Thursday 6 November 2014

GEMPAR!!! Lelaki baharu dalam hidup Erra baharu dalam hidup Erra



Erra Fazira bukan baru semalam melangkahkan kaki dan duduk selesa di dalam dunia seni. Sudah lebih 10 tahun beliau di sini, dan selain kisah kariernya yg selalu diberitakan, sensasi sebuah kehidupan anak wayang sepertinya sering menjadi ‘makanan’ umum.

Terkini, dalam sebuah kolum gosip akhbar hujung minggu, wanita tinggi lampai itu dikaitkan sedang menyulam cinta dengan seorang lelaki yg tergolong dalam kelas sosialit. Golongan sosialit lazimnya seseorang yang bergaul rapat dengan orang-orang ternama.

Kosmo! yg menghubungi Erra untuk mendapatkan pengesahan daripadanya dilayan dengan cukup baik.

Hanya tegas Erra, pada usianya 40 tahun, memegang status ibu tunggal dan sudah lama dihenyak dengan pelbagai gosip peribadi sejak dahulu lagi, beliau berharap agar diberi ruang untuk menjalani kehidupan sendiri tanpa gosip seumpama itu lagi.

Akuinya yg sempat digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan beberapa orang artis muda lelaki antaranya Amar Baharin dan Shahir, selepas bercerai dengan Engku Emran awal tahun ini, beliau sudah letih untuk melayan kerenah gosip yang tidak berkesudahan.

Kosmo!: Erra Fazira, maaf mengganggu. Saya hubungi anda untuk bertanya tentang gosip yg mendakwa anda kini sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki dalam kalangan sosialit. Apakah benar dakwaan tersebut?

Erra: Sejujurnya, jika ditanya tentang soal berkawan, ya, saya akui memang kini sedang berkawan rapat dengan seseorang. Namun, apabila ada cerita mengatakan lelaki tersebut adalah daripada golongan atasan, itu tidak benar sama sekali. Pada saya, jika berkawan, saya tidak menjalinkan sesuatu hubungan itu berdasarkan atas nama, pangkat atau harta. Saya lebih selesa memilih untuk berkawan dengan orang biasa. Apa yang penting individu tersebut merupakan seorang yg baik dan boleh menerima diri saya seadanya, itu sudah cukup. Saya tidak suka jika dikaitkan dengan mana-mana orang atasan kerana semua itu tidak benar dan itu merupakan satu cerita yang sengaja diada-adakan.

Adakah anda membuat pengakuan sedang rapat dengan seseorang, tetapi bukan daripada golongan sosialit hanya untuk mematikan gosip itu?

Saya tidak kisah untuk mengakui status hati saya jika tujuannya adalah untuk menutup semua cerita tidak benar yang pernah dipalitkan kepada saya sebelum ini. Saya mengakuinya bukan untuk publisiti tetapi jika saya tidak bercakap jujur pada hari ini, esok lusa akan muncul lagi pihak-pihak tertentu yang mengaitkan nama saya dengan kisah yg tidak benar. Walaupun mengakui status saya sebagai seorang wanita bergelar janda bukanlah sesuatu yang mudah untuk digalas lebih-lebih lagi saya terlibat dalam industri hiburan, tetapi saya bukan seorang yang jenis mudah dan rela hati untuk dikaitkan dengan mana-mana orang daripada golongan atasan.

Jika tidak keberatan, boleh anda kongsikan siapakah lelaki bertuah itu dan bagaimana peringkat perhubungan kalian setakat ini?

Maaf jika saya katakan, saya tidak boleh kongsikan siapakah dia. Cukuplah sekadar saya ceritakan bahawa dia seorang lelaki biasa. Lagi pula, kami baru sahaja saling mengenali antara satu sama lain. Bercakap soal peringkat perhubungan pula, saya rasa tidak perlu diceritakan dengan lebih lanjut. Pada usia saya yg semakin meningkat kini, saya rasa saya juga berhak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja yang saya selesa bersama. Itu hak dalam hidup seseorang.

Setelah memegang status ibu tunggal buat kali kedua dan pada usia sudah mencecah 40 tahun, sejujurnya apakah perasaan anda apabila sering dikaitkan dengan cerita gosip bercinta dengan lelaki muda?

Komen saya, perkara seperti digosipkan bercinta dengan mana-mana lelaki sudah seperti tidak kena dengan diri saya. Semacam sudah tidak relevan kiranya saya dikaitkan dengan gosip seperti itu. Bukan apa, usia saya sudah cukup matang dengan perkara-perkara sebegini. Sejak awal membabitkan diri dalam bidang seni, saya sudah cukup muak bergelumang dengan cerita-cerita gosip yg tidak betul ketika zaman remaja dahulu. Umur saya sekarang sudah tidak sesuai rasanya untuk dijadikan bahan gosip atau publisiti kepada mana-mana pihak tertentu. Carilah pula artis-artis muda yang lain untuk dikorek cerita mereka. Apa yang penting saya sudah ‘penat’ dan muak dengan semua gosip seperti itu. Buat masa sekarang, apa yang ada dalam jiwa saya ialah lebih mengutamakan kerjaya berbanding kisah peribadi. Saya mahu kisah kerjaya lebih membangun jika dibandingkan dengan sisi peribadi. Kalau boleh, saya mahu tolak ke tepi semua kata-kata yang tidak benar mengenai diri saya. Kerjaya lebih penting.

Baiklah. Sekarang berbalik kepada soal kerjaya Erra. Apa perkembangan terbaharu anda sekarang?

Alhamdulillah saya sekarang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Warna Cinta Impian bersama gandingan pelakon Awie. Namun pada masa yg sama, jadual merencanakan program Primadona masih berjalan seperti biasa. Saya juga akan memulakan raptai sebuah teater berjudul Tiga Ratu pada bulan Disember depan. Dalam teater itu, saya bergandingan dengan pelakon dan penyanyi Soo Wincci dan juga seorang pelakon wanita dari negara jiran, Indonesia.







 


View the original article here

No comments:

Post a Comment