Showing posts with label Anwar. Show all posts
Showing posts with label Anwar. Show all posts

Sunday, 9 November 2014

WOW!!! Gambar hari-hari terakhir DS Anwar Ibrahim mengimamkan solat jemaah

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat Maghrib di bawah khemah berhampiran bangunan Mahkamah Persekutuan.


Beliau dilaporkan mengimamkan solat jemaah tersebut sejurus selepas keluar dari pekarangan Mahkamah Persekutuan kira-kira jam 7.11 malam sebentar tadi.

Beliau kelihatan tenang dan tersenyum senang ketika menemui penyokongnya yg setia menanti keputusan prosidingnya sejak pagi.

Sebelum itu, anaknya, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dilihat keluar meninggalkan pekarangan Kompleks Istana Kehakiman jam 7.07 malam sebelum menemui penyokong bapanya.

Himpunan hari ini adalah himpunan yg ketujuh diadakan sejak minggu lalu.

Anwar menemui penyokongnya hari ini dengan diiringi Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK ), Dr Afif Bahardin.






 


View the original article here

Thursday, 6 November 2014

POLITIK!!! DNA lelaki Y dalam rektrum Mohd Saiful milik Anwar

anwar

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yg mengetuai pasukan pendakwaan, berhujah bahawa profil DNA ‘Lelaki Y’ yg dijumpai di dalam rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik bekas ketuanya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Lelaki Y adalah perayu,” kata Muhammad Shafee ketika berhujah dalam rayuan akhir Anwar untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat Mohd Saiful.

Muhammad Shafee berkata, ini berdasarkan analisis DNA yang dijalankan oleh ahli kimia, Dr Nor Aidora Saedon terhadap tiga barang kes iaitu berus gigi, tuala Good Morning dan botol air mineral yg diambil dari sel lokap, tempat Anwar ditahan semalaman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dari 16 Julai hingga 17 Julai 2008.

“Bacaan profil DNA Lelaki Y yg peroleh ahli kimia sepadan tepat dengan penyumbang sampel DNA tidak diketahui yg dijumpai pada ketiga-tiga barang itu,” kata beliau ketika berhujah di hadapan barisan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Empat orang lagi hakim ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar serta Datuk Ramly Ali.

Muhammad Shafee berkata, berdasarkan catatan pada diari lokap, dinyatakan bahawa sel itu kosong dan bersih sebelum ketua pembangkang tiba dan Anwar juga ialah satu-satunya penghuni sel itu.

“Apabila perayu meninggalkan lokap, berus gigi dan tuala Good Morning dijumpai di atas lantai sel. Ini menunjukkan bahawa perayu memang menggunakan barang-barang itu dan membuka paket plastik mengandungi barang-barang itu yg diberi kepadanya,” kata beliau dan menambah botol air mineral dijumpai di atas tembok penghadang sel.

Berhubung penangkapan Anwar bersabit dengan siasatan kes liwat, Muhammad Shafee berkata, ia sah mengikut undang-undang kerana polis telah memaklumkan kepada tertuduh mengenai alasan penangkapannya dan menunjukkan waran tangkap.

“Dia (Anwar) dimaklumkan tentang alasan penahanannya dan kertas pertuduhan juga ditunjukkan kepadanya,” katanya.

Muhammad Shafee juga menarik perhatian bahawa pihak pembela hanya membangkitkan isu perolehan ketiga-tiga barang itu semasa prosiding di Mahkamah Persekutuan.
Beliau berkata, pihak pembela juga tidak mencabar keterangan pegawai polis yg mendengar bunyi Anwar memberus gigi di dalam bilik air lokap.

“Pihak pembela tidak mencabarnya di Mahkamah Rayuan, tetapi di peringkat mahkamah ini (Mahkamah Persekutuan), mereka membangkitkan isu itu,” kata beliau.

Muhammad Shafee berkata, ketiga-tiga barang itu tidak diperoleh secara sah kerana penahanan Anwar atas pertuduhan liwat dijalankan mengikut undang-undang. Beliau berhujah bahawa sekalipun barang-barang itu diperoleh secara tidak sah, apa-apa yg relevan dengan pertuduhan masih boleh diterima mengikut Akta Keterangan 1950.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah atas pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Tuduhan itu, mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung 

View the original article here

Friday, 31 October 2014

POLITIK!!! 'Tuduhan liwat ke atas Anwar satu konspirasi'


PUTRAJAYA - Para peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa pertuduhan liwat terhadap anak guam mereka adalah satu konspirasi.
 
