Sunday 25 May 2014

Pornografi kini satu krisis kesihatan umum - Pakar


Pornografi perlu dilhat sebagai suatu krisis kesihatan umum


WASHINGTON: Penyebaran bahan lucah atau pornografi secara meluas di Amerika Syarikat perlu dilihat secara serius sebagai suatu krisis kesihatan awam.

Menjelang sidang dua hari berkenaan eksploitasi seksual, panel aktivis berpendapat bahawa aktiviti kelucahan ini perlu ditangani setara seperti juga aktiviti merokok di kalangan remaja dan juga memandu di kala mabuk.

“Terdapat pandemik yang tidak terawat hasil daripada pornografi,” kata Pengarah Eksekutif Morality in Media, Dawn Hawkins.

Beliau merupakan aktivis yang telah berkempen menentang pornografi semenjak 1962.

“Terdapat banyak kajian sains yang mendapati bahan lucah ini sangat memberi keburukan,” Hawkins memberitahu pemberita di Kelab Wartawan Kebangsaan di Washington.

“Seperti kita tahu setiap keluarga di Amerika ini terdedah dengan bahaya pornografi ini,” katanya.

Persidangan Ikatan Henti Ekploitasi Seksual yang akan dibuka pada Jumaat di Tysons Corner di Washington mensasarkan untuk melihat pornografi sebagai suatu masalah sosial yang kompleks dan perlu diberi penekanan sebagai suatu masalah kesihatan umum.

Persidangan ini akan dihadiri oleh peserta-peserta termasuklah profesional berkenaan kesihatan, pekerja sosial, akademik, feminis, ketua agama, aktivis kempen anti-pemerdagangan manusia dan juga mantan ahli industri hiburan dewasa.

' Kuasa politik yang sewajarnya ' -

"Ini adalah perniagaan dengan pengaruh politik yang besar, " kata Gail Dines, seorang pakar sosiologi dan profesor kajian wanita di Wheelock College, Boston.

Beliau juga adalah pengarang "Pornland: Bagaimana Porno Merampas Seksualiti Kami".

Ramai pelayar Internet melayari laman-laman lucah melebihi laman-laman seperti Netflix , Amazon dan Twitter digabungkan.

“Satu pertiga daripada semua muat turun mengandungi unsur lucah dan Internet sekarang menjadi halaman kepada 4.2 juta laman web lucah , kata Dines , yang juga presiden kumpulan feminis antarabangsa Stop Porn Culture .


aStro Awani



 

No comments:

Post a Comment