Conchita Wurst
Wurst yang turut dikenali sebagai mak nyah berjambang atau ‘Bearded Drag Queen’ telah menyampaikan lagu Rise Like a Phoenix dalam pertandingan tersebut.
Penyertaan Wurst, 25, atau nama sebenarnya Tom Neuwirth ke dalam pertandingan tersebut sebelum ini telah menarik perhatian ramai dan ianya dibimbangi akan mencetuskan kontroversi di negara-negara konservatif.
“Kita tetap bersatu dan tiada yang dapat menghalangnya” katanya ketika memenangi pertandingan tersebut dengan 290 markah.
Peserta tempat kedua dari Netherland memperolehi 230 markah.
Sejak pertandingan Eurovision ini diadakan pada tahun 1956, pengundian sering dikaitkan dengan politik dan pada tahun ini, ada ura-ura mengatakan penonton akan memberikan mata kepada Rusia.
Negara Azerbaijan dan Belarus memberikan markah yang tinggi kepada peserta Rusia, Tolmachevy Sisters yang mendendangkan lagu Shine.
Wurst tidak menjadi calon kegemaran sehinggalah di sesi separuh akhir pada Khamis.
Wurst juga mendapat banyak tentangan dari Rusia, Ukraine dan Belarus agar disingkirkan dari pertandiangan.
Di Austria, pemimpin sayap kanan, parti FPOe menggelarkan persembahan Wurst sebagai ‘tidak masuk akal’.
“Saya tidak ada rasa malu. Saya takkan berhenti untuk memukaukan penonton dengan janggut ini” katanya kepada AFP.
Wurst tidak dapat menahan emosi ketika diumumkan sebagai pemenang.
Kebanyakan markah yang diperolehinya adalah hasil undian negara Britain, Sweden dan Netherland.
Sumber
No comments:
Post a Comment