Wednesday 22 October 2014

Giliran Najwa Mahiaddin berhijrah?



NAMA gadis ini bukan calang-calang dalam industri seni, malah dia mempunyai kelasnya tersendiri.

Lama tidak mendengar berita, baru-baru ini penyanyi lagu Got To Go itu tiba-tiba mencuri tumpuan peminat seni.

Apa tidaknya, menerusi laman sosial Instagram milik JoePRCInternational, kelihatan beberapa keping gambar Najwa mengenakan tudung, berbeza dengan penampilannya sebelum ini.

Meskipun masih belum mengesahkan perkara itu, pengurus Najwa mengakui itulah penampilan baharu penyanyi itu sejak pulang menunaikan ibadah haji tahun ini. Namun dia tidak dapat mengulas panjang.

Apa pun, sama-sama kita doakan Najwa mengikut jejak langkah Mizz Nina, Ziana Zain dan ramai lagi artis yang berhijrah sepenuhnya.



View the original article here

No comments:

Post a Comment