Showing posts with label Bengang. Show all posts
Showing posts with label Bengang. Show all posts

Thursday, 2 October 2014

Gosip Bakal Cerai Buat Vanidah Bengang


Vanidah menegaskan rumahtangganya bersama Rashidi masih kukuh.

Pelakon Vanidah Imran terkilan apabila isu rumah tangganya dengan aktor Rashidi Ishak menjadi perhatian ramai selepas terdapat laporan mengatakah mereka bakal bercerai.

Vanidah, 41, berkata, dia dan suaminya sehingga kini masih bahagia dan mana-mana pihak tidak sepatutnya menyebarkan gosip isu yang tidak benar itu.






"Sampai sekarang saya tidak tahu daripada mana datangnya gosip itu dan ia membuatkan saya cukup bengang.

"Tambah pula terdapat laporan di media yang membuat andaian kronologi mengenai 'keretakan' rumah tangga kami, ia sangat mengarut," katanya kepada mStar Online.

Vanidah dan Rashidi sebelum ini pernah digosipkan kononnya sedang mempunyai krisis rumah tangga apabila pasangan itu dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur difahamkan bagi memfailkan cerai pada Januari 2011.

Bagaimanapun Vanidah telah menyangkal dakwaan tersebut dan menegaskan perkahwinan mereka tidak mempunyai sebarang masalah.

Terbaharu, nama pasangan itu sekali lagi menjadi bualan apabila dikatakan sudah berpisah lebih-lebih lagi mereka tidak lagi dilihat muncul bersama dalam beberapa majlis yang membabitkan pasangan suami isteri itu.

Sementara itu Vanidah mengakui ada majlis-majlis tertentu dia dan suami tidak boleh hadir bersama kerana salah seorang daripada mereka perlu menjaga anak-anak.




"Kalau orang nampak saya seorang di mana-mana majlis, ertinya, suami jaga anak di rumah, dan begitu juga jika ada yang melihat suami tidak berteman di majlis, bermakna saya pula menjaga anak-anak.

"Rasanya perkara seperti ini tidak perlu dibuat penjelasan kerana mana-mana ibu-bapa yang tidak mempunyai pembantu rumah akan melakukan perkara sama seperti kami.

"Takkanlah, setiap malam saya perlu memuat naik foto kami di Instagram untuk membuktikan kami masih sebumbung?," soalnya.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Mikail Aimran dan Mariyam Rashika yang masing-masing berusia 11 dan 10 tahun.

View the original article here

Sunday, 28 September 2014

Stacy Bengang Digelar Juri Juara Pekak Di #AF2014



Penyanyi Stacy yang dilahirkan daripada program Akademi Fantasia musim keenam telah menempa pelbagai kejayaan setelah menjadi juara beberapa tahun lalu. ARTISMELETOP pun melihat Stacy tampil dengan gaya tersendiri serta genre muzik yang pelbagai telah dicubanya.

Terbaru yang ARTISMELETOP perasan dia telah diangkat oleh produksi dan Akademi Fantasia untuk menjadi juri juara bagi program realiti tersebut yang memasuki musim terbarunya tahun ini. Bukan dia seorang tetapi dia telah ditemani Hafiz mengadili adik-adik baru mereka yang bakal dilahirkan daripada rancangan realiti ini.






Namun pada minggu lalu dilihat teguran dan komen beserta sindiran yang diberikan oleh Ramli M.S sebagai pengkritik tetap telah mengundang ketidakpuasan hati kepada Stacy. Seperti biasa pengkritik tersebut dikenali kerana mulutnya yang lancang itu serta kritikan yang pedas.

ARTISMELETOP perasan apabila dia menggelar juri juara AF 2014 sebagai juri juara yang pekak dan ia telah mengundang Stacy memuatnaik status di laman sosial Twitter. Walaupun ada yang telah dipadamkan oleh penyanyi lagu Jahat itu namun ARTISMELETOP menemukan juga status tersebut.



Entahlah, ARTISMELETOP tak ada nak komen apa sangat sebab masing-masing sudah kenal dengan mulut pengarah muzik tersohor itu. begitu juga Stacy pun mesti tahu dengan perangai Dato’ Ramli MS tetapi apakan daya dia juga manusia biasa.

Kalau ARTISMELETOP pun akan terasa juga bila dikatakan pekak dan ia seakan menunjukkan yang kita tidak professional. Nak pula seorang juara dikata begitu, mana hati tak panas, betul tak? Oops!



View the original article here

Tuesday, 2 September 2014

Bengang Bunyi Bising, Budak Potong Tali Pekerja Sedang Baiki Apartment

Bengang Bunyi Bising, Budak Potong Tali Pekerja Sedang Baiki Apartment | Seorang kanak-kanak yang berang dengan bunyi bising yang mengganggu rancangan kartun ditontoni bertindak memotong tali abah-abah digunakan seorang pekerja rencam yang sedang melakukan pembaikpulihan.

Bengang Bunyi Bising, Budak Potong Tali Pekerja Baiki Apartment

Liu Mai sedang menggunakan gerudi pada tembok apartmen berkenaan di tingkat lapan dan terkejut apabila melihat Tang Chu, 10, menggunakan pisau untuk memotong abah-abah digunakannya di beberapa aras di atasnya.

"I was using an electric drill to fit security lights to the outside of the building when I felt my safety rope shaking. I looked up to see what was wrong.

"Then I saw the boy cutting the rope with a knife. I shouted at him to stop but he didn't listen and soon after, the rope was broken.

