Sunday 25 May 2014

Teruna sunti tunggu cinta sejati


Phin Lyman

London: Seorang teruna di sebuah kolej terkemuka England semalam berkata, dia berazam untuk mengekalkan statusnya yang tidak pernah berasmara sehingga dia benar-benar menemui cinta sejati.

Menceritakan impiannya itu, Phin Lyman, 18, berkata, amalan seks tanpa kawalan hanya akan menyebabkan kesan buruk jangka panjang.

“Seks bagi saya ialah satu proses ikatan yang menghubungkan dua individu dari segi mental dan fizikal.

“Saya percaya pada zaman ini seks digunakan secara salah kerana dijadikan simbol yang menggambarkan cinta seseorang,” katanya.

Menurut Lyman, apabila seseorang itu meniduri pasangannya, ia akan mengikat mereka secara mental dan emosi.

Kenyataan Lyman itu dibuat dalam tulisannya untuk majalah Kolej Wellington yang dianggap antara yang paling elit di England. Kata Lyman, ramai remaja lelaki sering belajar mengenai seks melalui bahan pornografi.

Kemudian, katanya, remaja terbabit akan mencari pasangan masing-masing sebelum mengecewakan mereka. “Bagi wanita muda atau tua mereka biasanya menganggap seks sebagai sesuatu yang romantik dan bermakna,” katanya. Menurut Lyman, dia mendedahkan statusnya itu kerana mendapati kebanyakan remaja lelaki menghadapi tekanan yang “menyedihkan” apabila terdesak untuk mengadakan hubungan seks.

“Saya percaya, 90 peratus pelajar hilang teruna ketika mabuk dan itu sangat menyedihkan,” katanya. Menurut Lyman, kebanyakan pelajar di kolej itu tahu dia masih teruna tetapi tidak ramai yang faham mengenainya.

 - Agensi



 

No comments:

Post a Comment