Showing posts with label Penganjur. Show all posts
Showing posts with label Penganjur. Show all posts
Sunday, 26 October 2014
AKHIRNYA!!! Penganjur Program "I Want To Touch A Dog" Mohon Maaf
PETALING JAYA - Syed Azmi Abhalshi, lelaki di sebalik pengajuran program yg mencetus kontroversi "I Want To Touch A Dog" telah memohon maaf kerana program itu telah mencetuskan kemarahan dari orang ramai.
Namun, aktivis sosial itu menegaskan bahawa program itu bertujuan untuk mendidik, dan bukan untuk mempromosikan liberalisme seperti yg didakwa oleh sesetengah pihak.
"Saya menganjurkan acara ini kerana Allah, bukan untuk menyimpangkan kepercayaan orang ramai, cuba untuk mengubah undang-undang Islam, mengolok-olokkan ulama atau menggalakkan pluralisme," katanya pada sidang akhbar di Kelab Sri Selangor di sini, pada hari Sabtu.
Dari kenyataan rasminya, dia juga mengaku terdapat kelemahan pada program tersebut, dan meminta maaf atas kesulitan keranan program tersebut.
Selepas membaca kenyataan itu, Syed Azmi meninggalkan sidang akhbar itu dan tidak mengambil apa-apa soalan dari yg hadir.
Peguamnya Syahredzan Johan berkata, beliau terpaksa meninggalkan sidang tersebut untuk keselamatan dirinya atas sebab beberapa ancaman bunuh yg diterimanya.
Thursday, 23 October 2014
TERKINI!!! Penganjur Kempen Anjing Diugut Bunuh
Penganjur program 'sentuh anjing' Syed Azmi Alhabshi kini berdepan dengan ancaman bunuh dan tuduhan murtad.
Selepas menerima pujian daripada ramai rakyat Malaysia kerana kerja amalnya, Syed Azmi Alhabshi kini menjadi sasaran ancaman bunuh dan tuduhan murtad daripada orang Melayu-Islam di media sosial.
Kebanyakan orang Melayu sangsi dengan keberaniannya menganjurkan acara untuk mendidik orang ramai mengenai pendirian Islam tentang anjing, menyebarkan nombor telefon bimbitnya atas talian, sementara di aplikasi WhatsApp, mesej dihantar mengatakan dirinya seorang Kristian yg menyamar.
Sebelum ini Syed Azmi mudah untuk dihubungi melalui telefon bimbitnya atau Facebook, kini beliau menghilangkan diri. Tetapi di Facebook, rakan-rakannya, keluarga dan jiran dari Taman Tun Dr Ismail memberikan respons terhadap ancaman bagi pihaknya.
Bagaimanapun, kebanyakan ancaman beliau terima melalui komen terhadap posting di Facebook oleh Ustaz Mohd Kazim Elias yg menyelar acara tersebut.
“Saya dengan pandangan ustaz dan saya rasa penganjur ni jenis buta hati dan cetek ugama dan suka merosakkan ugama dan patut rejam sampai mati. He he,” tulis Ghas Ku.
“Meh sini aku bagi sedas pelempang baru ada akal sikit penganjur tu,” tulis Hafizzulnaim Samsuddin.
Seorang lagi pengguna Facebook Yusoff Ashaari mengatakan selain daripada mengambil tindakan terhadap Syed Azmi, orang ramai seharusnya mencari wanita-wanita yg mengambil gambar bersama anjing dalam acara tersebut, menarik tudung mereka untuk melihat sama ada mereka menggunakan kalung salib atau menyembunyikan tatu.
“Ustaz, penganjur ni benar-benar anjing,” tulis Han Khalief.
Melalui akaun Facebooknya, Kazim menuduh program tersebut sebagai percubaan untuk memperkenalkan idea “liberal” atau “plural” kepada umat Islam dan menambah ianya akan memberi laluan kepada kempen menyentuh dan memakan babi.
