Wednesday, 5 November 2014

SERIUS!! Wanita Vampire Di Dunia Sebenar Yang Gemar Meminum Darah Manusia.




Wanita pontianak. Itu gelaran yg diberikan kepada Julia Caples, 45, yg gemar meminum darah manusia hingga kadang-kala mencecah hingga dua liter sebulan.



Julia yg mula ketagih darah sejak remaja itu, mendapat bekalan darah daripada penderma sejak lebih 30 tahun lalu.



Ibu kepada dua anak iaitu Alexi, 11 tahun dan Ariel, 24 tahun itu percaya, dia kekal muda dengan meminum darah, sama seperti filem Twillight.



Julia bagaimanapun cuba mengelakkan daripada menunjukkan tabiat berkenaan kepada Alexi manakala Ariel pula membenci hobi pelik ibunya itu dan memintanya supaya berhenti daripada meminum darah manusia.



Menceritakan tabiat pelik itu, Julia berkata, ia bermula ketika dia berusia 16 tahun selepas dia pertama kali mencium teman lelakinya.



“Ketika itu saya telah menggigitnya dan saya suka dengan darah itu. Saya tidak dapat menerangkan bagaimana perasaan ketika itu namun selepas kejadian tersebut, dia tidak lagi mencium saya,’’ katanya.



Ketika itu Julia tidak terus mengalami ketagihan terhadap darah sehinggalah dia bertemu dengan bekas suaminya, Donald, 49.



Kedua-duanya turut minum darah satu sama lain namun Donald menghentikan kegilaan berkenaan selepas Alexi dilahirkan.



“Donald tidak mahu lagi minum darah. Kami bersetuju bahawa salah seorang daripada kami perlu berhenti daripada tabiat ini bagi memfokus kepada anak-anak,’’ katanya.



Julia yg menulis blog mengenai pontianak menggunakan nama Lady DarkRose berkata dia menyedari mengenai risiko terhadap kesihatannya namun semua penderma darah akan diuji terlebih dahulu bagi mengesahkan bahawa mereka bebas penyakit termasuk AIDS atau HIV.



“Saya tahu secara saintifiknya darah tidak mengandungi banyak khasiat namun mungkin ada perkara lain yg kita belum ketahui.



“Saya rasa lebih cantik setiap kali minum darah dan tidak pernah berdepan dengan masalah kesihatan yg serius,’’ katanya yg pernah minum hingga setengah gelen darah sebulan.














 


View the original article here

No comments:

Post a Comment