Sunday, 9 November 2014

ARTIS!!! Stacy Nafi Buat Suntikan Wajah Untuk Cantik


Penyanyi Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam menafikan dakwaan sesetengah pihak yg mengatakan dia mengamalkan rawatan suntikan wajah agar tampil lebih cantik.

Dipetik daripada laporan Kosmo!, Stacy berkata, dia tidak pernah terfikir langsung untuk berbuat demikian, sebaliknya hanya menggunakan produk yg bersesuaian dengan kulitnya.


Saya tidak mengambil sebarang suplemen kesihatan. Saya Cuma menjaga kulit wajah dengan menggunakan produk yg sesuai dengan kulit saya. Lagipun sejak akhir-akhir ini saya sudah jarang terdedah di bawah sinaran matahari, ujarnya.

Malah penyanyi berusia 24 tahun ini turut merasakan penurunan berat badannya yg banyak mungkin mempengaruhi perubahan pada wajahnya.




Dulu muka saya kelihatan agak bulat akibat kenaikan berat badan yg berlebihan.

Berat saya pernah mencecah sehingga 56 kilogram. Setelah kembali aktif bersukan, berat saya turun sehingga 46 kilogram. Selain itu, saya juga menjaga cara pemakanan dan mengelakkan pengambilan hidangan yg menggemukkan, tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Stacy kini dilantik menjadi jurulatih untuk program televisyen pencarian bakat berkumpulan dalam kalangan remaja iaitu "Pop Krew" bersama penyanyi Tomok.

KREDIT: BLOG KAMI


View the original article here

No comments:

Post a Comment