Showing posts with label CERAI. Show all posts
Showing posts with label CERAI. Show all posts

Monday, 13 October 2014

GOSIP !!! Luahan Diana Rafar Kontroversi Cerai Dengan Zamarul Hisham



Pasangan suami isteri yg agak sensasi, Diana Rafar dan Zamarul Hisham kembali

menjadi perhatian apabila Diana sering menghabiskan masa bersama anaknya iaitu

Kashfi Haikal daripada suaminya.




Namun, Diana Rafar atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar menegaskn

perkahwinannya dengan Zamarul masih bahagia dan masing-masing menjalankn

tugas serta tanggungjawab terhadap keluarga.



“Saya masih seperti biasa, sibuk dengan rutin harian, menjaga anak dan memasak.

 Zamarul pula sibuk dengan penggambaran.



Saya akui Zamarul memang sering sibuk dengan penggambaran dan menyebabkn

kami jarang dapat ke majlis hiburan atau majlis lain bersama.



“Lagipun kerja kami tidak sama, dia dengan jadualnya dan saya dengan jadual saya.

 Apa pun setakat ini saya masih lagi bahagia bersama,” katanya.



 


View the original article here

Thursday, 2 October 2014

Gosip Bakal Cerai Buat Vanidah Bengang


Vanidah menegaskan rumahtangganya bersama Rashidi masih kukuh.

Pelakon Vanidah Imran terkilan apabila isu rumah tangganya dengan aktor Rashidi Ishak menjadi perhatian ramai selepas terdapat laporan mengatakah mereka bakal bercerai.

Vanidah, 41, berkata, dia dan suaminya sehingga kini masih bahagia dan mana-mana pihak tidak sepatutnya menyebarkan gosip isu yang tidak benar itu.






"Sampai sekarang saya tidak tahu daripada mana datangnya gosip itu dan ia membuatkan saya cukup bengang.

"Tambah pula terdapat laporan di media yang membuat andaian kronologi mengenai 'keretakan' rumah tangga kami, ia sangat mengarut," katanya kepada mStar Online.

Vanidah dan Rashidi sebelum ini pernah digosipkan kononnya sedang mempunyai krisis rumah tangga apabila pasangan itu dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur difahamkan bagi memfailkan cerai pada Januari 2011.

Bagaimanapun Vanidah telah menyangkal dakwaan tersebut dan menegaskan perkahwinan mereka tidak mempunyai sebarang masalah.

Terbaharu, nama pasangan itu sekali lagi menjadi bualan apabila dikatakan sudah berpisah lebih-lebih lagi mereka tidak lagi dilihat muncul bersama dalam beberapa majlis yang membabitkan pasangan suami isteri itu.

Sementara itu Vanidah mengakui ada majlis-majlis tertentu dia dan suami tidak boleh hadir bersama kerana salah seorang daripada mereka perlu menjaga anak-anak.




"Kalau orang nampak saya seorang di mana-mana majlis, ertinya, suami jaga anak di rumah, dan begitu juga jika ada yang melihat suami tidak berteman di majlis, bermakna saya pula menjaga anak-anak.

"Rasanya perkara seperti ini tidak perlu dibuat penjelasan kerana mana-mana ibu-bapa yang tidak mempunyai pembantu rumah akan melakukan perkara sama seperti kami.

"Takkanlah, setiap malam saya perlu memuat naik foto kami di Instagram untuk membuktikan kami masih sebumbung?," soalnya.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Mikail Aimran dan Mariyam Rashika yang masing-masing berusia 11 dan 10 tahun.

View the original article here

Sunday, 7 September 2014

Mariah Carey sedia cerai


HUBUNGAN Mariah Carey (kiri) dan Nick Cannon kini dalam keadaan sukar.

SELEPAS Nick Cannon mendedahkan bahawa dia dan isterinya, Mariah Carey sudah tidak tidur sebilik, kini Mariah pula dikatakan sudah bersedia untuk segera bercerai.

Satu sumber telah memberitahu E! News bahawa penyanyi terkenal itu sudah menyediakan pelbagai dokumen yang diperlukan untuk proses penceraian mereka.






Pada saat Mariah sudah bersedia untuk bercerai, lain pula halnya dengan Nick. Nick dikatakan masih mahu mempertahankan rumah tangga mereka yang sedang bergolak dengan membawa Mariah bertemu kaunselor sebagai usaha menyelamatkan hubungan mereka.

"Nick menuntut peluang kedua daripada Mariah. Namun, Mariah seperti sudah tekad untuk bercerai," ujar sumber tersebut.

Terdahulu, Nick dalam kenyataannya memberitahu, dia dan Mariah sudah tidak tidur sebilik sejak Mei tahun ini.

Hubungan yang terbina sejak tahun 2008 itu dikatakan hilang harmoni disebabkan aktiviti karier Mariah sebagai penyanyi yang terlalu sibuk.



View the original article here

Saturday, 31 May 2014

ABBY ABADI FAILKAN CERAI HARI INI

type='html'>
Rumah tangga Abby dan suami mungkin tidak dapat diselamatkan lagi
Kuala Lumpur: Spekulasi pergolakan rumah tangga Abby Abadi terungkai apabila pelakon itu mengesahkan perbicaraan kes cerai dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, kira-kira jam 9 pagi ini.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, yang dihubungi berkata, bagaimanapun dia tidak dapat mengulas lanjut dan berharap agar proses itu berjalan dengan lancar.
“Maafkan saya. Esok (hari ini) insya-Allah ya,” katanya secara ringkas menerusi mesej WhatsApp di sini, petang semalam.
Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand selepas dua minggu berkenalan.
Difahamkan, Abby sudah memfailkan perceraiannya di mahkamah sama pada minggu lalu.
Sumber turut mendakwa lafaz cerai antara mereka sudah berlaku menerusi mesej SMS, baru-baru ini dan perbicaraan pagi ini adalah bagi mengesahkan lafaz yang sudah disebut itu.
Terdahulu, konflik dalaman perkahwinan Abby dengan Farhan, 24, mula diperkatakan berikutan status Instagram miliknya pada 17 Mei lalu yang meminta agar peminat mendoakan keadaan rumah tangganya.
Menerusi laporan Harian Metro pada 23 Mei lalu, Abby tidak mahu mengulas lanjut ketika ditanya mengenai kesahihan masalah itu.
Katanya, dia tidak mempunyai apa-apa untuk dikongsikan sehingga tiba waktu yang sesuai untuk mendedahkan perkara itu.
Sebelum berkahwin dengan Farhan, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga anak.
Sumber 


View the original article here