Showing posts with label Saidin. Show all posts
Showing posts with label Saidin. Show all posts

Sunday, 9 November 2014

CUTE!!! Aaisyah Dhia Rana nama anak perempuan Che Ta & Zain Saidin

Terjawab akhirnya teka teki apakah nama yg diberikan oleh pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin buat anak sulung mereka hari ini. Menerusi program HLIVE! sebentar tadi, Zain Saidin sendiri tampil mengumumkan secara eksklusif.

Pasangan itu telah sepakat untuk memilih nama Aaisyah Dhia Rana untuk puteri sulung mereka yg merupakan gabungan pilihan nama Zain Saidin dan Rozita Che Wan.

Aaisyah merupakan nama ibu Zain Saidin selepas berhijrah masuk ke agama Islam dan Dhia Rana merupakan pilihan Rozita Che Wan yg membawa maksud sinar kecantikan.

Rozita Che Wan selamat melahirkan anak pertama hasil perkongsian hidup dengan Zain Saidin di Pusat Perubatan Ampang Puteri pada 1 November lalu - PORTAL ROTIKAYA.






 


View the original article here

Wednesday, 5 November 2014

COMEL!!! Wajah sebenar emak Zain Saidin

Umum mengetahui, pelakon Rozita Che Wan, 41 telah selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira jam 2.18 petang di Pusat Perubatan Ampang Puteri, pada Sabtu lalu.

Menurut pengurus Rozita, Afiq Wahab, pelakon itu melahirkan bayi seberat 3 kilogram secara normal dan kedua-dua ibu serta bayi itu berada dalam keadaan baik.

"Rozita dimasukkan ke hospital pada pukul 8 pagi tadi (Sabtu), dia tidak mengalami sebarang tanda-tanda untk bersalin, namun doktor menasihatkan agar masuk pada hari ini juga.

"Saya pun tidak sangka pukul 2.18 petang dia sudah selamat melahirkan bayi perempuan, semuanya berjalan dengan lancar,"
ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.

Afiq berkata, dia sempat bersarapan bersama Rozita sebelum menghantar wanita itu ke pusat perubatan tersebut.


Selepas Rozita bersalin, beliau menerima kunjungan ahli-ahli keluarga termasuk kakak Zain Saidin, Shasha dan ibu merek. Jom tengok wajah sebenar ibu Zain yg amat manis bertudung di sini.










 


View the original article here

Sunday, 2 November 2014

CUTE!!! 4 Foto wajah bayi perempuan Rozita Che Wan & Zain Saidin

Sebentar tadi wajah comel kiut miut anak perempuan Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah disiarkn melalui rancangan HLive! Kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat selepas kelahiran pada jam 2.18 petang tadi. Malah, wajah Che Ta nampak berseri-seri selepas kelahiran bayinya.


Untuk pengetahuan anda, nama bayi Che Ta dan Zain hanya akn didedahkan pada rancangan HLive! minggu hadapan. Tak sabar rasanya menantikan nama anak Che Ta, pastinya glams. Sekali lagi tahniah diucapkan! -














 


View the original article here

Saturday, 4 October 2014

Fesyen rambut Sasha Saidin yang semakin pelik


Fesyen rambut Sasha Saidin yang semakin pelik - Penampilan pelakon dan model terkenal, Sasha Saidin yang juga merupakan kakak kepada suami Rozita Che Wan kini sudah berubah dan semakin berbeza.


Kalau sebelum ini rambut perang Zain Saidin pernah dikecam peminat sehingga menjadi punca Che Ta mengamuk di laman Instagram, kakaknya pula turut mengubah warna rambut menjadi perang terang.

Pada penulis, penampilan aktres berusia 38 tahun itu lebih cantik dan anggun jika kekal dengan imej berambut hitam. Ini kerana, dengan warna rambut perang sekarang, Sasha kelihatan sedikit berusia dan menakutkan.


Korang boleh perhatikan sendiri perbezaan gambar beliau ketika berambut hitam dan perang di bawah. Mungkin adalah lebih baik kalau Sasha kembali ke imej berambut hitam, pasti ramai jejaka kacak di luar sana akan terpesona dan terpikat.





View the original article here

Thursday, 2 October 2014

Di Sekitar Kemeriahan 'Baby Shower' Rozita Che Wan, Zain Saidin



Tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum Rozita Che Wan & Zain Saidin menerima orang baru dalam hidup mereka dan nampaknya untuk menyambut kelahiran cahayamata baru ini kelak, mereka berdua telah diraikan dalam satu majlis baby shower baru baru ini.

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh jurugambar SYS Image, ternyata kemeriahan di majlis tersebut yang bertemakan serba putih apabila tetamu & hiasan serta deko di majlis itu juga serba putih. Manakala Rozita Che Wan memakai busana berona kuning lembut.






Rozita Che Wan terutamanya tampak berseri seri sepanjang majlis berlangsung dan pasangan ini dihujani dengan hadiah dari tetamu yang hadir terdiri dari ahli keluarga dan rakan terdekat. Pasti ramai yang tidak sabar menanti kelahiran bayi sulung pasangan ini ‘kan?





View the original article here

Wednesday, 1 October 2014

Zain Saidin mahu rasai pengalaman sambut bayi


ROZITA Che Wan sedang menghitung hari untuk melahirkan bayi perempuan

Di saat Rozita Che Wan sedang menghitung hari untuk melahirkan bayi perempuan, suaminya Zain Saidin mengakui pelbagai perasaan mula bermain di dalam dirinya.

