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Tengkera pada hari kejadian selepas dinasihatkan supaya berbuat demikian oleh Hospital Melaka.

Menurutnya, senjata yang berjaya dirampas isterinya juga telah diserahkan kepada polis untuk membantu siasatan.

“Saya juga telah merujuk perkara ini kepada sekolah remaja berkenaan. Pihak sekolah berjanji akan menyiasat perkara ini,” katanya.

Sementara itu, pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar yang mengesahkan kejadian berkata, alat yang digunakan remaja berkenaan bukan pistol angin tetapi sejenis alat yang dibuat sendiri remaja berkenaan menggunakan paip PVC.

"Kita  kini sedang menyiasat kejadian berkenaan di bawah Seksyem 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.

Difahamkan polis sudah merekodkan keterangan remaja berkenaan, di mana dia mengaku menggunakan alat berkenaan untuk menembak burung sebagai hobi.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/angkara-pistol-buatan-sendiri-1.312387

View the original article here