Wednesday 22 October 2014

Raja Ilya, Hikmah babak pegang telefon terbalik drama Cinta Ibadah naik rating



Siapa sangka di sebalik babak memegang telefon bimbit terbalik dalam drama Cinta Ibadah yang disiarkan di Astro Prima naik rating mendadak.

Babak berkenaan turut terkena tempias pelakonnya sendiri iaitu Raja Ilya.

Babak berkenaan menjadi viral di laman sosial dan tidak kurang yang menjadikan insiden berkenaan sebagai bahan lawak menerusi parodi.






Ikuti komen Raja Ilya yang namanya pernah dicalonkan untuk senarai Top 5 ABPBH 2013 menerusi kategori Pelakon TV Wanita Popular.

"Sehari selepas episod yang menyiarkan babak berkenaan, rating naik. Saya difahamkan rating pernah mencecah dua juta tontonan dan ia jadi sejarah baru untuk saluran itu.

"Yang paling melucukan benda yang dihentam itu jadi tak serius apabila ada yang menjadikannya parodi.

"Naik kelakar jadinya apabila ramai melakonkan babak pegang telefon terbalik itu. Ada di antara pelakon yang membuat parodi termasuk kru.

"Di laman sosial, biasalah ada yang memberikan komen positif dan negatif. Siap ada yang bergaduh sesama mereka di situ," katanya.

Menurut Raja Ilya, beliau sendiri tidak sedar bagaimana kelemahan itu tidak disedarinya.

"Saya terfikir bagaimana boleh jadi macam itu. Memang tak perasan langsung. Tapi benda sudah nak jadi," katanya yang kini sedang melunaskan baki penggambaran drama Bila Hati Berbicara untuk slot Akasia TV3.

Raja Ilya menceburi dunia lakonan sejak tujuh tahun lalu. Bagaimanapun, dia terlebih dulu menceburi drama Tamil di negara kita.

Hanya pada 2009 baharu pelakon berdarah kacukan Melayu, Malayalam, Arab dan Pakistan ini muncul dalam industri drama tempatan dan drama Kekasihku Seru di TV3 menjadi percubaan sulungnya.



View the original article here

No comments:

Post a Comment