"I was petrified. I thought I was sure to fall, but the boy just stood and watched me."

“Saya sedang memasang lampu keselamatan dan tiba-tiba terasa abah-abah digunakan bergerak.

“Alangkah terkejut saya apabila melihat budak itu memotongnya. Saya menjerit namun tidak dihiraukannya... Memang pengalaman itu terlalu ngeri,” katanya.

Dia terpaksa mengharungi detik cemas selama 40 minit dengan hanya satu tali sementara rakan sekerja berusaha menariknya ke tempat selamat.

Budak Potong Tali Ketika Pekerja Sedang Gerudi

Jurucakap bomba berkata, kanak-kanak itu tidak berfikir panjang kerana berang apabila tidak dapat mendengar rancangan kartun kegemarannya di televisyen.

Bapanya Tang Peng berkata anaknya sudah memohon maaf atas kejadian itu selain menggantikan abah-abah mangsa.

“Saya juga duduk berbincang dengan anak saya itu dan memberitahunya betapa teruk sikapnya sehingga membahayakan nyawa seseorang,” katanya. - Agensi

sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Geramdiganggutontonkartun/MA/Article/index_html
http://www.mirror.co.uk/news/world-news/rooftop-worker-clings-life-after-4132703


View the original article here

Bengang Cerita Kahwin Diperbesar, Ramli M.S Maki Pengikut Facebook!



Sekitar minggu lepas, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita 'perkahwinan sorok' pengarah muzik terkenal Ramli M.S dan penyanyi Alyah.

Berita tersebut telah menjadi viral dan perbualan semua pihak termasuk di media-media sosial.

Astro Gempak pada Jumaat lepas telah menerima e-mel daripada seorang pembaca yang memberitahu tentang pengarah muzik tersebut yang telah memaki pengikut di laman sosial Facebook.






Menurut pengirim e-mel tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai ‘L’, Ramli telah menggunakan perkataan ‘P***M*K’ terhadap pengikut laman Facebook yang memberi komen mengenai berita perkahwinannya dengan Alyah.

Kata ‘L’ lagi, seorang temannya telah memuatnaik status di laman Facebook berserta keratan berita bertajuk “Macamlah Saya Jual Dadah,” terbitan mStar Online pada Jumaat lepas.

Perkara tersebut telah mendapat perhatian daripada teman-teman Facebook yang kemudiannya bertindak memberi pandangan masing-masing.




Status teman ‘L’ itu juga telah menarik perhatian Ramli yang bertindak memaki pemberi komen: “Wei p***m*k korang!!! Korang tau ape aku ckp kat wartawan tak? Kenape nak heboh cam aku kena tangkap jual dadah? Korang buat hal korang ok!!! Hak mutlak aku.”

Selepas itu Ramli meninggalkan satu lagi komen : “Ta puas hati mai dtg jumpa aku!!!”



Sebelum mengakhiri tulisannya, ‘L’ berkata, dia tidak menyalahkan Ramli menegur pemberi-pemberi komen tersebut, cuma kurang berkenan apabila perkataan ‘p***m*k’ itu digunakan.

Bagi Astro Gempak pula, mengenali Ramli dan pendiriannya yang tidak suka kisah peribadinya dijaja, sudah tentu komen-komen tersebut menaikkan kemarahannya sehingga menyebabkan dia terlepas kata.

Walau apapun kita doakan Ramli dan Alyah hidup bahagia hingga ke akhir hayat.

Terdahulu dilaporkan Ramli dan Alyah telah bernikah di Batam, Indonesia kira-kira setahun yang lalu.

View the original article here

Friday, 29 August 2014

Nora Danish Bengang Akaun FB Digodam


Nora mendedahkan akaun Facebook miliknya telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pelakon Nora Danish mendedahkan akaun Facebook miliknya telah digodam oleh pihak tertentu pada Jumaat.
Nora menerusi laman Instagram Nora memberitahu dia akan membuat satu laporan polis berhubung perkara itu bagi mengenal pasti dalang disebalik kejadian berkenaan.






"Akaun peribadi Facebook saya digodam. Hilang semuanya. Saya akan buat laporan polis," katanya dalam status berkenaan.

Dalam pada itu, Nora turut menyenaraikan 10 lagi akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya. Jelas Nora, dia berharap peminat tidak akan mengambil perhatian dan tidak tertipu dengan akaun palsu tersebut.

"Kesemua akaun Nora Danish di Facebook ini adalah bukan saya. Sila ambil perhatian, terima kasih," katanya.



Nora mendedahkan mengenai perkara berkenaan menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Sementara itu, peminat aktres itu turut meluahkan rasa kesal dengan kejadian tersebut dan menyifatkan perbuatan pengodam berkenaan sebagai tidak berhati perut.




Salah seorang pengikutnya iaitu @norumairahrosli berkata, perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu sengaja mencari publisiti murahan.

"Tidak faham dengan orang-orang zaman sekarang. Dah tiada kerja sangat sampai nak godam akaun peribadi sosial media orang lain," katanya.

Manakala @azaamalia pula mempertikaikan tindakan pemilik akaun palsu menggunakan nama selebriti terkenal itu demi kepentingan diri sendiri.

"Mereka yang buat begitu hanya ingin menumpang populariti Nora dan orang sebegini adalah parasit," katanya.

Komen lain yang ditinggalkan oleh peminat Nora antara lain menyokong tindakannya untuk membuat laporan polis bagi membersihkan namanya daripada terus dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab.

View the original article here