Showing posts with label Kecewa. Show all posts
Showing posts with label Kecewa. Show all posts

Wednesday, 29 October 2014

PERHH!!! Peminat Kecewa Tiada Adegan PANAS Dalam Cerita CIKGU SURAYA


Biar betul? Itulah reaksi kami apabila mendapat tahu bahawa trailer untuk filem adaptasi cerpen seks, Cikgu Suraya yg popular sekitar 2000-an itu kini sudah menjadi bahan viral di laman sosial.

Trailer filem ini nampaknya telah membangkitkan rasa ingin tahu yg membuak-buak di kalangan penonton yg rata-ratanya mencapai akil baligh pada ketika itu.

Namun, kebanyakan penonton kecewa apabila tiada adegan seks dimainkan dalam trailer filem tersebut seperti mana yg diceritakan dalam cerpen.

Malah, kami pasti ia tidak akan menjadi kenyataan kerana melanggar syarat Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Sinopsis Filem Cikgu Suraya:

Adaptasi dari cerpen romantik cult, ia mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah, Amir yg kekempisan tayar basikal ketika hujan lalu meminjam pam dan segitiga emas dari guru kesayangannya, Cikgu Suraya. Peminjaman pam itu telah mengajarnya erti sebuah kehidupan.



Dilakonkan oleh Ashraf Zamani dan Sofia Lee Abdullah, penonton juga agak ‘frust’ apabila watak Cikgu Suraya tidak secantik seperti yg digambarkan.

Melihat daripada sudut yg lain, ada juga yg tidak menyokong tindakan Tengku Umar untuk memfilemkan cerpen ala-ala ’50 Shades of Gray’ versi Melayu ini dan mengatakan bahawa ia akan menggalakkan lagi masalah sosial di kalangan remaja.



Hurm.. kami pun sangat curious dengan jalan cerita yg akan dibawakan dalam filem ini.

Takpelah, kita tunggu sahaja filem ini ditayangkan di pawagam nanti ya?



 


View the original article here

Wednesday, 1 October 2014

Ainan Tasneem Kecewa Fitnah 'Tikam Belakang'


Ainan tidak terkejut apabila dituduh bersikap 'tikam belakang' terhadap seorang wakil promoter dan sudah dapat menjangkakan gosip berkenaan bakal tersebar.

Penyanyi Ainan Tasneem tidak terkejut dengan tuduhan mendakwa dia bersikap tikam belakang terhadap wakil promoter yang mendapatkan persembahan untuknya gara-gara ingin mengaut keuntungan.

Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan, 22, sebaliknya berkata, sejak awal lagi dia sudah menjangkakan berita tersebut akan tersebar dan mengakui mengenali dalang disebalik penyebaran fitnah itu.






"Saya sebenarnya hendak tergelak apabila membaca laporan berkenaan kerana pertama sekali ia tidak benar dan saya sudah menjangkakan individu berkenaan akan memburukkan saya kepada media.


Ainan tidak bimbang dengan dakwaan terhadapnya kerana ia tidak benar.

"Saya tahu dan kenal siapa 'wakil promoter' itu dan dia pernah mengugut saya untuk menyebarkan cerita tidak baik kepada wartawan kerana tidak berpuas hati," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Menerusi ruang gosip sebuah akhbar mingguan pada Ahad, Ainan dilaporkan berpura-pura pulang selepas mengadakan persembahan yang diaturkan oleh wakil promoter namun dia sebenarnya dikatakan menemui pihak penganjur untuk meminta mereka berurusan terus dengannya tanpa menggunakan orang tengah pada masa hadapan.

Ainan dikatakan bertindak sedemikian kerana ingin mengaut bayaran seratus peratus tanpa perlu membayar kepada pihak yang mencadangkan namanya membuat persembahan.

Dalam pada itu, Ainan berkata, individu berkenaan yang turut bekerja di sebuah syarikat rakaman menyebarkan cerita berkenaan kerana tidak berpuas hati apabila sebuah persembahan melibatkannya diaturkan oleh pengurus yang juga ibu saudaranya.

