Monday, 3 November 2014

Sami Shaolin Tunjuk Kehebatan Berlari Di Atas Air

              Seorang sami dari kuil Shaolin di Quanzhou, China, bernama Shi liliang semalam mempamerkan kemampuannya berlari di atas air. Sebenarnya dia tidak benar-benar berlari di atas air kerana kakinya menapak di atas kepingan kayu yang terbentang di atas air.

Teknik ilmu bela diri itu dikenali sebagai Qinggong. Dengan berlari dengan sangat cepat di atas kepingan kayu itu sambil menahan pijakannya supaya berat tubuhnya tidak membuat badannya tenggelam. Teknik sebegini biasa kita lihat dalam filem-filem Kung Fu yang memaparkan seseorang berlari cepat di atas tali.

Namun dalam Persembahan kemarin di depan khalayak tidak ada tali apa pun. Hanya Shi liliang, air, dan kepingan kayu terbentang. Untuk menyeberang di atas air Shi berlari cepat dengan berjinjit sehingga dia boleh kehilangan keseimbangan. Lima tahun lalu Shi berjaya mengharungi air dalam jarak 15 meter. Kini dia berlari di atas air sepanjang 118 meter.
       






           

View the original article here

No comments:

Post a Comment