Showing posts with label Tangan. Show all posts
Showing posts with label Tangan. Show all posts

Friday, 24 October 2014

Budak 9 Tahun Masih Selamber Walaupun Tangan Putus Di Sambar Beruang

Gambar-gambar yang mengejutkan menunjukkan saat-saat seorang kanak-kanak lelaki kehilangan lengannya tersebut ketika menepuk badan beruang yang berada didalam kandang, tiba2 beruang tersebut menyambar tangan kanak-kanak itu dan merobek lengan nya sehingga putus.

Anggota tangannya yang terputus beliau masih boleh dilihat berrada di lantai dalam kandang beruang itu, hanya beberapa minit selepas serangan ganas.

Kanak-kanak berusia sembilan tahun berdiri sambil menahan sakit walaupun kelihatan tulang menonjol dari mana lengannya di banjiri darah pada bajunya.

Dia berdiri bersahaja, tidak menangis, menunggu kakitangan perubatan tiba. Kejadian yang belaku di Hebin Park Zoo, di bandar Pingdingshan di tengah-tengah wilayah Henan China, bersama dengan datuknya.

Apabila datuknya pergi untuk membeli gula-gula, kanak-kanak itu naik di atas rel keselamatan untuk berada lebih dekat dengan haiwan dan pada ketika iitu beruang meletakkan kepalanya melalui bar dan meraih kanak-kanak itu dengan lengannya.





View the original article here

Saturday, 20 September 2014

Video Ngeri Kena Potong Tangan Akibat Curi Kambing

Petang Ahad lalu, Josemar Ferreira de Sousa parah diserang dengan parang dari kepalanya hingga ke kaki dan kedua-dua tangan dipotong.

Penyerang, Norberto da Silva berusia yang berusia 40 tahun, dikata telah menyerang de Sousa hingga parah kemudian menghubungi polis kerana mencuri kambing beliau.

Apabila pihak polis tiba, mereka segera menahan da Silva Moraes kerana cubaan membunuh. De Sousa telah dipindahkan ke hospital dalam keadaan kritikal tetapi dijangka masih betahan untuk hidup.lihat sini link 

View the original article here

Wednesday, 4 June 2014

Tangan Anwar retak terlibat nahas jalan raya, Wan Azizah selamat



Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur, jam 10 malam tadi.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata ketua pembangkang itu mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu.

Bagaimanapun, katanya, ahli Parlimen Permatang Pauh itu berada dalam keadaan selamat dan tidak memerlukan pembedahan.


Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Anwar dan Dr Wan Azizah dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Damansara Specialist di Damansara Utama, Petaling Jaya. – 14 Mei, 2014.

View the original article here

Friday, 30 May 2014

CANGGIH! Pistol Boleh Ditembak Jika Si Penembak Pakai Jam Tangan Khas.


Sebuah syarikat pembuat senjata api, Armatix mengeluarkan sepucuk pistol pintar yang hanya boleh ditembak oleh pemiliknya sahaja.

Pistol tersebut hanya boleh ditembak sekiranya si penembak memakai sebuah jam tangan khas yang berkomunikasi dengan satu cip di dalam senjata api berkenaan melalui isyarat radio.

Sekiranya pistol yang dikenali sebagai Armatix iP1 itu digerakkan sejauh 25 sentimeter dari jam berkenaan, ia tidak akan berfungsi.

Pistol itu dijual pada harga AS$1,800 (RM5,794) dan boleh dibeli di laman web syarikat itu di www.armatix.de.

Sebelum ini, seorang pemilik kedai senjata api di negeri Maryland membatalkan rancangan menjual pistol pintar tersebut selepas dikecam banyak pihak termasuk diugut bunuh. - REUTERS








View the original article here