Sunday 25 May 2014

Guru Nyaris Di Rogol Jiran

Seorang guru terkejut apabila jirannya tiba-tiba masuk ke rumahnya lalu menerpa dalam cubaan rogol di Taman Kasih Putera dekat sini, minggu lalu.



Dalam kejadian kira-kira 2 petang, mangsa berusia 28 tahun baru selesai solat Zuhur sebelum terdengar bunyi pintu pagar rumahnya dibuka.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa bergegas ke hadapan rumah dan dia dikejutkan dengan kehadiran jirannya.

“Suspek hanya berseluar pendek dan mengarahkan mangsa diam sebelum menolaknya.

“Mangsa yang ketakutan terus menendang suspek dan berjaya melarikan diri untuk meminta pertolongan,” katanya.

Suspek kemudian keluar dari rumah mangsa dan memaklumkan kepada jiran mangsa dia mahu menyelamatkan mangsa kononnya ada individu lain menceroboh rumah itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul. –Sinar Harian Online


 

No comments:

Post a Comment