Showing posts with label Sakinah. Show all posts
Showing posts with label Sakinah. Show all posts

Wednesday, 29 October 2014

SIAPAKAH!!! 4 Foto seorang artis jelita undang kejutan di majlis pertunangan Sharifah Sakinah

Sabtu lalu telah berlangsung majlis pertunangan antara pelakon Sharifah Sakinah dan juga pilihan hatinya seorang juruterbang Aliff Adha Jamil yg telah diadakan di kediaman keluarga pelakon itu di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Sharifah Sakinah tampil anggun dalam persalinan pereka fesyen terkenal Cosry berserta pelamin bertemakan taman. Pihak lelaki menghantar lima dulang hantaran berbalas tujuh dari pihak perempuan dan adat menyarung cincin disempurnakan oleh ibu Aliff, Rodzi Abdullah.

Bercakap kepada mStar Online selepas selesai majlis, Sharifah Sakinah berkata yg beliau yakin walaupun perkenalan mereka singkat selama lapan bulan sebelum mengikat tali pertunangan namun Aliff Adha merupakan pilihan yg tepat buat dirinya.

“Alhamdulillah, segala perjalanan majlis pertunangan dilalui dengan sempurna. Walaupun tempoh perkenalan hanya lapan bulan, kami sudah serasi bersama.”

“Saya kenal dia pun ketika menjadi jurulatihnya. Tidak sangka kami akan mengakhiri perhubungan ini sebagai suami isteri tidak lama lagi,”
ujar Sharifah Sakinah.

Kedua-dua pihak keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 28 Mac 2015. Tahniah didahulukan buat kedua dua buah keluarga dan bakal pengantin.



Berikut ialah 3 keping foto seorang artis jelita yg cukup misteri sehingga mengundang kejutan di majlis pertunangan Sharifah Sakinah kerana dikatakan amat menawan. Benarkah?














 


View the original article here

Wednesday, 8 October 2014

Sakinah, Aliff teruja untuk hidup bersama


Sakinah bersama kekasihnya Aliff Adha.

CERITA sensasi tidak putus-putus mengiringi perjalanan karier pelakon dan pelawak sensasi Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar atau lebih dikenali dengan panggilan Sharifah Sakinah, 26.

Selain kisah kontroversi, Sakinah yang baru dinobatkan sebagai Artis Lawak Wanita Paling Popular Anugerah Lawak Warna 2014 itu baru-baru ini dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya yang bertugas sebagai juruterbang sebuah syarikat penerbangan tempatan, Aliff Adha Jamil, 26, pada hujung tahun ini.






Berita itu tersebar menerusi laporan sebuah portal di internet baru-baru ini yang mendakwa Sakinah dan Aliff Adha bakal disatukan pada hujung tahun ini.

Sewaktu Kosmo! menghubungi Sakinah untuk bertanya mengenai berita gembira itu, pelakon tersebut memberitahu, mereka bukan mahu berkahwin hujung tahun ini, sebaliknya akan bertunang pada 25 Oktober ini dan merancang bernikah pada tanggal 28 Mac tahun depan.

Sakinah sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan anak pengarah drama dan filem terkenal Erma Fatima iaitu Ahmad Albab sekitar pertengahan tahun lalu namun hubungan mereka tidak kesampaian.

Kosmo! berbicara dengan lebih lanjut mengenai persiapan dan persediaan Sakinah menjelang hari bahagianya dengan Aliff Adha.



SAKINAH merancang untuk mengadakan majlis pertunangan dan pernikahannya bersama Aliff Adha secara sederhana.

KOSMO!: Tahniah Sakinah, difahamkan anda bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Benarkah?

SHARIFAH SAKINAH: Ya, saya akan bertunang dengan Aliff Adha pada 25 Oktober depan di kediaman keluarga saya di Taman Melati, Kuala Lumpur manakala majlis pernikahan kami insya-Allah akan berlangsung pada 28 Mac tahun depan.

Bagaimanakah persiapan menjelang majlis pertunangan yang akan berlangsung sekitar tiga minggu lagi ini?

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami cuma merancang untuk mengadakan majlis itu secara kecil-kecilan sahaja. Perkara yang sama juga akan kami lakukan pada majlis pernikahan nanti.

