Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, 27 May 2014

DNA Babi Dalam Coklat Susu Dikesan Oleh Kementerian Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia sudah sahkan dan Verified Coklat dengan kacang Hazel Cadbury Dairy Milk ada babi.




Laporan Makmal KKM Coklat Babi Coklat Susu 

dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk


Laporan Ujian Makmal Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk ada Babi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu pengesanan DNA khinzir (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei 2014. Di dalam media sosial tersebut telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.



Coklat Babi Cadbury Dairy Milk

Coklat Babi : Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk


Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan. Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine) iaitu:

(i). Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan

(ii). Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

Manakala, satu (1) lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA khinzir (porcine).

Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta.

KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya. ~ SH

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq



 

Sunday, 25 May 2014

Pornografi kini satu krisis kesihatan umum - Pakar


Pornografi perlu dilhat sebagai suatu krisis kesihatan umum


WASHINGTON: Penyebaran bahan lucah atau pornografi secara meluas di Amerika Syarikat perlu dilihat secara serius sebagai suatu krisis kesihatan awam.

Menjelang sidang dua hari berkenaan eksploitasi seksual, panel aktivis berpendapat bahawa aktiviti kelucahan ini perlu ditangani setara seperti juga aktiviti merokok di kalangan remaja dan juga memandu di kala mabuk.

“Terdapat pandemik yang tidak terawat hasil daripada pornografi,” kata Pengarah Eksekutif Morality in Media, Dawn Hawkins.

Beliau merupakan aktivis yang telah berkempen menentang pornografi semenjak 1962.

“Terdapat banyak kajian sains yang mendapati bahan lucah ini sangat memberi keburukan,” Hawkins memberitahu pemberita di Kelab Wartawan Kebangsaan di Washington.

“Seperti kita tahu setiap keluarga di Amerika ini terdedah dengan bahaya pornografi ini,” katanya.

Persidangan Ikatan Henti Ekploitasi Seksual yang akan dibuka pada Jumaat di Tysons Corner di Washington mensasarkan untuk melihat pornografi sebagai suatu masalah sosial yang kompleks dan perlu diberi penekanan sebagai suatu masalah kesihatan umum.

Persidangan ini akan dihadiri oleh peserta-peserta termasuklah profesional berkenaan kesihatan, pekerja sosial, akademik, feminis, ketua agama, aktivis kempen anti-pemerdagangan manusia dan juga mantan ahli industri hiburan dewasa.

' Kuasa politik yang sewajarnya ' -

"Ini adalah perniagaan dengan pengaruh politik yang besar, " kata Gail Dines, seorang pakar sosiologi dan profesor kajian wanita di Wheelock College, Boston.

Beliau juga adalah pengarang "Pornland: Bagaimana Porno Merampas Seksualiti Kami".

Ramai pelayar Internet melayari laman-laman lucah melebihi laman-laman seperti Netflix , Amazon dan Twitter digabungkan.

“Satu pertiga daripada semua muat turun mengandungi unsur lucah dan Internet sekarang menjadi halaman kepada 4.2 juta laman web lucah , kata Dines , yang juga presiden kumpulan feminis antarabangsa Stop Porn Culture .


aStro Awani