Wednesday 5 November 2014

Pelik Dan Mengejutkan Buah Pisang Dongak Kelangit

Penduduk Kampung Cibodas, Desa Keresek, Kecamatan Cibatu, Kabupaten Garut, Jawa Barat dikejutkan, dengan penemuan pokok pisang yang berbuah aneh. Buah pisang ini tidak tergantung seperti kebiasaannya ke bawah tetapi tegak ke atas, walaupun bentuk buahnya normal.

Tantan Herawati Syukur, pemilik pokok pisang, mengaku hairan. Kerana, kedudukan buah pisang itu memang tak lazim. "Kok pokok pisang milik saya tegak ke atas, tidak seperti pokok pisang lain ketika berbuah," jelasnya.

Tantan dan keluarga juga mengaku terkejut kerana sejak seminggu terakhir, kebun miliknya banyak dikunjungi penduduk sekitar. Mereka ingin ingin melihat secara langsung pokok pisang yang berbuah tak lazim itu.

"Mulanya saya fikir hanya saya sahaja yang merasa aneh tetapi jiran tetangga juga mengatakan aneh, Kini sudah seminggu, ramai penduduk yang datang untuk melihat pokok pisang aneh," katanya.

Kerana buah pisang yang tegak mendongak ke atas, dia dan penduduk memberinya nama pokok pisang itu "pohon pisang berdoa". Jelanya, kerana buah pisang itu mirip tangan yang sedang berdoa.

"Sungguh besar keagungan Allah. Apakah ini merupakan sebuah simbol atau hanya kebetulan. Yang pasti kita harus lebih mendekatkan diri kepada yang kuasa, "katanya.



View the original article here

No comments:

Post a Comment