Bercinta senyap-senyap merancang untuk berkahwin pun tiada hebahan. Mengapakah begitu?

Bukan mahu sorok-sorok tapi dia (Aliff Adha) seorang yang pemalu dan kurang gemar mengambil tahu perihal dunia hiburan termasuk kontroversi saya selama ini. Saya menghormati pendirian dia untuk tidak terlalu menghebahkan cerita peribadi kami. Sebenarnya saya merancang untuk menjemput keluarga, teman rapat dan media pada minggu depan (minggu ini) tapi tak sangka pula cerita ini tersebar lebih awal.




Menyentuh keperibadian Aliff Adha, apakah perkara yang mengikat hubungan kalian berdua untuk kekal bersama?

Saya mengenali Aliff Adha pada awal tahun ini dan beberapa bulan lalu kami memutuskan untuk berkahwin. Berita ini direstui oleh kedua-dua belah keluarga. Dia memang seorang pendiam manakala saya pula seorang yang gila-gila dan kelakar. Perbezaan itu yang berjaya mengekalkan hubungan kami selama ini.

Sejauh manakah persediaan anda untuk menempuhi alam rumah tangga?

Saya sudah ada kerjaya dan dia pun sama. Masing-masing sudah stabil dan tiada masalah untuk kami mendirikan rumah tangga. Sepanjang mengenali satu sama lain tidak wujud sebarang halangan daripada mana-mana pihak dan kami seronok bersama malah teruja untuk menempuh fasa baharu dalam kehidupan.

Sering menjadi satu momokan, populariti seseorang artis akan malap selepas mendirikan rumah tangga. Apa pandangan anda?

Popularkah saya? (ketawa). Saya tidak melihat soal kerjaya dan populariti menjadi penghalang untuk seseorang artis berumah tangga kerana artis pun mempunyai kehidupan mereka sendiri dan memerlukan pasangan dalam hidup. Saya tidak takut akan situasi berkenaan dan saya menjadikan kakak-kakak saya (Sharifah Norhaslida dan Sharifah Shahirah) sebagai idola. Jika mereka mampu bertahan dalam industri namun pada masa sama mampu menguruskan keluarga mengapa tidak saya? Tiada beza pun kalau bertukar status kerana saya berada dalam industri untuk bekerja.

Apakah perkembangan terkini anda?

Selain sibuk menguruskan program kecergasan dan kesihatan Fitness Sakinah, saya sedang terbabit dengan penggambaran sebuah drama arahan Michael Ang berjudul Bonna & Bonnie.

View the original article here

Tuesday, 23 September 2014

Sharifah Sakinah Anggap Jihan Musa Lebih Layak Menang


Sharifah Sakinah anggap pengikut di Instagram banyak mengundinya.

Pelakon Sharifah Sakinah takut kemenangannya merangkul anugerah Artis Lawak Wanita Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2014 menjadi isu dan akan dipersoalkan banyak pihak.

Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, berkata, ia berikutan belum merasakan dirinya layak memeggang gelaran tersebut berbanding pesaing terdekatnya yang turut tercalon iaitu pelawak Jihan Musa.






"Kemenangan ini bukan terbaik tetapi mengikut populariti dan undian peminat, kalau diikutkan memang saya tidak layak untuk menang kerana lawak saya tidak sehebat Jihan.

"Saya takut kemenangan ini akan jadi isu dan orang ramai akan persoalkan kerana saya tidak lawak macam pelawak lain," ujarnya kepada mStar Online.

Sakinah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemenangannya di kategori Pelakon Komedi Wanita (Popular) di Anugerah Lawak Warna 2014 yang diadakan di Teater Selangor, malam Jumaat.



Jihan turut membuat persembahan bersama kumpulannya SYJ pada majlis anugerah tersebut.

Katanya, dia turut mengundi Jihan Musa dalam kategori tersebut kerana memikirkan wanita itu layak memenangi kategori tersebut.

Bagaimanapun, katanya, dia menerima kejayaan itu sebagai satu rezeki untuk dia terus aktif dalam genre komedi.




"Saya rasa yang mengundi saya ialah peminat di Instagram kerana pengikut saya ramai beratus ribu walaupun separuh daripadanya pembenci tetapi pengikut itu benar-benar peminat yang mahu saya menang.

