Showing posts with label Samsudin. Show all posts
Showing posts with label Samsudin. Show all posts

Sunday, 26 October 2014

GAMBAR!!! Yana Samsudin Yang Terkini




Terkini Yana amat berbeza dr awal kemunculannya dulu. Penampilan yana ini lebih 

menyerlah dan bersei-seri malah perubahan pada wajahnya begitu berbeza dimana 

hidungnya agak sedikit mancung. Kemantapan body yana samsudin membuatkan 

para jurugambar teringin sangat nak merakam gambarnya yg kini hangat diperkatakan.

Menurut beberapa sumber,perubahan pada wajah pelakon popular ini telah menimbulkan

banyak spekulasi sehingga ada pihak yg mendakwa yana samsudin telah melakukan 

pembedahan kosmetik?.

Yana samsudin mula dikenalis sejak membintangi beberapa buah filem dan drama dan 

seterusnya menjadi tumpuan ramai pada majlis anugerah skrin 2013.




Terbaru,yana samsudin sekali lagi menjadi tumpuan para jurugambar di hari majlis 

pengunguman finalis anugerah bintang popular berita harian 2013 yg telah berlangsung 

di kuala lumpur beberapa hari yg lalu.



 


View the original article here

Thursday, 25 September 2014

Kalah, menang adat bertanding - Yana Samsudin


YANA SAMSUDIN menafikan bahawa dia berasa kurang puas hati terhadap kemenangan Maya Karin dalam kategori Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) pada acara Anugerah Lawak Warna, baru-baru ini.

"ITU reaksi biasa daripada peminat," tutur Yana Samsudin, 29, ketika ditanya berhubung dakwaan sebuah blog hiburan yang mengatakan, dia tidak berpuas hati terhadap kemenangan pelakon Maya Karin pada Anugerah Lawak Warna menerusi laman Twitternya baru-baru ini.

Pada malam penganjuran anugerah tersebut, peminat kepada pelakon filem Adnan Sempit itu tidak putus-putus menghantar tweet berbaur tidak puas hati kepadanya.

Menerusi tweet berkenaan, mereka seperti tidak bersetuju dengan pemilihan Maya Karin sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) untuk filem Sejoli.






Pada pendapat mereka, Yana yang tercalon menerusi filem Adnan Sempit 3 patut memenangi anugerah tersebut, bukannya Maya.

Bagaimanapun, tindakan Yana yang menjawab tweet tersebut menggunakan fungsi ulang tweet (retweet) telah menimbulkan pelbagai persoalan dan spekulasi.

Menjawab sendiri persoalan tersebut kepada Kosmo!, Yana berkata, dia tidak berniat mahu menimbulkan sebarang sengketa dengan Maya. Dia berbuat demikian semata-mata mahu menjawab tweet yang dihantar oleh peminatnya.

Kosmo!: Adakah benar Yana tidak berpuas hati dengan kemenangan Maya Karin tempoh hari?

YANA: Saya tidak pernah rasa kurang senang dengan kemenangan rakan-rakan artis lain pada setiap penganjuran majlis anugerah. Rezeki masing-masing kita tidak boleh jangka.

Mengapakah anda bertindak mengulang tweet peminat yang tidak berpuas hati dengan kemenangan Maya?

Saya sudah terbiasa dengan cara begitu. Lagipun, saya kerap menjawab soalan-soalan yang diajukan daripada peminat menerusi Twitter. Biasalah, peminat akan sedih jika artis kegemaran mereka kalah dalam sesebuah anugerah.

Apakah tujuan utama anda mengulang tweet dan menjawab luahan hati para peminat anda?

Sejujurnya, saya tidak tahu perkara sebegini pun boleh dijadikan isu oleh penulis blog. Justeru, jawapan yang saya berikan kepada peminat bertujuan untuk memujuk mereka supaya menerima apa yang telah diputuskan.

Bagaimana pula dengan tindakan penulis blog yang gemar memperbesarkan isu-isu kecil seperti ini?