Malah, dalam pertemuan dengannya ketika rakaman program Cak Cak arahan Michael Ang yang diadakan baru-baru ini dan majlis melenggang perut isterinya itu di RD Binjai 8, Zain sambil berseloroh berkata, beliau seakan bermimpi untuk melalui semua ini.






"Dalam hati berdetik, betul atau tidak semua ini. Saya dapat rasakan macam dekat saja saat nak bergelar bapa itu, tapi tak sampai lagi sebenarnya.

"Cuma tak sangka sekejap saja, bakal anak sulung saya akan bertemu dengan dunia," katanya.

Malah ketika ini, Zain menjelaskan perasaan berdebar itu kian menghantui dirinya.

Zain juga sudah membayangkan dirinya yang akan menemani Rozita di bilik bersalin memberi semangat dan sokongan.

"Dia (Rozita) mungkin tak rasa berdebar sangat kerana ini bukan anak pertama yang dilahirkannya. Tapi siapa tahu selepas 16 tahun tak mengandung, mungkin dia pun ada rasa berdebar.

"Ramai juga yang suruh saya merasai pengalaman tengok anak dilahirkan. Pengalaman sulung ini pastinya berharga. Jadi saya tak mahu melepaskannya. Saat ini pun tak ada kawan atau dari sebelah keluarga saya yang berkongsi 'tips' untuk bakal bapa.

"Kalau ada pun lebih banyak bersifat 'tekanan' contohnya kena tukar lampin bayi dan berjaga malam.

"Saya yakin yang cakap semua ini sebab mereka pernah laluinya. Insya-Allah saya akan lalui semua ini dengan sebaik mungkin. Anak ini amanah Tuhan," katanya.




Sebagai bapa, Zain mahu memberikan yang terbaik untuk bakal anaknya. Ketika ini juga Zain kerap ke gim untuk terus membina badan menjadi tegap dan sasa. Sasarannya ialah mahu menjadi 'daddy fit'.

"Kami tak mengharapkan dikurniakan anak yang ramai. Macam perkahwinan Rozita terdahulu pun dia ada dua anak.

"Rozita sendiri cakap, biar anak tak ramai tapi diharap menjadi anak yang berguna dan bijak pada masa depan," kata pelakon Oh My English! itu.

Sementara itu, Rozita memberitahu selepas 16 tahun tidak melahirkan anak, perasaan berdebar itu tetap ada.

"Dulu saya mengandung di usia 20-an, sekarang 40-an. Jadi banyak bezanya itu. Insya-Allah saya mengharapkan semua berjalan dengan lancar nanti," katanya ringkas menggayakan baju Qudyn pada rakaman majlis melenggang perut itu.

Rancangan Pureen Cak Cak Rozita Che Wan dan Zain Saidin diarahkan Michael Ang dan Adlin Aman Ramli. Ia memaparkan perjalanan Rozita dan Zain dari fasa wanita itu mengandung hingga kembali bekerja.

Ia diterbitkan Darkwave Pictures untuk siaran Oktober ini di Astro Ria dan Astro Maya HD.


ZAIN Saidin

View the original article here

Friday, 29 August 2014

Sasha Saidin Jadi Model di Padang, Indonesia

 Meskipun tidak lagi aktif menyanyi, namun rezeki bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin tidak terhenti di situ sahaja apabila dia bakal terbang ke Padang, Indonesia bagi menjayakan sebuah pertunjukan fesyen di sana.


Sasha Saidin Jadi Model di Padang, Indonesia, info, terkini, hiburan,


Bukan untuk menyanyi atau berlakon tetapi khidmatnya kali ini akan digunakan sebagai model bagi menjayakan pertunjukan fesyen Islamic Fashion Festival (IFF) di republik berkenaan pada 25 hingga 28 Ogos depan.

Ditemui ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri LOL Entertaiment baru-baru ini, Sasha Saidin berkata dia sangat terharu lagi berbesar hati apabila pihak IFF telah memilihnya untuk menjayakan pertunjukan fesyen berkenaan di sana nanti.

“Saya rasa sangat bertuah kerana dapat mewakili negara dan berpeluang bertemu rakan-rakan baru serta dapat menjelajah ke destinasi baru.

“Sebenarnya saya pernah menjadi model iaitu untuk menjayakan sesi fotografi majalah Wanita di Bukit Tinggi, Sumatera.

“Tet api ini adalah kali pertama saya akan bersama-sama IFF dan mengadakan pertunjukan fesyen di Padang, Indonesia” katanya.

Shasha Saidin telah mencuri perhatian ramai dengan membuat comeback dengan imej terbarunya iaitu gaya rambut perang yang sememangnya sesuai dengan kulit wajah serta personalitinya.

IFF merupakan projek fesyen bertaraf antarabangsa yang telah diperkenalkan oleh Dato Raja Rezza Shah dalam memartabatkan fesyen muslimah di peringkat dunia.

Kata Shasha Saidin, selepas sahaja pulang dari  Padang, dia akan bertolak pula ke Uzbekistan pada 29 Ogos depan bagi memenuhi penggambaran drama terbitan RTM bertajuk Fajar di Bukhara. 


View the original article here