Jelas Ainan, individu berkenaan mempertikaikan tindakan tersebut yang meletakkan syarat sebarang tempahan persembahan perlu melalui pihaknya yang menjadi punca perbalahan di antara mereka.

"Sejak awal semasa saya menyertai Music Valley pihak pengurusan maklum tentang urusan persembahan saya diuruskan oleh ibu saudara saya dan mereka tidak mempunyai sebarang masalah tentang perkara itu malah ia lebih memudahkan keadaan.


Penyanyi berusia 22 tahun ini sedang dalam tahun akhir pengajiannya di UniMAP.

Tambah Ainan, dia sedar individu berkenaan bersungguh-sungguh menguruskan tempahan persembahannya kerana ingin mengaut komisen dan tidak ikhlas dalam membantunya.

"Biarpun sedar akan niatnya saya tetap pergi setiap kali ada acara yang diuruskannya dan tidak pernah sesekali mempertikaikan komisen yang diambil walaupun dia pernah terkantoi mengambil 80 peratus daripada pembayaran dibuat penganjur," ujarnya lagi.

Sementara itu, Ainan berkata, pihak pengurusan atasan menyedari akan masalah yang berlaku dan individu tersebut telah pun menukar wakil bagi berurusan dengan pihaknya.

Dalam perkembangan lain, Ainan berkata, dia kini sedang sibuk dengan pengajian tahun akhirnya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan hanya akan menerima
pertunjukan pentas sekiranya berkelapangan.

Bagaimanapun pihak syarikat rakamannya telah merancang untuk melancarkan album terbaharunya pada penghujung tahun ini.



View the original article here

Tuesday, 23 September 2014

Tasha Shilla kecewa



HUBUNGAN cinta Hans dan Tasha bukan satu rahsia. Kini hubungan mereka sedang diduga kontroversi bercumbu di dalam tandas.

ADA segumpal rasa kecewa yang tidak dapat disembunyikan Tasha Shilla pada saat ini. Semuanya gara-gara gosip yang dikeluarkan awal minggu ini yang mendakwa dirinya bercumbu dengan kekasihnya, Hans di dalam sebuah tandas sewaktu dia rancak menjalani penggambaran sebuah drama.

Dakwaan tersebut timbul selepas ia disebarkan oleh kru produksi yang terbabit dengan drama yang sedang dilakonkan oleh Tasha. Bagaimanapun, gosip tersebut tidak menyatakan lokasi kejadian.






Walaupun sudah biasa dihambat kontroversi tetapi isu terbaharu ini memberi tekanan kepadanya.

Tasha yang ditemui pada majlis pelancaran drama terbaharu lakonannya, Kasih Berbisik di Singapura baru-baru ini enggan memberi kenyataan yang boleh mengheret isu tersebut menjadi lebih panjang.

Bukan enggan memberi kerjasama kerana selama ini Tasha tidak pernah menimbulkan sebarang masalah kepada pihak media tetapi tegasnya, dia mahu menyiasat serta menyelidik dahulu punca isu itu boleh tersebar sebelum membuat sebarang kenyataan.

Beritahunya, isu tersebut bukan sahaja menjatuhkan maruahnya sebagai wanita tetapi juga memalukan keluarganya.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Tasha.

Kosmo!: Tasha, saya kira anda tahu mengenai gosip liar yang tersebar tentang dakwaan anda bercumbu dengan kekasih anda, Hans di dalam tandas sewaktu terbabit dengan sebuah penggambaran drama baru-baru ini. Anda juga sudah memberi sedikit komen sebelum ini. Boleh anda jelaskan lebih lanjut mengenai situasi sebenar yang berlaku?

TASHA: Maaf. Saya enggan komen tentang isu tersebut kerana kehadiran saya di sini adalah untuk majlis pelancaran drama Kasih Berbisik.

Mengapa kali ini anda mengambil pendekatan mendiamkan diri?

Sebab saya tidak tahu hendak beri komen tentang perkara yang saya tidak lakukan. Bila saya bersuara, isu ini akan menjadi panjang. Saya tidak mahu itu berlaku.