Saya pun tidak faham kenapa penulis blog tersebut tidak memaparkan balasan tweet-tweet yang lain. Mungkin kerana adanya nama Maya Karin, terus isu ini diperbesarkan. Pada dasarnya, saya langsung tidak berkecil hati.




Apa pendapat anda tentang kekalahan di dalam anugerah berkenaan?

Kalah atau menang, itu adat pertandingan. Lagipun, Anugerah Lawak Warna diadili oleh juri-juri profesional. Jika seseorang artis diiktiraf, maka dia memang benar-benar layak.

Pada pendapat anda, apakah rasionalnya penganjuran anugerah yang dikhususkan untuk genre komedi?

Secara peribadi, Anugerah Lawak Warna merupakan satu anugerah yang baik. Menerusi platform ini, pelawak dan karya bergenre komedi dapat dinilai dan diiktiraf.

Anda begitu terkenal dengan watak komedi. Adakah anda akan kekal dengan genre berkenaan?

Saya tidak boleh bersifat selektif. Saya perlu mencuba semua watak yang ditawarkan agar setiap kelemahan dapat diperbaiki.

Apakah perkembangan terbaharu anda?

Buat masa ini, saya sibuk mengikuti promosi jelajah bersama Kopi Super. Jadi, aktiviti lakonan terpaksa diperlahankan seketika.

View the original article here

Monday, 22 September 2014

Yana Samsudin Bertegas Tidak Lakukan Pembedahan Wajah


Wajah Yana Samsudin dahulu (kiri) dan sekarang (kanan).

Pelakon Yana Samsudin tidak tertekan dengan cakap-cakap orang yang masih lagi mempercayai berita kononnya dia telah melakukan pembedahan pada wajahnya.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 30, berkata, walaupun sudah berpuluh kali menafikan menjalani pembedahan itu, dia tetap dituduh cuba menyembunyikan hal berkenaan dan tidak bercakap benar.






"Saya tak kecil hati pun bila orang kata saya buat (pembedahan) muka. Nak buat macam mana, saya sudah jelaskan segala-galanya tetapi mereka tetap persoalkan wajah saya yang kononnya berubah.

"Tetapi saya mengakui, dari kecil sampai ke besar, muka saya berubah sedikit dari semasa ke samasa. Tetapi tidaklah ketara sangat. Bukan saya sahaja, adik saya pun begitu," katanya kepada mStar Online.

Pada awal Januari lalu, Yana dikatakan melakukan pembedahan plastik dengan mengubah wajahnya menjadi lebih tirus selain telah pembedahan memancungkan hidung.

Bagaimanapun pelakon filem Adnan Sempit Sawadikap itu menafikannya dan menjelaskan penggunaan pendakap gigi sejak November 2013 yang menyebabkan tulang rahangnya berubah.




Sementara itu, Yana memberitahu, dia tidak pernah mempercayai pembedahan plastik semata-mata untuk kecantikan kerana apa yang dilihat, wajah seseorang itu tidak akan berubah banyak seperti yang diinginkan.

"Berdasarkan pemerhatian saya, individu yang menjalani pembedahan plastik atau suntikan botoks tidaklah menunjukkan perubahan wajah yang ketara.

"Dan saya pelik kenapa sesetangah wanita begitu obses mahu berbuat demikian. Sedangkan mereka tahu dengan risiko yang bakal dihadapi pada masa akan datang nanti," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, sebagai seorang wanita yang mementingkan kecantikan, Yana lebih senang menjalani rawatan kuntur wajah agar sentiasa kelihatan muda.

"Rawatan kuntur wajah adalah antara aplikasi kecantikan yang saya suka kerana membentuk wajah kita agar kelihatan lebih kemas.

"Selain itu saya juga mengamalkan pengambilan makanan tambahan serta ulam-ulaman. Itu sahaja," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Yana yang kini menjadi duta kepada produk kopi iaitu Super Food Marketing Sdn Bhd (SUPER), bersama aktor Izzue Islam kini sibuk dengan promosi jelajah di seluruh negara.

Yana akan berehat daripada lakonan selama sebulan bagi memberi fokus kepada promosi tersebut.

View the original article here