Wednesday, 22 October 2014

LAGI OSU!!! Program sentuh anjing cubaan hina ulama, kata bekas mufti Johor




Bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut berkata penganjuran program "I want to touch a dog" anjuran umat Islam di Selangor semalam sebagai satu percubaan untuk menghina ulama dan pihak berkuasa agama.



Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij) itu berkata, perbuatan menyentuh anjing secara sengaja adalah haram kerana ia merupakan najis berat iaitu najis mughallazah yg dipandang secara serius dalam mazhab Shafie dan Hanbali.



"Jangan cuba mencipta budaya yg bercanggah dengan Islam dan mazhab Shafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.



"Perkara ini dilarang kerana tiga perkara iaitu agama, kesihatan dan budaya yg bercanggah dengan Islam. Perlu diingat di Malaysia kita berpegang teguh kepada mazhab Shafie,” katanya.

Menurut Berita Harian, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mewartakan pada Oktober tahun lalu haram bagi umat Islam menyentuh anjing yg kering tanpa darurat.



Sementara itu, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman berkata pihak berkuasa agama perlu memberi perhatian dan menyiasat tujuan penganjuran program itu yg jelas bertentangan dengan pegangan umat Islam negara ini.



Berita Harian melaporkan beliau berkata, umat Islam tidak seharusnya mengambil mudah mengenai perkara ini dan perlu merujuk pihak berkuasa agama terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu yg bercanggah dengan mazhab Shafie.



Semalam Siti Sakinah bersama 4 anaknya hadir ke Central Park, Bandar Utama, Selangor, untuk mengambil bahagian dalam acara "I Want to Touch a Dog", satu acara untuk mengatasi ketakutannya terhadap anjing.



"Ia juga untuk menunjukkan menyentuh anjing tidak haram. Ramai yang bimbang menyentuh anjing lebih kerana ia satu dosa, bukannya takut kepada dosa yg lebih besar," kata Siti Sakinah, seorang bekas guru agama yg kini bekerja dengan sebuah NGO.



Beliau berkata, suaminya, seorang ustaz, memberi izin untuk menghadiri majlis hari ini.



"Saya mahu melompat gembira apabila dia berkata ya dan saya beritahu anak-anak, mereka harus pergi. Dan mereka semua datang hari ini dengan saya untuk mengatasi ketakutan mereka dan apabila mengetahui anjing juga makhluk yg dicipta Allah yg memerlukan cinta dan kasih sayang," kata Siti Sakinah, yg sejak pagi menyentuh dan mengelus anjing saja.



"Saya masih takut pada anjing besar jadi saya menyentuh yg kecil terlebih dahulu," katanya dengan gembira.



Siti Sakinah dan anak-anaknya antara keluarga yg hadir pada majlis itu yg dihadiri lebih 1,000 orang.



Penganjur acara itu, Syed Azmi Alhabshi, berkata dia berpuas hati dengan hasilnya.



"Kami hanya jangka 60, tetapi ini sudah lebih daripada 60. Ini amat menggalakkan dan saya harap saya menyediakan air yg cukup untuk anjing dan meminta maaf ke atas sebarang kekurangan," katanya.

View the original article here

No comments:

Post a Comment