Bilakah anda akan memberi kenyataan tentang isu itu?

Saya minta maaf tetapi sebelum memberi sebarang kenyataan, saya harus siasat dari mana punca cerita ini keluar. Jika sumbernya daripada kru produksi drama berkenaan, saya mahu tahu siapa orangnya? Saya mahu tahu secara terperinci, selepas itu barulah saya akan memberi kenyataan. Besar harapan agar pihak media memahami dan memberi sedikit ruang kepada saya.

Apakah impak kontroversi terbaharu itu kepada anda?

Sebelum ini, sudah banyak cerita kontroversi tentang saya dan tidak kisah kerana ia hanya membabitkan saya seorang. Bagaimanapun, selepas keluar cerita bermesra di dalam tandas, saya rasa ia sangat melampau. Tolonglah, saya pun ada ibu bapa dan keluarga. Mungkin saya tidak kisah tetapi apa perasaan ibu bapa saya bila mereka baca cerita sebegini tentang anak mereka? Walaupun saya terangkan perkara sebenar tetapi orang sekeliling tetap akan bertanya hal ini kepada ibu bapa saya. Jadi, lebih baik saya berdiam diri dan siasat perkara sebenar.

Adakah anda kecewa apabila sering dikaitkan dengan kontroversi?

Jujurnya memang kecewa. Saya masuk dunia lakonan kerana minat berlakon, selain mencari rezeki. Orang tidak tahu yang saya cukup serius apabila bekerja. Mereka nampak kerjaya sebagai pelakon cukup glamor dan mudah. Walhal kerja sebagai pelakon meletihkan emosi dan fizikal. Kalau boleh saya mahu orang ambil tahu tentang kerjaya saya daripada hal peribadi serta kontroversi yang tidak diketahui kesahihannya.





Boleh kongsikan pengalaman anda berlakon dalam drama Kasih Berbisik?

Saya memegang watak Tina, sepupu kepada Imran (Remy Ishak) dan dalam drama ini saya merupakan watak antagonis. Sepanjang berlakon, saya sungguh seronok kerana ia membabitkan pelakon dari tiga buah negara berbeza iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Jalan ceritanya sangat menarik dan saya yakin ia mampu memikat hati penonton. Jangan lupa saksikan drama Kasih Berbisik bermula 1 Oktober depan di TV3.

Apakah cabaran utama ketika penggambaran drama Kasih Berbisik?

Cabaran utamanya, saya harus bercakap dalam dialek utara sebab Tina tinggal di Perlis. Bagi saya, bertutur dalam dialek utara sangat mencabar kerana saya bukan datang dari sana. Remy banyak membantu saya supaya dialog yang saya lontarkan nampak semula jadi.

View the original article here

Zed Zaidi Kecewa Dituduh Enggan Selesaikan Masalah Seniman



Ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi kecewa apabila dituduh dengan sengaja enggan hadir ke pertemuan khas yang dianjurkan oleh penerbit filem Datuk Yusof Haslam pada 16 September lalu bagi menyelesaikan masalah persatuan itu.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 34, berkata, dia terkejut apabila ketidakhadirannya yang disebabkan oleh demam panas itu dipersoalkan segelintir pihak yang sengaja mahu menganiayanya.






"Peliklah, pada hari tersebut, memang saya demam teruk kerana sebelum itu saya sibuk dengan urusan keluarga serta perkahwinan adik saya. Bukannya sengaja tak mahu datang.

"Apabila saya tidak ada pada pertemuan itu, macam-macam pula tuduhan yang diberikan," katanya kepada mStar Online.

Sebuah akhbar mingguan Ahad melaporkan, Zed sengaja tidak mahu hadir pada pertemuan itu kerana tidak menyukai salah seorang ahlinya iaitu Abu Bakar Omar yang turut hadir pada majlis tersebut.


Datuk Yusof Haslam

Perkara itu membuatkan sifat kepimpinan Zed sebagai bekas Presiden Seniman dipersoalkan dimana sepatutnya Zed perlu berani berdepan dengan kemelut yang dihadapi oleh persatuan itu sejak setahun lalu.