Peguam Anwar, N. Surendran memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan, yg Anwar telah didakwa meliwat, mengadakan pertemuan dengan beberapa orang, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum insiden liwat yg didakwa itu.
 
Beliau berkata pertemuan berlangsung antara 24 Jun, 2008, dua hari sebelum insiden, dan 28 Jun 2008, apabila Mohd Saiful akhirnya membuat laporan polis.
   
Surendran berkata Mohd Saiful telah mengaku semasa pemeriksaan balas bahawa dia telah bertemu dengan Najib, yg pada waktu itu Timbalan Perdana Menteri, di kediaman Najib dan pada 24 Jun 2008 dan bahawa pada hari yg sama, beliau juga telah bertemu pegawai khas Najib Khairil Anas Yusof di rumahnya (Khairil Anas).
   
"Selepas itu beliau telah bertemu pegawai kanan polis Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof di Hotel Melia di Jalan Imbi pada 25 Jun. Mohd Saiful juga telah menghubungi Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Musa Hasan sebelum membuat laporan," kata Surendran.
   
Beliau memberitahu mahkamah bahawa Mohd Saiful juga pernah bertemu bapa saudaranya dikenali sebagai "Tuah" sebelum bertemu Senator Mohd Ezam Mohd Noor dan orang yg terakhir dia bertemu adalah bekas pelari pecut Datuk Mumtaz Begum Abdul Jaafar.

Surendran menegaskan ia adalah kemungkinan bahawa insiden yg didakwa berlaku direka-reka Mohd Saiful dan orang-orang yg ditemui beliau antara 24 Jun hingga Jun 28.
   
"Kewujudan rancangan yg diatur melibatkan Najib dan lain-lain telah dibangkitkan oleh Anwar dalam satu kenyataan dari kandang tertuduh tetapi Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan gagal memberikan pertimbangan ini dalam keputusan mereka," katanya.
   
Surendran bersetuju bahawa malah melalui satu kenyataan dari kandang tertuduh juga kurang pertimbangannya berbanding keterangan bersumpah, mahkamah sepatutnya memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas aduan oleh perayu (Anwar).

Bagaimanapun, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yg mengetuai panel lima hakim mendengar rayuan itu, mengingatkan Surendran supaya menunjukkan pihak berkuasa yg berkaitan untuk menyokong hujahnya berkaitan dengan kenyataan dari kandang tertuduh.
   
"Anda seharusnya menurut apa yg peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram (dalam pasukan pembelaan Anwar) telah lakukan, apabila dia mengemukakannya, dia menunjukkan undang-undang kes," katanya.

Sebelum itu, dalam isu alibi, Sri Ram berhujah bahawa sebelum perbicaraan itu, Anwar telah memberikan notis mengenai alibi itu kepada pihak pendakwaan namun memutuskan untuk tidak meneruskannya apabila Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan gagal untuk memberikannya pertimbangan apabila anak guamnya mengeluarkan kenyataan dari kandang tertuduh.
 
Anwar menjelaskan kenapa beliau berbuat demikian dalam kenyataan dari kandang tertuduh, namun pihak pendakwaan menggunakan kenyataan itu terhadap perayu apabila merayu keputusan Mahkamah Tinggi, yg melepaskan Anwar selepas kes pembelaan.
 
"Notis alibi ini tidak diteruskan namun ia tidak boleh digunakan ke atas perayu. Mahkamah tertinggi perlu campur tangan apabila dengan jelas wujud arah yg salah," kata Sri Ram.
 
Beliau memberitahu mahkamah tertinggi itu bahawa pemilik kondominium, hanya dikenali sebagai Hasanuddin, disoal siasat hampir 30 jam dan ia telah dirakamkan melalui video.
 
Ahli perniagaan itu mempunyai dua unit berdekatan satu sama lain di kondominium Desa Damansara, di mana alibi Anwar adalah beliau bukan berada di unit lain semasa insiden yg didakwa itu berlaku.

Sri Ram juga berkata walaupun Anwar berada di kondominium itu semasa tarikh dan masa yg didakwa itu, namun ia tidak bermakna insiden yg didakwa itu telah berlaku.
 
