Showing posts with label Jelita. Show all posts
Showing posts with label Jelita. Show all posts

Wednesday, 29 October 2014

SIAPAKAH!!! 4 Foto seorang artis jelita undang kejutan di majlis pertunangan Sharifah Sakinah

Sabtu lalu telah berlangsung majlis pertunangan antara pelakon Sharifah Sakinah dan juga pilihan hatinya seorang juruterbang Aliff Adha Jamil yg telah diadakan di kediaman keluarga pelakon itu di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Sharifah Sakinah tampil anggun dalam persalinan pereka fesyen terkenal Cosry berserta pelamin bertemakan taman. Pihak lelaki menghantar lima dulang hantaran berbalas tujuh dari pihak perempuan dan adat menyarung cincin disempurnakan oleh ibu Aliff, Rodzi Abdullah.

Bercakap kepada mStar Online selepas selesai majlis, Sharifah Sakinah berkata yg beliau yakin walaupun perkenalan mereka singkat selama lapan bulan sebelum mengikat tali pertunangan namun Aliff Adha merupakan pilihan yg tepat buat dirinya.

“Alhamdulillah, segala perjalanan majlis pertunangan dilalui dengan sempurna. Walaupun tempoh perkenalan hanya lapan bulan, kami sudah serasi bersama.”

“Saya kenal dia pun ketika menjadi jurulatihnya. Tidak sangka kami akan mengakhiri perhubungan ini sebagai suami isteri tidak lama lagi,”
ujar Sharifah Sakinah.

Kedua-dua pihak keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 28 Mac 2015. Tahniah didahulukan buat kedua dua buah keluarga dan bakal pengantin.



Berikut ialah 3 keping foto seorang artis jelita yg cukup misteri sehingga mengundang kejutan di majlis pertunangan Sharifah Sakinah kerana dikatakan amat menawan. Benarkah?














 


View the original article here

MENARIK!!! Lagi 4 gambar jelita Nazeera, awek baru Jep Sepahtu

Entah kenapa, pelawak sememangnya selalu berjaya mencuit hati ramai wanita meskipun mereka tidak sekacak mana. Dalam hal ini, Jep Sepahtu turut tidak ketinggalan dilanda pelbagai gosip hangat dengan segelintir wanita yg didakwa sebagai kekasihnya.

Mungkin sudah penat, tambah-tambah melayan dakwaan yg dia telah mengikat tali pertunangan awal Januari lalu dengan wanita sekampung di Kluang, Johor... akhirnya membuat Jep mengakui dia kini 'amat rapat' dengan seorang pelakon.

Lebih menarik, dia juga tidak lokek untuk berkongsi fotonya bersama wanita tersebut yg dikenali sebagai Nazeera Sardi di IG miliknya.













 


View the original article here

Sunday, 25 May 2014

Disangka Gadis Jelita Rupanya Jantan Penipu

“Saya tidak tahu nak kata apa apabila tahu wanita yang saya jatuh hati itu sebenarnya lelaki Afrika,” kata seorang lelaki yang kerugian lebih RM100,000 akibat terperangkap dalam sindiket cinta Internet atau ‘love scam’ didalangi warga Afrika.



Azhar menceritakan pengalamannya kepada wartawan.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azhar, 28, berkata, dia kini hanya mampu menangis selain menyesali kebodohan diri gara-gara kemaruk cinta terhadap wanita bernama Alina yang dikenali menerusi kiriman e-mel pada Julai tahun lalu.

“Dalam e-mel dikirimnya, Alina memberitahu, dia tinggal di United Kingdom (UK). Bapanya rakyat Malaysia manakala ibunya warga Eropah dan sekarang dia mahu datang ke negara ini untuk mencari keluarga bapanya.

“Dia turut memberi satu alamat yang kononnya alamat terakhir keluarga bapanya. Saya membuat pemeriksaan di Internet dan mendapati alamat itu wujud menyebabkan saya menyambut salam persahabatannya,” katanya, semalam.

Pada mulanya, Azhar yang juga seorang kakitangan awam sekadar mahu berkawan sebelum jatuh hati dengan cara wanita itu berkomunikasi dengannya selepas sebulan berkenalan.