Showing posts with label Ceramah. Show all posts
Showing posts with label Ceramah. Show all posts

Sunday, 2 November 2014

Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Dataran Ilmu, Kelantan menakjubkan

Biarpun dikaitkan dengan video seks individu mirip beliau, namun penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tetap menjadi perhatian dan diterima masyarakat.

Ini terbukti apabila kuliah Jumaat yg disampaikan beliau di Dataran Ilmu mendapat sambutan hebat daripada rakyat Kelantan dengan kehadiran hampir 10,000 peminat dari seluruh pelosok negeri itu.

Bagaimanapun usaha Sinar Harian untuk mendapatkan penjelasan UAI berhubung video seks yg tersebar di laman sosial Facebook baru-baru ini gagal, setelah dihalang pihak keselamatan.

Baru-baru ini peminat UAI digemparkan dengan penyebaran sebuah rakaman video memaparkan adegan di atas katil membabitkan seorang lelaki mirip beliau dengan seorang wanita






 


View the original article here

Tuesday, 28 October 2014

POLITIK!!! Polis 'Kunci' Universiti Malaya Untuk Halang Ceramah Anwar



KUALA LUMPUR, 26 Okt : Polis akan mengambil alih bahagian keselamatan Universiti Malaya bermula jam 7 pagi esok, lapor portal berita The Malaysia Insider.

Menurut Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya, Prof Datuk Dr. Rohana Yusuf, polis akan mengawal kampus dan menghalang orang luar dari memasukinya.

Langkah itu dipercayai dibuat bagi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari memasuki kampus untuk menyampaikan ceramahnya yg bertajuk "40 tahun, dari UM ke penajara", yg bakal diadakan di Dewan Tunku Canselor esok.

Rohana berkata pelajar tidak dibenarkan berada di DTC atau di kawasan sekitarnya bermula jam 4 petang esok.

Menurut Rohana, program tersebut jelas sekali melanggan peraturan Universiti dan Akta Kolej Universiti 1971. Tambah Rohana lagi, mana-mana pelajar yg melanggar undang-undang itu akan digantung atau dibuang.

Semua pintu masuk kecuali pintu utama akan ditutup bermula pukul 4 petang bagi memastikan tiada orang luar memasuki kampus.

Rohana berkata program itu adalah haram kerana tidak ada kelulusan bagi melaksanakan acara tersebut daripada pihak pengurusan universiti. -

View the original article here