Dalam pada itu, Zed juga dikatakan mahu bertanding dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang bakal berlangsung pada 27 September ini dan mencabar Datuk Mustapha Maarof dalam pemilihan jawatan presiden untuk penggal baharu.

Sementara itu, Zed berkata, dia berasa pelik dengan tujuan pertemuan itu dilakukan kerana sekiranya benar Yusof ingin menyelesaikan masalah Seniman, ia sepatutnya dilakukan sebelum masalah persatuan itu dibawa ke mahkamah lagi.

"Saya ada bertanya pada Datuk (Yusof) kenapa baru sekarang nak damaikan ahli-ahli dan bukannya sebelum isu dibawa ke mahkamah?

"Lebih pelik pertemuan dilakukan ketika menjelangnya AGM. Saya bukannya mahu menuduh sesiapa. Cuma pelik apabila isu mahu berdamai timbul apabila AGM dah nak dekat.

"Bukankah segala masalah berbangkit boleh dibawa ke AGM nanti? Nanti jangan pula ada yang sengaja cakap saya mahukan jawatan presiden semula. Saya tak kisah pun tentang pangkat," katanya.




Pada 25 Januari 2013, lima artis veteran telah memfailkan saman terhadap Seniman termasuk pemimpin-pemimpinnya bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan AGM ke 14 persatuan berkenaan tidak sah kerana disyaki berlaku penyelewengan dan beberapa perkara termasuk pemalsuan pindaan undang-undang.


Datuk Mustapha Maarof

Lima artis veteran berkenaan yang dinamakan sebagai plaintif ialah Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran (Sahlan), Roslinda Buang, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani.

Kemudian, pada 21 November 2013, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rosilah Yop memutuskan apa-apa pemilihan ahli jawatankuasa Seniman yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Ke-14 yang diadakan 26 Mei 2012 di Dataran Karyawan Finas, dekat sini adalah terbatal dan tidak sah.

Rosilah turut memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Haron Aminar Rashid Salim (Harun Salim Bachik), Omar Kamarudin (Yusof Kelana) dan Wafa A.Kadir membayar ganti rugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Seniman.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Rozaidi Jamil (Zed Zaidi), Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Sean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab).

Beliau juga turut memerintahkan ketujuh-tujuh defendan berkenaan membayar kos tindakan sebanyak RM60,000 kepada pihak plaintif.

View the original article here

Monday, 1 September 2014

Rita Rudaini Kecewa Dirinya Di Bandingkan

Rita Rudaini Kecewa Dirinya Di Bandingkan | Rita Rudaini kecewa apabila masih terdapat beberapa pihak dilihat cuba membandingkan dirinya dengan Zarema isteri kepada bekas suaminya Aidil Zafuan.

Rita Rudaini Kecewa Dirinya Di Bandingkan

Rita yang kini gigih menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selain menjalankan perniagaan sendiri memuatnaik satu foto serta meluahkan rasa hatinya kepada peminatnya.


"Kenapakah sy masih lg di kaitkan dan di bandingkan? get ur life..ALLAH lindungi lah sy"

Rita Rudaini Kecewa Dirinya Di Bandingkan

Berikutan itu, ramai peminat memberikan kata sokongan kepada beliau serta mahu Rita teruskan kehidupan dengan lebih cekal.

Menjadi seorang selebriti ditambah pula dengan status ibu tunggal nampaknya memberikan beribu cabaran buat Rita Rudaini. Semoga beliau tabah dan berjaya mengatasi masaalah yang melanda hidupnya.

sumber 
http://instagram.com/ritrud727

View the original article here

Friday, 23 May 2014

Yusof Haslam Kecewa Lembaga Penapisan Filem Berat Sebelah

Dengan pelbagai elemen menghiburkan diadun ke dalam penceritaan filem Abang Long Fadil antaranya babak Imej Janaan Komputer (CGI) inspirasi watak Bumblebee daripada filem Transformers, pastinya klasifikasi di bawah kategori 18PL sedikit mengecewakan pengarahnya, Syafiq Yusof dan Datuk Yusof Haslam selaku produser filem ini.