Dalam perkembangan berkaitan, prosiding yg ditetapkan untuk hari ini dan esok, berkemungkinan berterusan sehingga Khamis memandangkan dua lagi peguam pasukan pembelaan, Ramkarpal Singh dan Sangeet Kaur, akan mengemukakan analisis lanjut mengenai DNA yang menjadi isu utama kes ini.
 
Sementara itu, peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yg mengetuai pasukan pendakwaan, membayangkan bahawa beliau memerlukan sekurang-kurangnya sehari untuk menjawab.
 
Perbicaraan bersambung esok.

View the original article here

Thursday, 30 October 2014

APA KES!!! Bintang Hollywood Mel Gibson Hubungi Anwar Ibrahim Beri Sokongan



Sepanjang hari ini rakyat Malaysia bertumpu kepada rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan — yg pastinya tidak akan kami ulas.

Menariknya ketika bercakap kepada mahkamah hari ini, Anwar Ibrahim mendedahkan yg aktor popular Hollywood Mel Gibson ada menghubungi beliau bertanyakan sama ada pelakon itu perlu mengeluarkan kenyataan, lapor Malaysiakini.

“Saya berkata anda boleh buat, tetapi bukan menyokong minum (minuman keras). Dia beritahu saya, satu perkara yg saya belajar daripada anda (Anwar) ialah jangan masuk politik,” kata Anwar mengenai perbualan singkatnya dengan Mel Gibson

View the original article here

POLITIK!!! Penyokong Anwar mula berkumpul di masjid sekitar Putrajaya







Penyokong mula bergerak dan berkumpul di hadapan istana kehakiman. - Foto NSTP
Putrajaya: Lebih 100 penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berkumpul di perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini, bermula jam 7 pagi.

Sebahagian besar daripada mereka datang menaiki bas dan dipercayai tiba sejak malam tadi dan awal pagi ini.

Segelintir daripada penyokong turut kelihatan membawa peralatan untk mandi di masjid berkenaan.

Sekumpulan penyokong sudah mula berarak ke Istana Kehakiman dengan membawa sepanduk dan kain rentang menyatakn sokongan terhadap Anwar.

Kumpulan penyokong sedikit demi sedikit mula bergerak menuju ke Istana Kehakiman, antaranya Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.










Penyokong mula bergerak dan berkumpul di hadapan istana kehakiman. - Foto NSTP


 


View the original article here

Tuesday, 28 October 2014

POLITIK!!! Polis 'Kunci' Universiti Malaya Untuk Halang Ceramah Anwar



KUALA LUMPUR, 26 Okt : Polis akan mengambil alih bahagian keselamatan Universiti Malaya bermula jam 7 pagi esok, lapor portal berita The Malaysia Insider.

Menurut Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya, Prof Datuk Dr. Rohana Yusuf, polis akan mengawal kampus dan menghalang orang luar dari memasukinya.

Langkah itu dipercayai dibuat bagi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari memasuki kampus untuk menyampaikan ceramahnya yg bertajuk "40 tahun, dari UM ke penajara", yg bakal diadakan di Dewan Tunku Canselor esok.

Rohana berkata pelajar tidak dibenarkan berada di DTC atau di kawasan sekitarnya bermula jam 4 petang esok.

Menurut Rohana, program tersebut jelas sekali melanggan peraturan Universiti dan Akta Kolej Universiti 1971. Tambah Rohana lagi, mana-mana pelajar yg melanggar undang-undang itu akan digantung atau dibuang.

Semua pintu masuk kecuali pintu utama akan ditutup bermula pukul 4 petang bagi memastikan tiada orang luar memasuki kampus.

Rohana berkata program itu adalah haram kerana tidak ada kelulusan bagi melaksanakan acara tersebut daripada pihak pengurusan universiti. -

View the original article here

Wednesday, 4 June 2014

Tangan Anwar retak terlibat nahas jalan raya, Wan Azizah selamat



Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur, jam 10 malam tadi.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata ketua pembangkang itu mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu.

Bagaimanapun, katanya, ahli Parlimen Permatang Pauh itu berada dalam keadaan selamat dan tidak memerlukan pembedahan.


Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Anwar dan Dr Wan Azizah dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Damansara Specialist di Damansara Utama, Petaling Jaya. – 14 Mei, 2014.

View the original article here

Video: Anwar di Perhimpunan GST










View the original article here