Showing posts with label Tunjuk. Show all posts
Showing posts with label Tunjuk. Show all posts

Monday, 3 November 2014

Sami Shaolin Tunjuk Kehebatan Berlari Di Atas Air

              Seorang sami dari kuil Shaolin di Quanzhou, China, bernama Shi liliang semalam mempamerkan kemampuannya berlari di atas air. Sebenarnya dia tidak benar-benar berlari di atas air kerana kakinya menapak di atas kepingan kayu yang terbentang di atas air.

Teknik ilmu bela diri itu dikenali sebagai Qinggong. Dengan berlari dengan sangat cepat di atas kepingan kayu itu sambil menahan pijakannya supaya berat tubuhnya tidak membuat badannya tenggelam. Teknik sebegini biasa kita lihat dalam filem-filem Kung Fu yang memaparkan seseorang berlari cepat di atas tali.

Namun dalam Persembahan kemarin di depan khalayak tidak ada tali apa pun. Hanya Shi liliang, air, dan kepingan kayu terbentang. Untuk menyeberang di atas air Shi berlari cepat dengan berjinjit sehingga dia boleh kehilangan keseimbangan. Lima tahun lalu Shi berjaya mengharungi air dalam jarak 15 meter. Kini dia berlari di atas air sepanjang 118 meter.
       






           

View the original article here



Friday, 31 October 2014

OH GADIS!! Gadis Cantik Ini Sanggup Tunjuk Body Pentingnya Kerana Mahu Popular!




Lihat gambar jelas di sini

Model ini dikatakan bakal memberi saingan kepada Gan Lulu, model dan selebriti
internet yg sering tampil dengan penampilan yg amat 53ksi.

Gan dikatakan akan hadir dengan penampilan yg lebih berani pada pameran auto
itu, namun tidak muncul pada akhirnya.

Dan kehadiran model berani baru ini, Wu Xi’er pastinya akan memberi ancaman
populariti kepada Gan. Ramai yg menggelar model baru ini sebagai “Gan Lulu #2?

Dimaklumkan pihak penganjur Pusat Konvensyen dan Pameran Shenzen telah
menghalang model tersebut daripada hadir pada hari berikutnya dek kerana kekalutan
yang  terjadi akibat keberaniaannya yg melampau!

 


View the original article here

Saturday, 27 September 2014

ND Lala: Tunjuk bukti hutang RM15,000


Shila ditemani bapanya, ND Lala pada sidang media berhubung kenyataannya yang menyinggung media Melayu tempatan di Instagramnya, semalam.

TIDAK tertumpu kepada anaknya Shila Amzah, 24, penyanyi ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh, 52, turut terheret sama dalam satu kontroversi yang melibatkan rakan artisnya.






Menerusi sebuah media tempatan ND Lala dilaporkan masih belum membayar hutang berjumlah RM15,000 yang dipinjamnya daripada pelakon, Den Wahab sekitar tahun 2000.

Malah menerusi sebuah portal berita, Den Wahab mendakwa dia tidak akan menghalalkan hutang tersebut, sementelah ND Lala sengaja melarikan diri darinya sejak sekian lama.

Rentetan dakwaan itu, ND Lala sempat memberikan penjelasan ketika sidang media bersama Shila yang diadakan di Mega Music World (MMW) kelmarin.

"Sebenarnya saya sudah memberikan penjelasan mengenai perkara ini Mac lalu. Tetapi ia tidak sampai kepada mana-mana pihak. Di sini saya tegaskan, kepada sesiapa sahaja yang membuat fitnah ini sila buat laporan polis," katanya.

Jelasnya, dia sedia berhadapan dengan pihak berkenaan mengenai dakwaan itu. "Dakwa saya dan kita berhadapan. Tunjuk bukti kepada saya," katanya lagi.