Yusof Haslam yang ditemui pada sidang media selepas majlis pratonton filem ini malam kelmarin mengakui berasa ralat dengan keputusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) itu.

“Terus terang saya berasa sedikit kecewa dan tidak tahu mengapa LPF akhir-akhir ini menjadi terlalu tegas. Pihak di sana memaklumkan mereka menonton ini sebanyak tiga kali kerana cuba untuk memberikan P13, tetapi akhirnya terpaksa mengkategorikannya sebagai 18PL.

“Filem antarabangsa Godzilla lagi dahsyat unsur ganas yang diketengahkan, tetapi diluluskan sebagai P13. Hendak bantu industri filem kalau beginilah caranya, kita fikirlah sendiri.

“Saya sebagai Presiden Persatuan Pengeluar Filem merasakan perkara sebegini tidak seharusnya berlaku, apatah lagi keadaan suasana pasaran filem tempatan yang merudum sekarang ini.

“Sebagai orang lama dalam industri perfileman, saya sendiri apabila terdapat babak yang rasanya tidak sesuai, kita sendiri akan potong. Untuk pengetahuan ramai, sebanyak sembilan babak dalam filem ini dibuang,” katanya.

Yusof berkata, kebanyakannya adalah babak komedi yang boleh membuat penonton mengekek ketawa tetapi pihak LPF mendapati ia ada unsur ‘double meaning’, jadi kita akur dengan keputusan itu. Kita tidak menafikan peranan mereka walaupun ada drama televisyen yang lebih ekstrem serta berbaur lucah tetapi boleh pula lepas,” jelasnya.

Beliau berkata, pembikin filem tempatan walaupun ramai semakin berani melakukan eksperimen tetapi belum sampai ke tahap ekstrem. Malah, sebagai pembikin filem, dia setuju jika ada filem tempatan yang melanggar tatasusila, adat dan sebagainya harus diberi pemantauan yang ketat.

Syafiq pula ketika diminta bercerita mengenai idea pembikinan Abang Long Fadil berkata, ia sebuah karya bercita rasa filem antarabangsa dari segi garapan dan pengarahannya.

“Pembikinan filem ini diinspirasikan daripada filem Hollywood, Hong Kong dan Tamil seperti Padayappa, Kungfu Hustle dan Bad Boys. Memandangkan Abang Long Fadil sebuah filem komedi, saya boleh bereksperimen selain memaksimumkan penggunaan CGI. Apabila bercakap mengenai CGI, ia sinonim dengan watak dalam Transformers,” katanya.



Salah satu babak.

Ditanya adakah dia tidak bimbang dikatakan mencuri idea dan dikenakan sebarang tindakan menggunakan dua watak seakan-akan Iron Man dan Bumblebee itu, Syafiq berkata, watak CGI yang ditampilkannya itu hanya menyerupai tetapi tidak 100 peratus.

Apa yang menarik mengenai filem ini, dalam memberi hiburan kepada penonton, ia diperkuatkan dengan isu mempertahankan harta orang Melayu apabila memilih Kampung Baru sebagai simbolik memandangkan kawasan penempatan yang bernilai ratusan juta ringgit itu menjadi rebutan banyak pihak untuk melaksanakan projek pemba–ngunan.

Abang Long Fadil adalah sebuah filem gengster komedi berbentuk parodi dan yang lebih menarik lagi, ia adalah kesinambungan daripada filem KL Gangster arahan abangnya, Syamsul Yusof yang pernah mencipta sejarah kutipan ‘box-office’ tertinggi dalam industri perfileman tanah air pada 2011.

Selain Zizan Razak selaku Abang Long Fadil, filem yang menggunakan hampir 60 peratus teknik kesan khas dan bakal menjengah pawagam pada 29 Mei ini, turut menampil–kan pelakon hebat lain antaranya Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Kamal Adli, Soffi Jikan, Tauke Raja Lawak, Yassin Senario, Arman Graseka dan Harun Salim Bachik. -Harian Metro