Sunday 9 November 2014

CUTE!!! Aaisyah Dhia Rana nama anak perempuan Che Ta & Zain Saidin

Terjawab akhirnya teka teki apakah nama yg diberikan oleh pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin buat anak sulung mereka hari ini. Menerusi program HLIVE! sebentar tadi, Zain Saidin sendiri tampil mengumumkan secara eksklusif.

Pasangan itu telah sepakat untuk memilih nama Aaisyah Dhia Rana untuk puteri sulung mereka yg merupakan gabungan pilihan nama Zain Saidin dan Rozita Che Wan.

Aaisyah merupakan nama ibu Zain Saidin selepas berhijrah masuk ke agama Islam dan Dhia Rana merupakan pilihan Rozita Che Wan yg membawa maksud sinar kecantikan.

Rozita Che Wan selamat melahirkan anak pertama hasil perkongsian hidup dengan Zain Saidin di Pusat Perubatan Ampang Puteri pada 1 November lalu - PORTAL ROTIKAYA.






 


View the original article here

No comments:

Post a Comment