Saturday 4 October 2014

Hanung, Harap Filem Soekarno Ubah Persepsi Rakyat Malaysia


Hanung Bramantyo

Pengarah filem Indonesia, Hanung Bramantyo berharap karyanya, Soerkarno: Indonesia Merdeka dapat mengubah persepsi rakyat Malaysia bahawa presiden pertama negara itu tidak pernah mahu bermusuh dengan negara ini.

Hanung berkata, walaupun Soekarno pernah menubuhkan gerakan 'Ganyang Malaysia' pada sekitar 1960-an, ia kerana sifat nasionalisme beliau yang kuat untuk menyatukan seluruh bangsa Indonesia.






"Saya percaya, selepas rakyat Malaysia menonton Soerkarno: Indonesia Merdeka, ia akan mengubah persepsi masyarakat negara ini terhadap Soekarno.

"Beliau bukan mahu bermusuhan dengan Malaysia, sebaliknya jiwanya terlalu patriotik yang mahu negaranya bersatu," katanya.


Hanung (kanan) bersama barisan pelakon Soekarno:Indonesia Merdeka

Soekarno:Indonesia Merdeka yang dibintangi oleh Ario Bayu dan Maudy Korsnaedy mula ditayangkan 2 Oktober 2014 di pawagam seluruh negara.




Filem itu sudah ditayangkan di Indonesia pada tahun lalu.

Sementara itu, Hanung berkata, filem tersebut antara pembikinan karya yang agak mencabar baginya kerana terpaksa berdepan dengan masyarakat Indonesia yang mempunyai pelbagai persepsi mengenai bekas presiden itu.

"Saya tahu setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza tentang Soekarno kerana beliau hidup dalam lima generasi berbeza.

"Ketika filem ini ditayangkan di Indonesia, ada segelintir pihak yang kurang berpuas hati kerana membandingkan sejarah Soekarno yang sedia ada dan mereka mengharapkan lebih daripada apa yang dipaparkan.

"Sedangkan ia hanyalah filem Soekarno yang ditafsirkan oleh pendapat saya sendiri," ujarnya.

View the original article here

No comments:

Post a Comment