"Oleh itu saya ambil sikap positif dan terima kemenangan ini sebagai rezeki," ujarnya.

Dalam pada itu, Sakinah berkata kemenangan tersebut memberi semangat kepadanya untuk terus belajar tentang komedi dan memperbaiki mutu lakonan komedinya pada masa akan datang.

"Saya masih baru dan banyak yang perlu belajar terutama tentang komedi, saya mahu orang ramai melihat bekat saya seiring dengan anugerah yang saya dapat ini," katanya.

View the original article here

Sunday, 21 September 2014

GEMPAR! Penampakan 'Karipap Panas' Sharifah Sakinah

Siapa tak kenal akan pelakon jelita Sharifah Sakinah yang mempunyai kelab kesihatan iaitu 'fitnessakinah'. Sudah pasti beiau kerap bersenam dan mempunyai bentuk tubuh badan yang manawan.

Akhir akhir ini, beliau dikecam dengan komen yang kurang enak dibaca. Akaun Instagram yang diwujudkan untuk tujuan tersebut mendapat 'feedback', @fitnessakinah mendapat sambutan yang menggalakkan. Dalam dua minggu diwujudkan, akaun tersebut mempunyai hampir 20,000 orang pengikut dan bilangannya semakin bertambah,” 

Namun tak semua menyukai aktivitinya itu apabila Sakinah memakai pakaian seksi yang terlampau menjolok mata. Sudah pastilah ia menjadi lumrag kehidupan kerana setiap manusia mempunyai perspektif yang berbeza.

Kebanyakkannya adalah kaum lelaki yang melemparkan komen yang kurang enak, malah ada yang menggelarnya 'Karipap Panas'.







View the original article here

Wednesday, 17 September 2014

GEMPAR! Penampakan 'Karipap Panas' Sharifah Sakinah

Siapa tak kenal akan pelakon jelita Sharifah Sakinah yang mempunyai kelab kesihatan iaitu 'fitnessakinah'. Sudah pasti beiau kerap bersenam dan mempunyai bentuk tubuh badan yang manawan.

Akhir akhir ini, beliau dikecam dengan komen yang kurang enak dibaca. Akaun Instagram yang diwujudkan untuk tujuan tersebut mendapat 'feedback', @fitnessakinah mendapat sambutan yang menggalakkan. Dalam dua minggu diwujudkan, akaun tersebut mempunyai hampir 20,000 orang pengikut dan bilangannya semakin bertambah,” 

Namun tak semua menyukai aktivitinya itu apabila Sakinah memakai pakaian seksi yang terlampau menjolok mata. Sudah pastilah ia menjadi lumrag kehidupan kerana setiap manusia mempunyai perspektif yang berbeza.

Kebanyakkannya adalah kaum lelaki yang melemparkan komen yang kurang enak, malah ada yang menggelarnya 'Karipap Panas'.







View the original article here

Monday, 1 September 2014

Sharifah Sakinah Akui "Pilot" Kekasih Terbarunya

Sharifah Sakinah Akui "Pilot" Kekasih Terbarunya | "Yelah. Memang bercinta dengan dia, cuma taknak kecoh-kecoh sangat. Saya malas nak kecoh-kecoh sebab dia tak suka sangat. Tapi sekarang orang dah mula bercakap, terpaksalah mengiyakan.

Sharifah Sakinah Akui

"Cuma dia tak mahu terlalu mencanangkan hubungan ini demi privasinya dan tak nak orang meluat pulak. Saya tak ada masalah berkongsi cuma tak bolehlah terlalu banyak sebab dia tak nak diganggu atau disindir di tempat kerja."


Begitulah pengakuan Sharifah Sakinah mengenai desas desus kekasih terbarunya seorang pilot yang dipetik menerusi laman hiburan Beautifulnara.

Sharifah Sakinah juga dilaporkan enggan mencanang/kepoh tentang kekasihnya itu kerana menghormati permintaan beliau yang mahukan privasi.

Tambah Sharifah, mereka berdua sebenarnya telah menjalinkan hubungan cinta sejak awal tahun lagi.


sumber
http://beautifulnara.com/sharifah-sakinah-akui-bercinta-dengan-juruterbang-sejak-awal-tahun/

View the original article here