Showing posts with label pertandingan. Show all posts
Showing posts with label pertandingan. Show all posts
Monday, 17 November 2014
Hanya Ada Di Jepun Pertandingan Yang Memalukan Dan Gila
Zaman dahulu ada sebuah pertandingan unik di Jepun yang bernama He-Gassen (Perang Kentut). Festival ini merupakan sebuah tardisi orang-orang Jepun zaman dulu yang melepaskan kentut dimana saja mereka mahu. Mereka kentut ke arah orang lain, ke batang pokok, ke kuda, ke kucing, dan benda-benda malang yang lain.
Donald Richie yang dikenali sebagai pengkritik filem Jepun pernah menulis "Walaupun kentut jelas bukanlah fenomena yang perlu diperhatikan secara khusus di Jepun, sikap orang Jepun terhadapnya, saya fikir, unik"
Menurut Donald Richie, di Jepun ada lipatan sejarah yang dikenali sebagai "He-Gassen" dan menggambarkan "pertandingan kentut". Gambar dibawah yang dikutip dari laman web Universiti Waseda yang mempunyai lukisan "He-Gassen" tersebut.
Menurut maklumat dari Universiti Waseda, lukisan "He-Gassen" di atas dibuat pada tahun 1846, akhir zaman Edo (1603-1868) di Jepun. Lukisan yang menggambarkan orang-orang yang bertempur dengan kentut ini mempunyai daya tarikan yang sangat misteri sebagai karya seni, sehingga membuat kita yang melihatnya pasti bertanya-tanya.
Beberapa tahun yang lalu, pertandingan kentut pernah diadakan dalam sebuah acara komedi di TV Jepun. Dalam pertandingan tersebut, orang yang kentutnya paling kuat akan menjadi juara (tidak berkaitan dengan bau dan lamanya kentut). lihat video di bawah
Sunday, 12 October 2014
Jom Lihat Pertandingan Memilih Pasangan Orang Asli Di Nigeria
Gerewol adalah satu pertandingan ritual tahunan di kalangan rakyat Wodaabe Fula Niger. Anak-anak muda yang memakai hiasan rumit dan terdiri dalam lukisan tradisional muka berkumpul satu barisan menari dan menyanyi, berlumba-lumba untuk menarik perhatian wanita muda untuk menjadi pasangan.
Guérewol yang di adakan pada setiap tahun sebagai tradisi nomad penggembala lembu Wodaabe berkumpul di pinggir selatan Sahara sebelum bersurai selatan di padang rumput musim kering mereka.
Para lelaki ini berbadan kurus, dengan wajah yang simetri dan bergigi emas. Mereka kemungkinan memenuhi persyaratan kekacakan setelah mengecat muka dengan tanah liat berwarna merah, putih dan kuning.
Pertandingan yang dikenali dengan nama (Gerewol) ini diadakan untuk memperingati kesuburan dan hujan di wilayah pinggir Sahara Afrika yang kering.
Pemenang pertandingan ini akan diberi peluang untuk menjadi kekasih kepada juri-juri yang mereka ingini.
Guérewol yang di adakan pada setiap tahun sebagai tradisi nomad penggembala lembu Wodaabe berkumpul di pinggir selatan Sahara sebelum bersurai selatan di padang rumput musim kering mereka.
Para lelaki ini berbadan kurus, dengan wajah yang simetri dan bergigi emas. Mereka kemungkinan memenuhi persyaratan kekacakan setelah mengecat muka dengan tanah liat berwarna merah, putih dan kuning.
Pertandingan yang dikenali dengan nama (Gerewol) ini diadakan untuk memperingati kesuburan dan hujan di wilayah pinggir Sahara Afrika yang kering.
Pemenang pertandingan ini akan diberi peluang untuk menjadi kekasih kepada juri-juri yang mereka ingini.
Monday, 2 June 2014
Unik! Pertandingan Melukis Pada Badan Kerbau Yang Menakjubkan.
Satu pertandingan menghasilkan lukisan pada kerbau diadakan di China baru-baru ini.
Pertandingan unik itu berlangsung di daerah ini, dalam wilayah Yunnan, barat daya China.
Sejumlah artis seni dari lapan buah negara mengambil bahagian dalam acara tersebut bagi merebut hadiah pertama berjumlah 100,000 yuan (RM51,500).
Pelbagai lukisan telah dihasilkan manakala panel juri memilih karya yang bukan sahaja cantik tetapi memiliki nilai-nilai murni sebagai pemenang. - AFP
Sunday, 25 May 2014
Mak nyah berjambang menang pertandingan nyanyian di Denmark
Conchita Wurst
Wurst yang turut dikenali sebagai mak nyah berjambang atau ‘Bearded Drag Queen’ telah menyampaikan lagu Rise Like a Phoenix dalam pertandingan tersebut.
Penyertaan Wurst, 25, atau nama sebenarnya Tom Neuwirth ke dalam pertandingan tersebut sebelum ini telah menarik perhatian ramai dan ianya dibimbangi akan mencetuskan kontroversi di negara-negara konservatif.
“Kita tetap bersatu dan tiada yang dapat menghalangnya” katanya ketika memenangi pertandingan tersebut dengan 290 markah.
Peserta tempat kedua dari Netherland memperolehi 230 markah.
Sejak pertandingan Eurovision ini diadakan pada tahun 1956, pengundian sering dikaitkan dengan politik dan pada tahun ini, ada ura-ura mengatakan penonton akan memberikan mata kepada Rusia.
Negara Azerbaijan dan Belarus memberikan markah yang tinggi kepada peserta Rusia, Tolmachevy Sisters yang mendendangkan lagu Shine.
Wurst tidak menjadi calon kegemaran sehinggalah di sesi separuh akhir pada Khamis.
Wurst juga mendapat banyak tentangan dari Rusia, Ukraine dan Belarus agar disingkirkan dari pertandiangan.
Di Austria, pemimpin sayap kanan, parti FPOe menggelarkan persembahan Wurst sebagai ‘tidak masuk akal’.
“Saya tidak ada rasa malu. Saya takkan berhenti untuk memukaukan penonton dengan janggut ini” katanya kepada AFP.
Wurst tidak dapat menahan emosi ketika diumumkan sebagai pemenang.
Kebanyakan markah yang diperolehinya adalah hasil undian negara Britain, Sweden dan Netherland.
Sumber
Subscribe to:
Posts (Atom)



















