Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts
Sunday, 26 October 2014
AKHIRNYA!!! Penganjur Program "I Want To Touch A Dog" Mohon Maaf
PETALING JAYA - Syed Azmi Abhalshi, lelaki di sebalik pengajuran program yg mencetus kontroversi "I Want To Touch A Dog" telah memohon maaf kerana program itu telah mencetuskan kemarahan dari orang ramai.
Namun, aktivis sosial itu menegaskan bahawa program itu bertujuan untuk mendidik, dan bukan untuk mempromosikan liberalisme seperti yg didakwa oleh sesetengah pihak.
"Saya menganjurkan acara ini kerana Allah, bukan untuk menyimpangkan kepercayaan orang ramai, cuba untuk mengubah undang-undang Islam, mengolok-olokkan ulama atau menggalakkan pluralisme," katanya pada sidang akhbar di Kelab Sri Selangor di sini, pada hari Sabtu.
Dari kenyataan rasminya, dia juga mengaku terdapat kelemahan pada program tersebut, dan meminta maaf atas kesulitan keranan program tersebut.
Selepas membaca kenyataan itu, Syed Azmi meninggalkan sidang akhbar itu dan tidak mengambil apa-apa soalan dari yg hadir.
Peguamnya Syahredzan Johan berkata, beliau terpaksa meninggalkan sidang tersebut untuk keselamatan dirinya atas sebab beberapa ancaman bunuh yg diterimanya.
Wednesday, 22 October 2014
TERKINI!!! JAKIM Akan Siasat Program "I Want To Touch A Dog"
JAKIM akan membuat siasatan berkaitain dengan program "I Want To Touch A Dog" yg telah dianjurkan baru-baru ini di Central Park, One Utama.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata dalam satu laporan Bernama bahawa program ini tidak sepatutnya berlaku, sambil menambah bahawa Jakim menyesali sikap tidak bertanggungjawab dari pihak penganjur yg tidak prihatin terhadap sensitiviti umat Islam di negara ini.
"Acara ini tidak pernah diadakan sebelum ini dan merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat. Kami adalah orang Islam dan agama telah menyatakan dengan jelas penalti mengenai isu anjing.
LAGI OSU!!! Program sentuh anjing cubaan hina ulama, kata bekas mufti Johor
Bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut berkata penganjuran program "I want to touch a dog" anjuran umat Islam di Selangor semalam sebagai satu percubaan untuk menghina ulama dan pihak berkuasa agama.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij) itu berkata, perbuatan menyentuh anjing secara sengaja adalah haram kerana ia merupakan najis berat iaitu najis mughallazah yg dipandang secara serius dalam mazhab Shafie dan Hanbali.
"Jangan cuba mencipta budaya yg bercanggah dengan Islam dan mazhab Shafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.
"Perkara ini dilarang kerana tiga perkara iaitu agama, kesihatan dan budaya yg bercanggah dengan Islam. Perlu diingat di Malaysia kita berpegang teguh kepada mazhab Shafie,” katanya.
Menurut Berita Harian, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mewartakan pada Oktober tahun lalu haram bagi umat Islam menyentuh anjing yg kering tanpa darurat.
Sementara itu, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman berkata pihak berkuasa agama perlu memberi perhatian dan menyiasat tujuan penganjuran program itu yg jelas bertentangan dengan pegangan umat Islam negara ini.
Berita Harian melaporkan beliau berkata, umat Islam tidak seharusnya mengambil mudah mengenai perkara ini dan perlu merujuk pihak berkuasa agama terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu yg bercanggah dengan mazhab Shafie.
Semalam Siti Sakinah bersama 4 anaknya hadir ke Central Park, Bandar Utama, Selangor, untuk mengambil bahagian dalam acara "I Want to Touch a Dog", satu acara untuk mengatasi ketakutannya terhadap anjing.
"Ia juga untuk menunjukkan menyentuh anjing tidak haram. Ramai yang bimbang menyentuh anjing lebih kerana ia satu dosa, bukannya takut kepada dosa yg lebih besar," kata Siti Sakinah, seorang bekas guru agama yg kini bekerja dengan sebuah NGO.
Beliau berkata, suaminya, seorang ustaz, memberi izin untuk menghadiri majlis hari ini.
"Saya mahu melompat gembira apabila dia berkata ya dan saya beritahu anak-anak, mereka harus pergi. Dan mereka semua datang hari ini dengan saya untuk mengatasi ketakutan mereka dan apabila mengetahui anjing juga makhluk yg dicipta Allah yg memerlukan cinta dan kasih sayang," kata Siti Sakinah, yg sejak pagi menyentuh dan mengelus anjing saja.
"Saya masih takut pada anjing besar jadi saya menyentuh yg kecil terlebih dahulu," katanya dengan gembira.
Siti Sakinah dan anak-anaknya antara keluarga yg hadir pada majlis itu yg dihadiri lebih 1,000 orang.
Penganjur acara itu, Syed Azmi Alhabshi, berkata dia berpuas hati dengan hasilnya.
"Kami hanya jangka 60, tetapi ini sudah lebih daripada 60. Ini amat menggalakkan dan saya harap saya menyediakan air yg cukup untuk anjing dan meminta maaf ke atas sebarang kekurangan," katanya.
Tuesday, 2 September 2014
MESTI TENGOK! Kempen Ramas Buah Dada untuk Program Amal
Ramai peminat yang hadir dalam acara amal tersebut yang diberi tajuk 'Boob Aid' yang mensasarkan sejumlah dana untuk kempen hentikan AIDS. Sembilan bintang filem terlibat dalam kempen menarik ini. Ternyata ramai yang berminat untuk mencuba aktiviti ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)