Thursday, 30 October 2014

POLITIK!!! Penyokong Anwar mula berkumpul di masjid sekitar Putrajaya







Penyokong mula bergerak dan berkumpul di hadapan istana kehakiman. - Foto NSTP
Putrajaya: Lebih 100 penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berkumpul di perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini, bermula jam 7 pagi.

Sebahagian besar daripada mereka datang menaiki bas dan dipercayai tiba sejak malam tadi dan awal pagi ini.

Segelintir daripada penyokong turut kelihatan membawa peralatan untk mandi di masjid berkenaan.

Sekumpulan penyokong sudah mula berarak ke Istana Kehakiman dengan membawa sepanduk dan kain rentang menyatakn sokongan terhadap Anwar.

Kumpulan penyokong sedikit demi sedikit mula bergerak menuju ke Istana Kehakiman, antaranya Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.










Penyokong mula bergerak dan berkumpul di hadapan istana kehakiman. - Foto NSTP


 


View the original article here

No comments:

Post a Comment