View the original article here

Thursday, 5 June 2014

TUNJUK KEMALUAN KEPADA GADIS YANG DIKENALI SETIAP 10 KALI SETAHUN

type='html'>
Tokyo: Polis Jepun menahan seorang lelaki berusia 35 tahun selepas dia ‘mendedahkan’ dirinya di depan seorang remaja sekolah di tepi jalan di wad Edogawa, Sabtu lalu.
Menurut jurucakap polis, Akira Imazu dituduh melakukan perbuatan keji depan khalayak umum.
Stesen televisyen Asahi melaporkan kira-kira jam 8 pagi 21 Mei, Imazu mendedahkan dirinya di hadapan seorang remaja perempuan yang menunggang basikal ke sekolah.
Polis berkata, pekerja industri perkhidmatan makanan dan minuman itu membuat lubang di celah kelangkang seluarnya sebelum keluar melakukan perkara itu.
“Saya memang sentiasa seronok mendedahkan bahagian itu kepada remaja perempuan. Saya melakukannya selama 10 kali tahun ini seorang diri,” katanya ketika ditahan polis.
 - Agensi

View the original article here

Sunday, 25 May 2014

Pasangan Panda Tunjuk Tanda Awal Ingin Mengawan




Feng Yi (kiri) dan Fu Wa


KUALA LUMPUR: Pasangan panda gergasi dari China, Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Zoo Negara sejak tiga hari lepas, telah menunjukkan tanda-tanda ingin mengawan, kata Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Rosly@Rahmat Ahmat Lan.

Beliau berkata tanda-tanda itu dikesan oleh anggota pasukan Zoo Negara yang khusus untuk menjaga dan menguruskan keperluan harian kedua-dua beruang panda itu sejak semalam.

"Sebenarnya tanda-tanda (ingin mengawan) itu sudah ada sebelum kedua-dua panda itu diterbangkan ke negara ini tetapi keadaan ini menjadi lebih jelas apabila mereka tiba dan dikuarantinkan di sini (Zoo Negara) untuk menyesuaikan diri.

 "Antara tanda-tandanya awal iaitu mereka akan mengeluarkan bunyi seperti kucing ingin mengawan dan pergerakan mereka yang luar biasa kerana ketika dikuarantinkan, sangkar mereka terletak hanya bersebelahan sahaja," katanya yang juga Timbalan Presiden Zoo Negara ketika dihubungi Bernama Jumaat.

 Rosly berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak China sama ada ingin membiarkan kedua-dua panda itu mengawan dan membiak secara semulajadi.

 "Hal ini kerana pasangan panda ini adalah dipinjamkan dari China dan simbolik kepada hubungan baik antara kedua-dua negara dan kami perlu berbincang dengan mereka (China)," katanya.

 Rosly berkata setakat ini kedua-dua beruang panda itu berada dalam keadaan sihat sejak proses kuarantin bermula sejak tiga hari lepas.

 "Beruang panda betina, Feng Yi kelihatan lebih aktif dan suka bergerak sejak hari pertama tiba di 'rumah baharu' mereka berbanding dengan panda jantan, Fu Wa yang lebih tenang dan masih dalam keadaan menyesuaikan diri. Walau bagaimanapun, kedua-dua beruang panda itu sangat berselera iaitu mengambil kira-kira 30kg makanan setiap hari antaranya buluh dan rebung," katanya.

 Pasangan beruang panda yang merupakan simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China, tiba di sini dari Chengdu, China Rabu lepas bagi memulakan kehidupan baharu di perantauan selama 10 tahun.

 Pasangan beruang panda itu, yang dipinjamkan menerusi Program Perjanjian Kerjasama Pemuliharaan Antarabangsa Panda Gergasi Malaysia-China, akan dikuarantinkan kira-kira sebulan di tempat khas di Zoo Negara di Hulu Klang, bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

 Melalui program yang ditandatangani pada 2012, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan pemuliharaan panda gergasi selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan dalam bidang itu.


Sumber mStar Online