Program yg diadakan pada Ahad di Bandar Utama terbukti begitu popular dengan kehadiran hampir 1,000 orang yg mengambil bahagian dan belajar tentang anjing dan pandangan Islam terhadapnya.
Kebanyakan yg hadir mengambil peluang untuk menyentuh anjing daripada pelbagai baka termasuk chow-chow, huski, German Shephard dan poodle dibawa ke acara tersebut oleh pemiliknya.
Sukarelawan di acara tersebut juga menunjukkan bagaimana proses pembersihan dipanggil sertu atau samak yg melibatkan membasuh bahagian berkaitan enam kali dengan air bersih dan sekali dengan tanah.
Bagaimanapun, kebanyakan Melayu – orang alim dan orang biasa merasa tersinggung dengan gambar orang Islam bermesra dan menyentuh anjing.
Di blog popular Sirap Limau, seorang pangguna internet Salsaparila menulis: “Memang celaka bangsat penganjur sial ni. Yang datang pun bodoh bangang takde otak punya orang. Harap-harap nanti mamat sial ni mati la kena gigit anjing.”
Sementara mesej WhatsApp dikatakan daripada Majlis Agama Putrajaya disebarkan kepada umum.
Mesej tersebut mendakwa Syed Azmi merupakan seorang Kristian yg mahu menyebarkan ajaran Syiah dan menyamar menjadi ustaz selama setahun.
“Dari sumber yg sahih, dia sudah membayar semua organisasi Melayu Islam yang ada di Malaysia agar rancangan berjalan dengan lancar.
“Tujuannya adalah ingin menyebarkan agama baru seperti Syiah tetapi beliau secara halus dan tidak menampakkan rancangan beliau,” tulis mesej tersebut.
Pengguna Facebook Terompah Besi memuat naik mesej sama akan tetapi tidak menyatakan ianya daripada Majlis Agama Putrajaya.
Beliau juga menyelitkan sebaris ayat mengatakan “berkemungkinan ini sebahagian agenda Yahudi untuk mengkristiankan orang-orang Islam di Malaysia dengan cara halus dan menggunakan laluan dari pemimpin DAP.”
Sekurang-kurangnya dua laporan polis dilakukan terhadap acara tersebut menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim.
“Laporan dilakukan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya dengan pengadu mendakwa sensitiviti umat Islam dipersendakan.
“Sudah diputuskan laporan polis itu akan dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk tindakan susulan.”
Tuesday, 21 October 2014
KECOH!!! Izzah: Tahniah penganjur acara sentuh anjing
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengucapkan tahniah kepada penganjur dan orang ramai yg hadir pada satu acara yg membolehkan pengunjung, termasuk umat Islam, menyentuh anjing hari ini.
Dalam kemas kini status Twitternya, beliau menyindir Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya yg sebelum ini pernah menyebut bahawa 'kempen sentuh anjing' itu sangat janggal.
“Islam juga mengenai belas kasihan. Tahniah (penganjur) Syed Azmi (Alhabshi) dan semua yg datang,” tulis Nurul Izzah, hari ini.
Namun, Fathul Bari membalas status itu dengan mengatakan: “YB Nurul Izzah, umat Islam sokong kempen ‘ihsan’ ke atas haiwan, termasuk anjing. Cuma kempen ‘touch (a) dog’ (sentuh anjing) sangat janggal,” katanya.
Melalui interaksi terkini, Ahli Parlimen Pantai Dalam itu menyindir Fathul Bari dengan berkongsi paparan skrin gambar surat, dipercayai daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
“Untuk ‘haters’ (mereka yg tidak suka) di luar sana, termasuk Ustaz Fathul Bari, acara termasuk tazkirah ringkas oleh ustaz (Mais),” katanya.
Kemudian Fathul Bari membalas: “YB Nurul Izzah, jangan emosi. Saya hanya sebut ‘sangat janggal’. Jangan bimbang OK. Saya tidak setuju konsep tersebut dan itu adalah hak saya memberikan pendapat.”
