Pihak polis Pakistan menahan seorang lelaki dan adiknya kerana mereka disyaki memakan seorang bayi yang baru dilahirkan selepas kepala kanak-kanak itu dijumpai di rumah mereka, kata para pegawai.
Lelaki tersebut, Farman Ali, 37, ditahan sehari selepas polis menangkap abangnya, Mohammad Arif, 40, selepas penemuan kepala bayi di rumah mereka di satu daerah terpencil di wilayah Punjab.
Kedua-dua beradik itu sebelum ini pernah ditahan dan dihukum penjara selama dua tahun kerana memakan mayat wanita berusia 24 tahun dalam satu kes yang mengejutkan negara itu pada 2011.
Mohammad Arif memberitahu polis, Farman Ali mencuri mayat bayi berusia dua hari itu di sebuah tanah perkuburan di Kampung Darya Khan yang terletak kira-kira 300 kilometer dari selatan Islamabad.
Katanya, mereka kemudiannya melapah sebelum memasak dan memakan mayat bayi itu.
Ketua Polis Bhakkar, Ameer Abdullah berkata, Farman Ali ditahan pada Selasa lalu dan kedua-dua suspek telah didakwa di sebuah mahkamah.
Polis menyatakan, isteri kedua-dua lelaki itu telah meninggalkan mereka beberapa tahun lalu. –Agensi

No comments:
Post a Comment