Hari ini berlangsung acara ‘I Want To Touch a Dog’ (Saya ingin sentuh anjing) di Central Park, Bandar Utama, yg bertujuan membantu orang ramai, terutamanya umat Islam, untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing dan dilaporkan mendapat sambutan.
Memetik laporan sebuah portal, sebelum acara bermula, sebuah forum memberi peluang kepada orang ramai membangkitkan kemusykilan kepada seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan.
Orang ramai turut diberi taklimat dan diberi tunjuk ajar cara melakukan samak yg betul sekiranya ada yg was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.
Wednesday, 10 September 2014
Penganjur Malaysia Layan Bunkface Macam Sampah!
Penganjur Malaysia Layan Bunkface Macam Sampah! | "Kami sudah banyak kali terkena layanan macam sampah yang diberikan pihak penganjur untuk pembukaan konsert-konsert artis luar negara.
"Sudahlah tidak disediakan bilik menunggu, malah kami terpaksa berdiri menunggu di tepi pentas sehingga masa persembahan bermula, ada juga yang kami tidak sempat buat persembahan kerana mereka kata sudah tidak cukup masa dan balik tanpa sebarang bayaran pun,"
Bunkface kini telah menolak tawaran untuk melakukan persembahan pembukaan konsert artis luar negara kerana sering kali menerima layan berat sebelah daripada pihak penganjur.
Vokalis Bunkface, Sam berkata, pihak penganjur tidak menghormati dan menyediakan kemudahan yang sepatutnya diberikan kepada artis tempatan yang dipilih sebagai pembuka persembahan konsert artis luar negara.
Perkara tersebut membuatkan mereka serik untuk menerima undangan nyanyian sebagai artis pada pembukaan sesebuah acara hiburan terutama bertaraf antarabangsa.
Jelasnya, penganjur konsert seharusnya memberi layanan yang sepatutnya kepada artis-artis tempatan dan bukan terlalu mengagung-agungkan artis luar.
"Bila saya bercakap tentang ini, orang nampak seperti saya seperti terlalu demand, namun saya hanya ingin artis-artis tempatan yang buat persembahan pembukaan diberi kemudahan yang baik.
"Dulu kami memang antara kumpulan yang seringkali dipanggil untuk buat persembahan setiap kali penganjuran konsert-konsert daripada artis luar. Bagi saya persembahan pembukaan sesuai untuk kumpulan baru dari segi promosi mereka," ujarnya.
sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/09/09/bunkface-dilayan-macam-sampah/
"Sudahlah tidak disediakan bilik menunggu, malah kami terpaksa berdiri menunggu di tepi pentas sehingga masa persembahan bermula, ada juga yang kami tidak sempat buat persembahan kerana mereka kata sudah tidak cukup masa dan balik tanpa sebarang bayaran pun,"
Bunkface kini telah menolak tawaran untuk melakukan persembahan pembukaan konsert artis luar negara kerana sering kali menerima layan berat sebelah daripada pihak penganjur.
Vokalis Bunkface, Sam berkata, pihak penganjur tidak menghormati dan menyediakan kemudahan yang sepatutnya diberikan kepada artis tempatan yang dipilih sebagai pembuka persembahan konsert artis luar negara.
Perkara tersebut membuatkan mereka serik untuk menerima undangan nyanyian sebagai artis pada pembukaan sesebuah acara hiburan terutama bertaraf antarabangsa.
Jelasnya, penganjur konsert seharusnya memberi layanan yang sepatutnya kepada artis-artis tempatan dan bukan terlalu mengagung-agungkan artis luar.
"Bila saya bercakap tentang ini, orang nampak seperti saya seperti terlalu demand, namun saya hanya ingin artis-artis tempatan yang buat persembahan pembukaan diberi kemudahan yang baik.
"Dulu kami memang antara kumpulan yang seringkali dipanggil untuk buat persembahan setiap kali penganjuran konsert-konsert daripada artis luar. Bagi saya persembahan pembukaan sesuai untuk kumpulan baru dari segi promosi mereka," ujarnya.
sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/09/09/bunkface-dilayan-macam-sampah/
Subscribe to:
Posts (Atom)